Showing posts with label Kisah. Show all posts
Showing posts with label Kisah. Show all posts

✭ KUCING MAKAN DURIAN??


 
 
Kucing dan ikan memang tidak dapat dipisahkan. Namun, sejak akhir-akhir ini terdapat banyak benda yang jarang kita lihat berlaku di dunia ini termasuklah selera pelik kucing ini yang sangat gemar memakan buah durian.

Tawau : Pemilik kucing ini, Nazatul Akma Md Najib turut pelik dengan kucing yang dipelihara keluarganya. Bagaimana kucing juga boleh menggemari buah durian.

Kucing yang diberi nama Anak Berbulu atau Putih Junior ini sangat gemar kepada buah durian.

Selera Putih mula disedari apabila ayah Nazatul menghulurkan tangannya yang terdapat sisa durian dan putih mula menjilat sisa durian itu dengan bersungguh-sungguh.

Di mana ada durian, disitulah putih akan mengiau minta makan.

"Baru tadi kucing ni makan durian di dapur. Sungguh-sungguh dia jilat biji durian. Ada gen manusia kot kucing ni." Nada Nazatul seperti melawak.

Selain manusia, kucing juga gemar kepada buah durian

✭ Senyuman Ketika Umur 5 Saat




This baby holds the world record for the first mankind smile, at the age of 5 seconds..! Priceless smile!
 

✭ Saintis Jadikan Anak Arnab Dan Khinzir Glow In The Dark






Saintis akan meng'inject' DNA obor-obor ke dalam embrio haiwan ni. Bila lahir, anak khinzir ni bercahaya dalam gelap atau ketika disuluh lampu UV.

Sebelum ni saintis Turki buat perkara yg sama kat anak arnab.

Kata mereka, ujikaji ni untuk membantu menghasilkan ubatan yg lebih murah pada manusia.

Sekarang mereka cuba dengan DNA obor-obor dulu. lepas ni mereka akan try inject gene protein dalam haiwan- haiwan yang lebih besar. Protein yanag dimaksudkan ialah protein yg terkandung dalam ubatan manusia sekarang.

So haiwan yg diinject akan menjadi biofactories. Kilang ubat. Manusia boleh tuai hasil protein melalui susu haiwan- haiwan ni.

Lebih murah berbanding sekarang, di mana protein atau enzim dlm ubatan dihasilkan dlm makmal.



__________________

✭ Kereta Polis Pun Kena Kunci



Polis berfikir tidak perlu mematuhi undang-undang. Di jalan raya adalah tempat mereka, tetapi di pusat membeli-belah bukan dan pegawal keselamatan boleh kunci kereta polis

✭ Gambar Osama Bin Laden Pada Ketam?

Satu penemuan pelik ditemui di Amerika Syarikat di Hat Island. Sebuah keluarga menemui ketam yang badannya ada wajah Osama bin Laden.

 

Berita ini masih hangat di perkatakan masyarakat di sana, kisahnya bermula ketika keluarga Canfield sedang berlayar di perairan Hat Island, mengumpulkan ketam laut.

Sumber : TaoTauAjer
 
 
 
 
 
 
 

✭ Roket Angkasa Lepas China

Roket angkasa lepas China mendarat di permukaan bulan
Roket angkasa lepas China dikenali sebagai 'Jade Rabbit'. -Gambar AP
BEIJING : Roket angkasa lepas China yang dilancar pada 2 Disember lalu selamat mendarat di permukaan bulan tanpa mengalami sebarang kerosakan.

Kejayaan pendaratan roket tanpa juruterbang itu mendorong Beijing meneruskan kajian dalam bidang angkasa lepas dengan menghantar angkasawan mereka ke bulan pada masa depan.

Kejayaan itu turut mendapat perhatian media tempatan yang menayang detik pendaratan secara langsung ke seluruh negara.

Roket berkenaan dijangka berada di bulan dalam tempoh tiga bulan bagi melakukan kerja-kerja saintifik termasuk mendapatkan imej permukaan satelit bumi itu.

Pada 2003, China berjaya menghantar angkasawan pertama mereka ke angkasa lepas dan merancang membuka stesen angkasa lepas pada 2020 termasuk menghantar angkasawan ke bulan.

Pendaratan di bulan itu merupakan kejayaan ketiga selepas ia dipelopori dua negara kuasa besar dalam bidang angkasa lepas iaitu bekas Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat.
 

