Showing posts with label Lawak Santai. Show all posts
Showing posts with label Lawak Santai. Show all posts

✭ Lawak Bas Dua Tingkat



Semasa dari Alor Setar ke Kuala Lumpur, Pak Pandir menaiki sebuah bas dua tingkat. Inilah kali pertama dia naik bas dua tingkat. Setelah bertanya pelbagai soalan pada penumpang lain, akhirnya dia memberanikan diri untuk duduk di tingkat atas bas itu. Namun tak lama kemudian ia turun dengan tergopoh-gopoh.

“Mengapa Pandir tak duduk saja di atas?”, tanya seorang penumpang.

“Kau gila apa? Kat atas tu basnya tiada pemandu!”, jawab Pak Pandir.

✭ Lailatul Qadar





Servis pembuatan kubah masjid  - Thumbnail
"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

✭ 3 Jenazah


Suatu hari ada tiga jenazah yang berada pada ruang Pemeriksaan di sebuah Hospital. Peliknya 3 jenazah dalam kondisi tersenyum. Setelah dilakukan penyisatan, doktor yang memeriksa jenazah itu lalu melaporkan hasilnya kepada polis.

Doktor : Jenazah yang pertama orang Kuala Lumpur. Dia mati kerana serangan jantung sewaktu bercinta dengan pasangannya, sebab itu dia tersenyum puas. Jenazah yang kedua orang Klang, ia menang judi lalu berpesta mabuk hingga overdos, sebab itu dia tersenyum senang hati.

Polis  : Jenazah yang ketiga bagaimana??

Doktor : Dia seperti berasal dari orang Kampung..tuan, mati kerana disambar petir.

Polis  : Di sambar petir?? Kenapa dia tersenyum ?

Dokter : Mungkin dia menyangka dia sedang diambil gambar..tuan…

✭ Jenaka: Pak Kadok Undur Kereta

undur-kereta

Pak Kadok baru membawa pulang kereta barunya dan singgah sebentar ke rumah Pak Pandir. Kerana ingin menunjuk kehebatannya, Pak Kadok parkir kereta secara mengundur.“Pandir, tolong tengok belakang kereta, kalau kena beritahu ya” ujar si Kadok.“Lagi lagi lagi.. Jauh lagi la.” kata si Pandir Tiba-tiba “BAMMM!!”, kereta baru Kadok sudah melanggar kolong rumah Pandir.“Ok ok, sudah kena!”, jerit Pandir tanpa rasa bersalah.

✭ Lawak Cikgu Matematik Dan Abu

 

matematik
 

Jenaka: Cikgu Matematik dan Abu By admin Sunday, April 7, 2013 Suatu hari didalam sebuah kelas matematik di di pinggir kota, seorang cikgu matematik cuba menguji pengetahuan anak muridnya; Cikgu : Abu, jika ayah awak ada RM10 dan awak minta RM6, berapa baki yang ayah awak ada sekarang? Abu : RM10. Cikgu : Awak memang tak tahu matematik abu, lain kali tumpukan perhatian didalam kelas. Abu : Tapi, cikgu tak kenal ayah saya. Dia kedekut. -

Lawak Sarjana

“Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.
“Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?”
Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab… “ha’ah”
Pelancong itu tidak faham perkataan ‘ha’ah’.
Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..
“Maaf dik.. tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?”
Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, “Benar”
Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan ‘benar’.
Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan, mel! intaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya
“Maaf encik.. saya tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?”
Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, “Betul.”
Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi..
“Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya ‘ha’ah’.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya ‘benar’. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab ‘betul’, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?”
“Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab ‘ha’ah’ bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje… Kalau yang menjawab ‘benar’, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab ‘betul’ itu pastinya orang itu ada sarjana,” jawab orang dewasa itu…
“Jadi.. Anda tadi menjawab ‘betul’, bererti snda seorang sarjana ya! ?” tanya Pelancong lagi..
Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, “ha’ah”

Lawak Cerita Hantu

Satu malam, sorang mamat ni baru habis kerja malam dalam pukul 1 pagi,
jalan nak balik rumah adala dalam 30 minit, sepanjang jalan keadaan
gelap, senyap, sunyi, hujan rintik2, sejuk..ramai dah orang cakap kat
jalan ni ada penunggu tapi mamat ni buat selamber jer, sambil bersiul,
mamat ni terus pecut motor rxz dia, sampai kat tengah jalan kat bus-stop
mamat ni nampak sorang awek cun, awek ni pulak pakai baju kurung, rambut
panjang, dia tahan motor mamat ni, mamat ni pun berentilah, tanya kat
awek tu " saudari ni nak pergi mana tengah2 malam ni?"
awek tu jawab " saya tunggu ayah saya tapi dia tak datang2, rumah
saya kat depan tu, boleh tumpangkan saya?"
"errrr...bolehlah, nasib baik saya ada helmet spare", mamat ni
takut dalam berani, dia pecut motor dia, sekejap dia tengok side mirror
dia..alamak !!! mana pegi awek ni..." aaaaaaaaahhhhhhhh...tak kepala!!!
hantu tak de kepala!!!!
aaaaahhhhhhhhhhh!!!!" mamat ni punya ler pecut sebab kecut perut ada
hantu tak ada kepala kat belakang dia, dah tu suara mengilai-ngilai
kedengaran, lagi kuat dia pecut, lagi kat suara tu ketawa, sampai rumah
mamat ni terkejut bukan main sampai putih muka dia "naper abang pecut,
sampai nak terkeluar anak tekak saya ni jerit, kan dah terlepas rumah
saya", rupanya mamat tu bagi awek tu pakai helmet full-face warna
hitam, memanglah tak nampak kepala....

