Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

✭ Info Tentang Konflik Dan Perhubungan




➮ Perbuatan suka menyerang peribadi orang yang mengkritik menyebabkan mereka mengutuk peribadi orng itu.

➮ Sifat banyak mulut tidak kena mengena dengan IQ dan kelulusan seseorang.

➮ Keganasan mulut adalah sejenis kezaliman psikologi. Ia boleh menyebabkan berlakunya kecederaan psikologi dan boleh dijadikan alasan berlakunya pergaduhan dan perceraian.

➮ Tabiat banyak mulut adalah masalah sikap, bukan masalah kepintaran dan kelulusan.

➮ Apabila kita menolak apa yang dikatakannya, ada kemungkinan kita juga menolak diri orang itu sekaligus.

➮ Apabila ada orang bercakap dan kita membisu, ini beerti kita tidak peduli kepada apa yang dikatakannya dan kita juga tidak peduli kepadanya.

➮ Gaya bahasa penafian mencipta kesan negatif kepada komunikasi disebabkan ia membuat orang yang mendengarnya berasa dirinya tidak dihargai.

➮ Sikap tidak mahu memaafkan kesalahan pasangan tetapi tidak pula mahu berpisah adalah berisiko tinggi.

➮ Disebabkan konflik biasanya berpunca daripada tingkah laku yang tidak disetujui, maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah laku itu.

➮ Jangan mengungkit perkara- perkara lama dan jangan sentuh apa yang sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang masa depan.

➮  Hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah dan hukuman tidak membantu proses berdamai.

➮ Ganjaran sangat berguna untuk membuat orang suka kepada si pemberi.

➮ Ganjaran material sesuai diberikan sebagai simbol sahaja kepada kepada sanjungan, pujian dan penghargaan yang dinyatakan di sebalik ganjaran itu.

➮ Pasangan yang tidak puas hati banyak tuduh- menuduh dan saling menyalahkan satu sama lain.

➮ Seseorang perlu banyak bersetuju dengan pasanganya apabila mahukan kebahagiaan.

➮  Kemahiran di dalam mengawal emosi adalah amat perlu demi menjaga hubungan baik dengan pasangan kita.

➮ Emosi kita datang daripada perkara- perkara yang kita fikirkan, oleh itu kita perlu mengawal apa yang kita fikirkan.

➮ Apabila sudah tidak percaya mempercayai lagi, maka masing- masing cuma mahu menang saja di dalam pertengkaran itu.

➮ Mulut seseorang adalah aspek kejelitaan sosial yang amat penting pengaruhnya dari sudut aspek keupayaan menambat hati seseorang, terutama bakal jodoh.

➮ Pakar- pakar Psikologi menatakan orang yang pandai berbahasa dipandang lebih tampan atau lebih jelita daripada wajah mereka yang sebenar.

➮ Apabila kita menggunakan gaya bahasa yang menuduh, orang yang mendengarnya akan menjadi defensif. Mereka akan menegakkan benang yang basah mereka. Mereka akan membalas tuduhan dengan tuduhan.

Info Lelaki dan Perempuan

➮ Senyuman perempuan adalah ganjaran yang amat dihargai oleh lelaki.

➮ Lelaki yang sedang memikat hati perempuan yang diidamkannya sangat bermurah hati pada setiap waktu.

➮ Lelaki bukan hanya perlukan kasih sayang, lebih penting daripada itu ialah ego lelaki perlukan penghormatan daripada pasangannya.

➮ Dari sudut pandangan lelaki, pusat nikmat kemesraan hubungan dengan pasangannya adalah aktiviti fizikal seperti ikut bersama- samanya melakukan kerja yang dilakukannya atau ikut sama meminati hobinya.

➮ Apabila lelaki dapat melakukan dengan pasangannya apa yang mereka sukai, maka barulah di situ lelaki beroleh nikmat kepuasan erti cinta.