✭ Kisah 2 Lelaki Sepakat Kongsi Isteri


 

1-9d3e3

Benarlah dunia sudah tua, isteri pun boleh main kongsi

Nairobi: Dua lelaki bermusuhan menandatangani satu perjanjian bertulis baru-baru ini untuk berkongsi seorang wanita yang sama-sama mereka cinta.

Perjanjian itu dibuat selepas wanita berkenaan enggan memilih seorang daripada mereka.

Kedua-dua lelaki itu baru-baru ini menyedari wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan kedua-dua mereka selama empat tahun.

Bagaimanapun, masing-masing-masing enggan memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan kerana tidak sanggup untuk berpisah dengannya.

Seorang daripada lelaki itu, Sylvester Mwendwa, ketika ditemui wartawan mengaku bersetuju berkongsi wanita itu dengan lelaki bernama Elijah Kirmani.

Menurutnya, mereka sama-sama mencintai wanita itu dan perjanjian berkenaan bertujuan untuk menjadi garis sempadan selain memastikan mereka tidak bergaduh.

“Wanita itu seperti pengadil. Dia akan menentukan sama ada dia akan tidur dengan saya atau Kirmani,” kata Mwendwa.

Kedua-dua lelaki itu akan membiayai kehidupan wanita itu dan anak yang akan dilahirkan pada masa depan.

“Kami akan membesarkan anak dilahirkannya seperti anak kami, tidak kiralah siapa bapanya sebenar,” katanya.

Di Kenya, poligami dibenarkan. Begitu juga dengan poliandri (wanita dua suami). Tetapi ia jarang berlaku.

- Agensi

✭ 400 Juta Warga China Tidak Tahu Mandarin

nihaoma

Fakta terkini

Beijing: Lebih 400 juta rakyat China tidak boleh bertutur bahasa Mandarin yang juga bahasa kebangsaan di negara itu, manakala sebahagian besar bercakap dengan gaya bahasa yang teruk, lapor media tempatan.

Banyak dialek

Parti Komunis yang memerintah China berusaha mempromosikan bahasa Mandarin sejak berdekad lalu untuk menyatukan rakyat negara itu yang mempunyai beribu-ribu dialek dan bahasa minoriti, namun terhalang oleh saiz negara yang besar dan kurang pelaburan dalam bidang pendidikan.

Jurucakap Kementerian Pelajaran China, Xu Mei yang dipetik agensi berita Xinhua, berkata hanya 70 peratus rakyat negara itu boleh berbahasa Mandarin tetapi sebilangan besar tidak fasih, manakala 30 peratus lagi atau kira-kira 400 juta penduduk langsung tidak boleh menuturkannya.

Beliau berkata, China mungkin tidak akan berjaya menjadikan bahasa Mandarin atau sebelumnya dikenali sebagai Putonghua sebagai bahasa yang boleh dituturkan seluruh rakyat.

Promosi bahasa

“Tahun ini kementerian menumpukan kawasan terpencil dan pedalaman yang didiami kebanyakannya etnik minoriti,” katanya, menjelang kempen tahunan mempromosikan bahasa Mandarin yang diadakan setiap tahun sejak 1998.

Usaha mempromosikan bahasa Mandarin menjadi isu perdebatan dan pertelagahan di China, malah mencetuskan tunjuk perasaan dan keganasan.

- AGENSI

✭ Makhluk Halus Tumpang Sejadah

            
             

 

Kejadian aneh tapi benar

BATU PAHAT – Terkejut, pelik, tergamam dan banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran empat sekeluarga yang menghuni rumah di Kampung Desa Penyayang, Sri Medan, apabila ruang rumah mereka dijadikan tempat untuk solat jenazah makhluk halus.

                

Kejadian berkenaan disedari apabila penghuni rumah berkenaan pulang setelah beberapa ketika mengosongkan kediaman mereka.
Mohd Amin Kamil, 46, berkata, kejadian pelik di rumahnya mula berlaku tiga tahun lalu, apabila isterinya, Rahimah Mohamed, 49, mengemas sejadah yang terbuka.

Katanya, pada mulanya isterinya menganggap anak mereka menunaikan solat dan terlupa melipat sejadah tersebut.

Bagaimanapun anak mereka menafikan dan memberitahu dia belum lagi menunaikan solat.