Lawak Sampai Ipoh

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di
Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet
sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya..
"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan
menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,
dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di
Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor
Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun
merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju
ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai
di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh
sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan
mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah
kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama
saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"       

Lawak Ramai Dah Tahu

Ustaz az: Tanda2 kecil hari kiamat sudah jelas...
Cikgu roq: Ramai dah tahu...
Ustaz az: Rokok mendatangkan ketagihan dan boleh mengakibatkan maut dlm kesan jangkamasa panjang...
Cikgu roq: Ramai dah tahu... kerajaan mengenakan cukai yg tinggi tetapi perolehan cukai yg tinggi itu x mampu menanggung kos rawatan dan perubatan pesakit kronik si perokok...
Ustaz az: Mencegah itu lebih baik daripada berubat...
bahaya-merokok

Lawak Ranbut Cantik

Irma : wah, cantik rambut. saloon ke?
Yana : a'ah, cantik kan?
Irma : cantik sangat. berapa kau buat?
Yana : hehe RM 120 ja
Irma : baik kau beli tudung, lagi murah lagi cantik

Lawak Cinta Buta

Mira : Aku hairanlah kenapa orang selalu kata cinta itu buta, bukan ke orang tu yang buta?
Lyn : Betullah tu, cuba kau tengok kat lambang cinta tu, mana ada mata, kira buta le tu....

Lawak Laki Bini

L: ye! abg dh lme tnggu saat nie!
P: abg nk tngglkn syg ke?
L: mestilah x... tolong jgn fkir mcm 2. x mngkin trjadi !!
P: abg cntakn sygkan?
L: ye,tiap hari.
P: abg prnh tipu syg x?
L: X! nape syg sllu tnye cm2?
P: abg akn selalu kluar dengan syg tk?
L: stiap kali ada pluang abg tk kan lepaskn.
P: abg akn pkul syg?
L: giler ke?abg bkn llaki cm2!
P: bleh ke syg prcyekn abg?
L: yaa!
P: syg!
SELEPAS COUPLE: baca dari bawah hingga atas pulak :~?

Lawak Mandi Sungai

dua orang budak sekolah sering lambat datang ke sekolah.....yang mana mereka adalah rakan karib kata orang tua2 sehidup semati mereka ialah kamal dan jakson
kedengaran pintu d ketuk oleh sebuah 2 bayangan rupanya kamal dengan jakson yang baru sahaja tiab
kamal dan jakson : selamat pagi cikgu.........
cikgu : selamat pagi kenapa lambat?
kamal : kami ada masalah skit cikgu.....
jakson : ya betul cikgu~~~
cikgu : masalah apa? jangan tipu cikgu!!! (nada tinggi)
kamal dan jakson : kami singgah mandi sungai cikgu
cikgu : kamu tk tahu ka sunggai tu ada buaya kan baru je mingu lepas ada orang kena baham buaya kat sungai tu!!!
kamal menjawab......
kamal : ala cikgu... buat apa nk takut buaya tu kawan bapak saya la cikgu......tiap2 ari dia datang ke rumah dia baik la cikgu
mana pandai baham orang ka cikgu yang baham orang mcm saya dan jakson hahahahahahah


satu kelas ketawa merah padam muka cikgu itu......

Lawak Adik Makan Suratkhabar

Tina, 8 tahun, di suruh oleh ibunya untuk menjaga adiknya yang sedang bermain, kerana ibunya sedang memasak.
Ketika sedang bermain, bayi adiknya itu memakan suratkhabar hampir habis 1 halaman. Tina sangat terjut dan takut
dimarahi oleh ibunya...

Tina : "Ibu.... Adik makan surat khabar sampai hampir habis!".

Ibu : "Apa?!"

Dengan terkejutnya dan sambil berlari.. si ibu merebut sisa suratkhabar yang ada. Lalu dengan senyum si ibu menjawab....

Ibu : "Emm.. biarkan lah dia.. ibu ingatkan suratkhabar hari ni..".

Lawak Kerja Part Time

shah: aku ingat nak tambah duit r...nak buat kerja part time
riz: kerja apa kau nak?

shah: tu la yang aku pening tu, tak tau la

riz: aku ada kerja bez punya..senang je keja..

shah: kerja apa?
riz: cat langit...dia bagi seribu sehari

shah: %&(&^%#.....
riz: masalah nya, hanya akan dibayar kalau berjaya cat jew

Lawak Budak Pandai Or Bendul

 


(pagi masa Man n Ibunya di dapur)
IBU: MAN, Tolong beli kn susu 1 tin kat kdai runcit... ERMM.. klau ader telur, bli kn 6 yer..
MAN: Okey mak...

(15 minit kemudian)

MAN: nie die 6 tin susu...
IBU: knapa bli susu byk sgt nie man...
MAN:kan ibu kata "klau ader telur,bli kn 6".. Td, msa kat kdai runcit, man tgok ader telur,Jd man bli 6 tin susu..

dlm hati IBU: ank aku nie terlampau pandai ker bendul