➮ Bagi lelaki, apabila dia sudah melafazkan komitment cintanya kepada perempuan, perkataan 'cinta' tidak perlu disebut- sebut lagi.

➮ Bagi lelaki, Cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian, ia bukannya emosi.

➮ Bagi perempuan, cinta adalah sejenis emosi.

➮ Kajian menunjukkan kaum perempuan lebih kerap menggunakan gaya bahasa 'awak' dibandingkan dengan lelaki.

➮ Apabila Perempuan mendapat tahu pasangannya berkahwin lain, mereka sangat ingin tahu 'mengapa suaminya sanggup berkahwin lain?'

✭ 13 Perkara Untuk Menjadi Muslimah Sejati

 

Muslimah


1. Bulu kening, menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng. Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat

✭ Tentang Wanita

Enjoy..



1.Bila sorang wanita mengatakan merasa sedih,bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia masa untuk menenangkan hatinya sebelum kamu memohon maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang.

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita sukakan pujian tetapi tidak tau nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu, tolak cintanya dengan lembut, sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia buat keputusan, dia akan lakukan apa sahaja

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19.Jika masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

✭ Pahala Dan Kelebihan Seorang Wanita



Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang...
seucap janji membuat kita percaya...
sekecil luka akan membuat kita kecewa...
tetapi...sebuah persahabatan akan selamanya bermakna...

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.


2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.


15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat..

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.


Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah dan hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, kita berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak- kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan dan sebagainya.

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan

Hadis nabi mengenai wanita

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.a.w akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah


"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya". At-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya". Ibnu Majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik" Ibnu
Majah.

✭ Tips Diet Untuk Lelaki Dan Perempuan

 


Cari makanan gantian
Gantikan makanan kegemaran anda dengan juadah yang kurang lemak, gula atau garam. Jika selama ini anda gemar susu penuh krim, mungkin anda boleh gantikan dengan susu rendah lemak.

Minum banyak air
Banyakkan minum air putih menggantikan air bergas atau jus kordial. Tahukah anda, air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari?.

Banyakkan pergerakan
Banyakkan bersenam - ini akan membakar kalori anda yang berlebihan. Anda bebas berjogging, main futsal atau melakukan kegiatan fizikal mengikut kemampuan anda. Anda juga boleh berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke restoran, membuat sit-up sambil menonton TV atau meletakkan kenderaan jauh dari pejabat atau tempat dituju.

Ada pakar kesihatan menyarankan anda bersenam selama 30 hingga 45 minit sebanyak tiga atau lima kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata lakukannya dalam tempoh 10 minit saja? Jangan paksa diri sebaliknya belajar berdisiplin dan jadikan ia suatu rutin.

Lakukan sedikit demi sedikit
Jangan terlalu drastik! Lakukan sedikit demi sedikit ikut kemampuan anda. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan berkhasiat.

Jangan terlebih makan
Pernah anda mendengar sunnah Rasulullah SAW. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang atau petua pemakanan yang diamalkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad? Jadi, makan sedikit tetapi kerap.

Jangan tidak sentuh langsung makanan berlemak
Usah begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.

Fokus pada sihat
Jangan terlalu mengejar alat penunjuk pada mesin pemberat tertumpu kepada angka idaman atau berat badan yang dihajatkan. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrien dan khasiat yang optima kepada badan anda.

Atasi tekanan emosi
Emosi yang bercelaru boleh menyebabkan anda teruja untuk menjamu selera. Cari kaedah lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada kenalan rapat atau berjumpa kaunselor.

Motivasi
Sokongan dan motivasi adalah sebahagian kunci utama dalam proses menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan insan tersayang dan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul.

✭ Sifat Buruk Wanita

WAJIB TAHU BAGI LELAKI DAN WANITA
Enam Jenis Sifat Buruk Wanita Yang Perlu Dijauhi

Ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.

Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat buruk ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat buruk wanita itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.