“Saya dan isteri mula berasa pelik dengan kejadian ini dan membiarkannya sahaja dan tidak berkata apa-apa. Kami beranggapan mungkin ada di antara kami terlupa mengemas sejadah berkenaan.

“Tetapi perkara itu berulang kembali dan ia berlaku tiga kali berturut-turut, di mana kejadian berkenaan berlaku apabila masuknya waktu solat Asar, Maghrib dan juga Isyak.

“Perkara ini juga akan berlaku ketika matahari sedang naik, dan ia hanya berlaku apabila awal Muharam, tetapi kami diamkannya sahaja dan menganggap ‘mereka’ hanya menumpang solat,” katanya kepada Sinar Harian.

Kain batik lepas terbentang sendiri

Menurut Mohd Amin, bagaimanapun sesuatu mengejutkan berlaku apabila dia pulang sahaja ke rumah Khamis lalu dan mendapati di satu ruang dalam rumahnya terdampar sejadah untuk solat berjemaah.

Katanya, lebih mengejutkan di hadapan sekali dia melihat bantal dan juga kain batik lepas dibentang seperti menutup seorang jenazah.

“Saya terkejut dengan kejadian berkenaan dan bergegas keluar memberitahu isteri.

“Isteri saya memberitahu, sebelum dia keluar, rumah dikunci. Lalu kami teringatkan perkara yang berlaku sebelum ini di rumah.

“Sebelum itu, awal pagi dan sehari sebelum ini, saya mendapati sejadah di rumah kami terbentang seperti selalu. Kami membuat andaian mungkin salah seorang daripada makhluk halus berkenaan telah meninggal dunia,” katanya.

Sebelum ini, katanya, dia berhubung dengan beberapa ustaz dan mereka menyatakan makhluk berkenaan hanya untuk menumpang sahaja dan tidak mengganggu isi rumah.

Sebelum ini katanya, kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku walaupun mereka telah mendiami rumah tersebut hampir 19 tahun.

✭ Si Ibu Kucing Yang Menyentuh Hati




Kisah Scarlett, Si Ibu Kucing Yang Menyentuh Hati..

Kisah si kucing yang bernama Scarlett, yang sebelumnya merupakan kucing jalanan menunjukkan kasih tidak berbelah bagi terhadap anak-anaknya. Walaupun kisah ini telah lama berlaku dan Scarlett telahpun tiada lagi. Ini adalah kisah seekor ibu kucing yang sanggup meredah api demi menyelamatkan anak-anaknya..

Kejadian Kebakaran

Scarlett dianggarkan berusia 9 bulan ketika kejadian berlaku. Melahirkan 5 ekor anak-anak yang comel di salah sebuah bangunan usang (abandoned) di Brooklyn, New York pada tahun 1996. Pada 30 Mac, bangunan tersebut terbakar atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Bomba telah dihubungi untuk memadam kebakaran tersebut dari merebak ke bangunan berhampiran.

Ketika api mula berjaya dikawal, salah seorang ahli bomba, David Giannelli terdengar bunyi suara kucing yang halus berdekatan dengan bangunan yang runtuh. David terpandang Scarlett yang terbaring bersama 2 ekor anak kucing berpelukan. Manakala 3 ekor lagi dijumpai di seberang jalan kawasan tersebut.

Scarlett dipercayai membawa anak-anaknya seekor demi seekor keluar dari bangunan tersebut dalam keadaan panas dan asap tebal. Scarlett berada dalam keadaan agak parah dengan matanya luka, telinga terbakar, tapak kaki melecur dan badannya berasap, dalam cubaan menyelamat anak-anaknya dari kebakaran. Bulunya juga mempunyai banyak kesan hangus terbakar. Dapatkah anda bayangkan bagaimana keadaannya ketika itu menggonggong anak seekor demi seekor keluar masuk bangunan? Demi kasihnya terhadap anak-anaknya yang baru berusia beberapa minggu.

David memasukkan Scarlett dan anak-anaknya ke dalam kotak. Scarlett dalam keadaan matanya yang luka dan kabur menghidu anak-anaknya seekor demi seekor bagi memastikan mereka semua masih hidup dan ada bersamanya sebelum jatuh pengsan.

