Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan
(anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan
cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus
oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut
adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.
1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan
rebahkan badan ketilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu
bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan
tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.
2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari
mencucinva menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang
pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air
sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini
berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan
segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan
air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara
sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.
4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti
ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan.
Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah
diketahui sejak beribu tahun yang lampau.
5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan
dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot
dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika
boleh jadikan ia amalan setiap hari.
6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau
yang agak panas. SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal
nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara
perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu
dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah
betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan
rasa apabila jima’ setelah berkahwin nanti.
8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu
siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.