1. Al Nananah - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati. Buruk sungguh sifat wanita seperti ini.

2. Al Manah - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar. Ini antara sifat buruk wanita yang terkutuk.

3. Al Manaqah - wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. (Saya teringat satu masalah dulu wujud kumpulan pencari suami bergelar datuk. Dalam kumpulan ini ada beberapa orang wanita yang sudah beristeri yang juga turut berminat untuk mendapatkan suami bergelar datuk dan berkedudukan).

4. Al Hudaqah - wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5. Al Basaqah - wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

6. Al Salaqah - wanita yang mulut becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis. Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Semoga kita tidak akan ditemukan dijodoh ataupun mendapat menantu dengan wanita yang memiliki sifat-sifat demikian. Walahu'alam.

✭ Siapa Wanita Cantik?


Wanita cantik ialah:
1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
4)TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.
6)MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.
Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!
Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

✭ Ciri- Ciri Wanita Ahli Syurga

Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Surga. Di dalamnya terdapat bejana-bejana dari emas dan perak, istana yang megah dengan dihiasi beragam permata, dan berbagai macam kenikmatan lainnya yang tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, dan terbetik di hati.
Dalam Al Qur’an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Surga. Di antaranya Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
“(Apakah) perumpamaan (penghuni) Surga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lezat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?” (QS. Muhammad : 15)
“Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk Surga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam Surga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtakan emas dan permata seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda dengan membawa gelas, cerek, dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir, mereka tidak pening karenanya dan tidak pula mabuk dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.” (QS. Al Waqiah : 10-21)
Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala kelak akan mendapatkan pendamping (istri) dari bidadari-bidadari Surga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur’an yang mulia, di antaranya :
“Dan (di dalam Surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik.” (QS. Al Waqiah : 22-23)
“Dan di dalam Surga-Surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” (QS. Ar Rahman : 56)
“Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (QS. Ar Rahman : 58)
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (QS. Al Waqiah : 35-37)
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Surga dalam sabda beliau :
“ … seandainya salah seorang wanita penduduk Surga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Surga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya.” (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu ‘anhu)
Dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda :
Sesungguhnya istri-istri penduduk Surga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : “Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Istri-istri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan.” Dan mereka juga mendendangkan : “Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi.” (Shahih Al Jami’ nomor 1557)
Apakah Ciri-Ciri Wanita Surga
Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan laki-laki dan bidadari-bidadari saja yang menjadi penduduk Surga? Bagaimana dengan istri-istri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk bumi?
Istri-istri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Surga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.
Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Surga. Pada hakikatnya wanita ahli Surga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :
1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.
3. Bersaksi bahwa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berdzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.
7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap hewan ternak yang dia miliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang mendhaliminya.
10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua orang tua.
15. Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.
Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Surga yang kami sadur dari kitab Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Surga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta’ala berfirman :
“ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13)
Wallahu A’lam Bis Shawab.

✭ Aku Hanya Wanita Biasa

Aku Hanya Wanita Biasa,
Tampak Sempurna Di Luarannya,
Namun Hakikat Masih Memerlukan Seseorang,
Untuk Menyempurnakan Kehidupanku..
Dan Buat AdamYang Bakal Menjadi Pendampingku Kelak,
Ketahuilah Bahawasanya,
Aku Takkan Selamanya Nampak Muda Dan Menarik,
Kerana Waktu Bakal Memamah Usia,
Tua itu pasti menjangkau tiba..
Buat dia bakal menjadi raja di hati,
Aku Hanya Wanita Biasa,
Kadangkala Ada Waktu,
Saat kerja menghambat waktu,
Aku mungkin terlalaiseketika,
Maafkanlah aku,
Apabila aku alpa dengan duniawi,
Maka tegur dan bimbinglah aku..
Buat Dia Bakal Imamku,
Aku Hanya Wanita Biasa,
Aku Mohon Sokongan dan Bimbingan,
Aku Mohon Pemahaman dan Pengertian,
Aku Mohon Kasih Sayang Tidak Berpenghujung,
Aku Mohon Kekuatan Meneruskan Liku-Liku Kehidupan,
Bimbinglah Aku, Ajarlah Aku..
Fahamkan Aku Supaya Aku Tahu,
Redhakanlah HatimuMenerima Segala Kekuranganku,
Kerana Aku Hanya Wanita Biasa..
Sumber : pakarcinta.com