'Kasih seekor ibu kucing' :)

✭ Apabila Gajah Mati

 
Di Taman Negara Gonarezhou, Zimbabwe menyaksikan seekor bangkai gajah telah dilapah dan diambil daging serta tulangnya oleh penduduk kampung berdekatan yang kelaparan. Bagaikan satu pesta, penduduk di situ mengerumuni gajah tersebut, mengagihkan daging dan tulang sesama mereka. Segalanya selesai dalam masa tak sampai 2 jam. Zimbabwe merupakan antara negara termiskin dunia dan rakyatnya menderita kerana kebuluran. Mereka sanggup makan apa sahaja, termasuk lah bangkai gajah. Kematian seekor gajah telah menyelamatkan mereka dari derita kelaparan buat seketika...
































Tips Kurus Pelik

wah wah wah.. lama betol kita tak jumpa kan.. ko aku lihat makin hanggun.. bodi ko akuh tengok makin lansing mansing gitew.. aper rahsia ko.. cer citer siket kat akuh nih..


betui ker bodi kuh inih nampak langsing.. whu whu whu, bangga riaknya diri kuh inih.. rahsia? takder lah aper rahasia sangat.. aku guna cacing jerr!

Whatt?? CACING.. owh my gucci.. biar betikk haaa..

Gitu lah lebih kurang skesta pendek.. yang dah berlaku.. tapi bukan kat negara kita (coming soon?).. dialog yang da berlaku kat China.. hahaa.. ini stori betui dongg.. pelik tapi benar sih!

~~o0o~~

XIAMEN – Ramai mahasiswi di China sanggup menelan telur cacing gelang supaya mereka kelihatan langsing ketika sesi temuduga, lapor sebuah akhbar semalam.

Tindakan ekstrem itu dilakukan berikutan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan bagi golongan wanita di bandar raya ini, wilayah Fujian, tenggara China.

Telur-telur itu menetas di dalam perut dengan cacing-cacing gelang memakan zat makanan di dalam perut sekali gus menjadikan mereka kurus tanpa senaman atau diet.

Namun, pakar-pakar kesihatan memberi amaran cara tersebut boleh memudaratkan kesihatan.

Di China, wanita yang langsing memiliki lebih peluang untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya di bandar-bandar besar di negara itu.

Pelik Tapi Benar


2 Tahun Tak Tanggal Make Up


The Daily Chilli melaporkan, di Korea Selatan ada seorang gadis yang tidak membasuh mukanya selama dua tahun. Pelik kan? Tentu ada sebab kenapa dia buat begitu...

pelik tapi benar
Bae dengan make-up tebal (kiri) dan penampilan wajah sebenar (kanan).

Gadis berusia 20 tahun bernama Bae-Dal-mi ini memberi alasan "Saya ingin tampil sempurna bila-bila masa, bahkan saya tetap menggunakan make-up ketika tidur" katanya. Kebiasaan ini bermula ketika dirinya jatuh cinta dengan make-up pada usia 14 tahun. Semenjak itu, dari masa ke semasa make-up yang digunakannya semakin tebal.
 
Dia mengatakan bahawa benda yang paling penting dalam hidupnya adalah cermin. "Saya selalu melihat ke dalam cermin dan membawanya setiap masa," ujarnya pada sebuah acara variety show di korea. Walaupun dirinya termasuk cantik tanpa make-up, ia tetap tidak berpuas hati dengan penampilannya "Saya ingin melakukan operasi plastik di 10 tempat," katanya.

Ibunya yang putus asa atas perilaku Bae menghubungi sebuah program televisyen di Korea dan menceritakan kisah puterinya yang aneh. Ketika tampil di acara itulah seorang doktor ahli kecantikan berjaya memujuk gadis ini untuk menghapuskan make-upnya. Dan setelah pemeriksaan khusus, diketahui bahawa kulitnya kelihatan berumur dua kali ganda dari usia gadis itu sekarang. Menurut pakar, membiarkan make-up terlalu lama bukan saja menutup liang-liang roma, tetapi juga boleh menyebabkan risiko penuaan lebih awal.
 