✭ Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

✭ Surat Cinta Suami Untuk Para Isteri

 

 

Wahai isteriku, aku teringat sebuah kewajiban yang harus aku tunaikan sebagai seorang suami, sebagai seorang nahkoda dalam kapal kita, sebagai seorang pemimpin dalam rumah tangga kita, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam sebuah ayat dan hadis yang tak hanya sekali aku mendengarnya. Allah Ta’ala berfirman

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita” (QS. An Nisa :34)

Nabi Salallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “ Setiap kalian adalah pemimpin dan akan ditanya tentang kepemimpinannya. Seorang suami pemimpin dirumahnya dan akan ditanya tentang kepemimpinannya, dan seorang isteri pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya tentang kepemimpinannya”.
( HR. Bukhari dan Muslim dari Abdullah Bin Umar Radiyalallahu ‘Anhu)

Wahai isteriku, aku akan berusaha menjadi suami yang baik, yang menyayangimu yang berusaha untuk berta’awun (saling tolong menolong) dalam kebaikan. Semoga aku boleh merealisasikan sebuah ayat yang tak jarang aaku mendengarnya

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى

” Dan tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan ketakwaan “ ( Qs. Maidah : 2 )

atau aku boleh manjadi seperti seorang hamba yang Allah rahmati, sebagaimana yang telah disebutkan dalam sebuah hadis

“ Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun malam lalu solat dan membangunkan isterinya untuk solat dan bila tidak mahu bangun ia memercikannya dengan air diwajahnya dan semoga Allah merahmati seorang perempuan yang bangun malam lalu solat dan membangunkan suaminya untuk solat dan bila tidak mahu bangun ia memercikannya dengan air diwajahnya”
(HR. Ahmad, Ahlu sunan kecuali At Tirmidzi hadis ini shahih)
Wahai isteriku, aku akan selalu berusaha membuat dirimu senang, sebagaimana aku senang jika diperlakukan seperti itu. Diantaranya aku akan berusaha selalu tampil rapi, wangi dihadapan dirimu. Sebagaimana aku senang jika aku diperlakukan seperti itu.

وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالمَعْرُوفِ

“Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya” (QS.AL-Baqarah : 228 )

Wahai isteriku, jika engkau melihat dari diriku rasa cemburu itu bukti rasa cintaku padamu. Yang dengan itu, aku berusaha menjaga dan mencintaimu, semoga dengan sebab kecemburuanku yang syar’i menjadi sebab terjaganya dirimu, aku ingin seperti Sa’ad bin Ubadah bahkan aku ingin seperti Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam.

Berkata Sa’ad bin Ubadah :“ Seandainya aku melihat seorang bersama isteriku, nescaya aku akan melibasnya dengan pedang yang tajam”, Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “ Apakah kalian merasa heran dengan kecemburuan Sa’ad? Sungguh aku lebih cemburu dari padanya, dan Allah lebih cemburu dari padaku”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Wahai isteriku, engkau dalam pandanganku seorang yang sangat berharga bagi diriaku, susuk yang luar biasa, ketaatanmu yang membuat diriku tambah mencintai dirimu. Engkau diantara anugerah yang terbesar yang Allah berikan kepada diriku, sebagaimana Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “ Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah ” (HR Muslim)

Dan Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam pun bersabda dalam hadis yang lain: “ Barang siapa yang dikurniakan oleh Allah seorang wanita yang solehah, bererti dia telah menolongnya atas separuh agamanya, maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah pada yang separuh yang kedua “(HR Al Hakim dan dia berkata sanadnya sahih dan disetujui oleh Adz Dzahabi)

Wahai isteriku, kebaikanmu begitu besar kepada diriku, kasih sayang dan kelembutanmu, ketaatan dan kesetiaanmu, pelayanan dan pengorbananmu begitu terasa oleh diriku, wahai isteriku, semoga Allah membalas kebaikanmu dengan masukkanmu kedalam syurga Nya.

Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “ Bila seorang solat lima waktu, puasa pada bulan ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya ia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia inginkan ” (HR.Ibnu Nuaim di hasankan oleh syaikh Al AlBani)

Wahai isteriku, ingatkanlah jika suamimu keliru, jika ada hakmu yang terlalaikan, wahai isteriku jangan engkau ragu untuk menasihati jika suamimu keliru, jika suamimu salah, wahai isteriku aku ingin rumah tangga kita dibangun diatas saling menasihati didalam ketaatan kepada Allah, kerana atas dasar inilah agama kita dibangun. sebagaimana Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda “Agama itu adalah nasihat” (HR Muslim)

Wahai isteriku, aku ingin hubungan kita dibangun atas saling percaya dan saling berkhusnudzan (berberbaik sangka) satu dengan yang lainnya, karena dengan sebab inilah akan menutup celah hal-hal yang akan menimbulkan hubungan kita tidak harmoni.

Wahai isteriku, sebagai seorang suami aku ingin mengajarkan perkara agama kepada dirimu, tentang permasalahan tauhid, solat, puasa dan permasalahan agama yang lainnya, atau mari kita bersama-sama pergi kemajlis ilmu yang membahas perkara agama dengan pemahaman yang benar, kerana hal ini adalah diantara kewajibanaku sebagai seorang suami, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

“Hai orang-orang yang beriman, pelihara dirimu dan keluargamu dari api neraka” (QS. At Tahrim:6)


Wahai isteriku, aku akan melangkahkan kaki ini, mengerahkan tenaga mencari rezeki yang halal yang Allah tetapkan untuk diriku, sebagai tanggung jawab seorang suami untuk menafkahkan anak dan isterinya, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman :

لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللهُ لا يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا سَيَجْعَلُ اللهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا
“ Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberikan nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sekadar) apa yang Allah berikan kepadanya “ (QS. Ath-Thalaq : 7)

Wahai isteriku, aku akan selalu berusaha bergaul dengan pergaulan yang baik dengan dirimu, dengan kelembutan dan kasih sayang, dengan tutur kata yang sopan dan etika yang baik, dengan mendengar dan menghargai pendapatmu, dengan membantu dan meringankan pekerjaanmu, dengan bersikap yang baik dan menjaga perasaanmu, wahai isteriku maafkan suamimu jika masih jauh dari hal itu, aku ingin berusaha berbuat yang terbaik untuki dirimu.

Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
“Seorang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya, dan sebaik-baiknya kalian ialah yang terbaik kepada isterinya “ (HR. At Tirmidzi dan dishahihkan oleh Syaikh Al Albani)

Wahai isteriku, aku ingin engkau akrab dengan kedua orang tuaku. aku ingin mereka menyayangimu seperti anaknya sendiri, wahai isteriku mulailah dengan berlaku lemah lembut kepadanya, membantu pekerjaannya, nescaya engkau akan disayang seperti anaknya sendiri.

Wahai isteriku semoga Allah menjaga dan merahmati rumah tangga kita diatas ketaatan kepada Allah hingga akhir hayat kita, dan memasukan kita kedalam syurganya, Insyaallah

✭ Kenapa Tak Nak Pakai Tudung?

 




Berikut merupakan 10 alasan yang paling popular yang akan kita dengar apabila kita menyeru seseorang WANITA MUSLIM untuk menutup aurat mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompem masuk syurga ke?
Dik, yang pasti, jika tidak menutup aurat, confirm masuk neraka.

2. Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka, jangan tengok.
Dah lalu lalang depan mata, suka tak suka pasti tertengok jugak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan?

3. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
Seksi atau tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut.

4. Walaupun kami tidak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
Kita yakinkah bahawa ibadah kita itu sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?

5. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
Anda sebenarnya telah menyusahkan bapa, suami, saudara lelaki dan anak lelaki anda dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
Berani cakap kat dunia. Berani ke cakap macam tu depan Allah nanti?! Lawan perintah Allah, neraka tempatnya.

7. Kami pakai seksi macam ni sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.
Sanggup patuh arahan mereka yang hanya manusia biasa daripada patuh suruhan Allah?

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
Macam mana seru tu?! Nasihat yang diberi tu, seru lah tu. Nak seru macam mana lagi? Mati tidak mengenal usia. Takut tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.
Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, "Tunggu la kejap. Lepak la dulu. Jangan ambil nyawa aku lagi"

10. Tutup aurat tu bagus, tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit. Mengaku sebagai Islam, mengaku sebagai hamba Allah, mengaku sebagai umat Muhammad, namun segala suruhan agama, segala perintah Allah, segala pesanan Rasulullah, semuanya anda tak buat. Ikhlas tak ikhlas lain cerita, yang penting WAJIB buat!

Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”

Jawapan:

Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?

Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:

Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Nabi bersabda:

Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:

Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” – (Surah an-Nur ayat 31)

✭ 24 Peringatan Untuk Wanita

 

 



1. Urusan pertama yg ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yg memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yg memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal dirumah, tidak keluar kecuali atas urusan yg mustahak. Wanita yg keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yg halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah S.A.W bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yg buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yg melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur (cahaya) baginya.

8. Mana-mana wanita ya bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yg telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil suamii akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat hingga ke pagi.

13. Wanita-wanita yg menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga dan laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yg menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.”

Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi S.A.W : “Tidak, mereka ini ialah mereka yg tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki dalam syurga.

19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:

  • Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
  • Tiada memuji (bersyukur) diatas kemurahan Allah yg didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yg mahu mengucapkan terima kasih diatas pemberian suaminya.)
  • Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yg berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.
  • Gemar bercakap perkara yg sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
  • Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.


20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”


  • Orang yg gemuk tapi kurus
  • Orang yg berpakaian tetapi telanjang
  • Orang yg alim tapi jahil
  • Adapun yg gemuk tapi kurus itu ialah wanita yg sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.


***Orang yg berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yg cukup pakaiannya tetapi tidak mengikut syariat yg ditetapkan Islam.

***Orang yg alim tapi jahil ialah ulama yg menghalalkan yg haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).

Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yg lalu iaitu:”


  • Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
  • Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
  • Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
  • Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
  • Sentiasa ingat kepada Allah S.W.T
  • Lupakan budi baik mu pada orang lain.
  • Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
  • Selalu ingat Mati.


23. Perkara-perkara yg menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:


  • Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
  • Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
  • Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
  • Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
  • Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
  • Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
  • Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
  • Minta talak.
  • Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
  • Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
  • Meninggalkan tempat tidur tanpa izin suami.
  • Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.


24. Wajib bagi wanita :


  • Mengekalkan malu pada suaminya, menundukkan mata ketika berpandangan.
  • Mengikut kata-kata dan suruhan suami selagi tidak bertentangan dgn aqama.
  • Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
  • Berdiri menyambut kedatangannya. Berdiri menghantar pemergiannya.
  • Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
  • Memakai bau-bauan yg harum untuk suami. menghilangkan bau mulut untuk suami.
  • Berhias untuk suami dan meninggalkan hiasan ketika ketiadaannya.
  • Tiada khianat ketika ketiadaan suami, memuliakan keluarga suaminya.


Wahai wanita.. ketahuilah Syurga dan Neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.


****Nak Share Silakan.

Salam Ukhwah...