Air Terjun Api


Menakjubkan. Hanya itu kata-kata yang dapat diucapkan bila melihat gambar air terjun di bawah ini. Perubahan musim pada bulan Februari menjadikan lokasi air terjun tersebut sibuk dengan kunjungan pelancong-pelancong. Masing-masing akan menghalakan lensa kamera untuk merakamkan pemadangan Air Terjun Ekor Kuda (Horsetail Falls) di Taman Negara Yosemite, California, US. Apabila musim sejuk berakhir, salji akan cair dan mengalir turun sebagai air terjun. Simbahan cahaya matahari di waktu petang menjadikan air yang mengalir deras kelihatan seperti nyalaan api yang berkilauan.



keajaiban alam air terjun api



air terjun api

Penyu Hijau Menjumpai Kamera Hilang

 










Kamera Nikon Coolpix L18 dengan 'waterproof housing' jenama Ikelite milik seorang penyelam skuba akhirnya ditemui dengan mengandungi rakaman yang dilakukan oleh seekor penyu hijau (Chelonia mydas). Kamera itu hilang di perairan pulau Aruba, laut Carribean, 24 km ke utara Venezula pada November 11, 2009. Setelah dua bulan hanyut di lautan, ia dijumpai oleh penyu hijau tersebut, lalu menghampiri dan berkemungkinan cuba memakannya. Hasilnya, secara tidak sengaja kamera tersebut teraktif dan melakukan rakaman di dalam laut selama 20 minit sebelum kehabisan tenaga bateri. Sila klik sini untuk melihat rakaman tersebut.

Kamera ini akhirnya dijumpai terdampar di perairan Key West, Florida, US pada 16hb May, 2010. Berdasarkan tarikh ia hilang dan ditemui, dipercayai lokasi rakaman video tersebut berlaku di perairan Honduras, Amerika Tengah. Walaupun hasil rakaman bukanlah yang terbaik, namun istimewanya...ia dilakukan oleh seekor penyu hijau!

Penemuan Raksasa Laut Misteri

 

Sumber dari laman web akhbar online Pravda, Russia melaporkan satu penemuan raksasa laut aneh di pantai negara Guinea, bahagian barat Afrika. Sejumlah penduduk kampung dirakamkan melihat raksasa tersebut yang sebahagian badannya terdampar di pantai terpencil itu. Spesies yang masih belum dapat dikenal-pasti ini ditemui dalam keadaan hampir reput, namun struktur fizikalnya jelas menunjukkan ianya mempunyai empat kaki berkuku tajam, badan berbulu dan berekor. Saintis masih bingung tentang penemuan ini dan ianya kekal sebagai satu misteri yang belum terungkai.









Bayi Mati Hidup Semula Dalam Pelukan Ibu

SYDNEY – Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam. Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.

Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit. Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir. Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.

Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas.Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari. “Saya berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib,” kata Kate. Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku.

✭ Buaya Trauma Setelah Tertelan Handphone

 

Gena3x.. sblom nie kan orang da pesan kat awak, tapi awak degil, x nak dengar kata. selalu dok peringat, time makan toksah maen ikut bedal ajer. nengok-nengok dulu aper yang nak di telan tuh... memang sang bedal btol la awak inih! eeee, geram3x... nasib baek tak ader cuping telinga, idak lama dah kena piat-piat ngan haku... miahahahhh!
KIEV, Ukraine - Seekor buaya berusia 14 tahun, Gena enggan makan sebarang makanan selepas ia menelan satu telefon bimbit milik seorang wanita yang terjatuh ke dalam kurungan haiwan itu di sebuah akuarium di bandar Dnipropetrovsk.

Pada mulanya, para pekerja akuarium itu tidak percaya dakwaan wanita tersebut yang berumur 20-an bahawa telefon bimbitnya ditelan buaya tersebut.

"Namun, apabila telefon itu berbunyi dan bunyinya datang dari dalam perut buaya tersebut, kami mengetahui dia (ibu tersebut) tidak berbohong," kata seorang pekerja di akuarium berkenaan, Alexandra.

Wanita berkenaan terjatuh telefon itu semasa dia mahu merakamkan aksi buaya tersebut sedang membuka mulutnya.

Ekoran tertelan telefon itu, buaya tersebut tidak makan selama empat minggu dan kelihatan murung dan sakit.

Alexandra berkata, kelakuan buaya jantan tersebut berubah selepas ia menelan telefon itu kerana ia kini bergerak amat perlahan dan kurang berenang berbanding sebelum ini.

Ketua doktor haiwan, Oleksandr Shushlenko berkata, jika buaya berkenaan masih enggan memakan sebarang makanan, haiwan itu akan menjalani pemeriksaan sinar X.