1. Pulau Perhentian
Walaupun agak sukar untuk sampai ke sini,
Perhentian merupakan antara pulau-pulau di pantai timur semenanjung Malaysia
yang menjadi ikonik kepada para pengembara. Sebabnya kerana air di pulau ini
begitu bersih hinggakan anda boleh bersnokel sekadar di tepi pantai bagi melihat
pelbagai hidupan akuatik. Nelayan selaku pemandu pelancong boleh membawa anda
dalam bot-bot kecil mereka untuk bersiar-siar sambil berenang dengan jerung atau
penyu-penyu yang terdapat di sini.
2. Pulau Tioman
Meskipun Tioman terletak di negeri Pahang,
ia dihubungkan dari bandar Mersing, Johor. Terdapat juga perkhidmatan feri terus
dari Singapura. Pulau ini mempunyai dua aset tarikan kepada media dan pemasar
pelancongan. Pertama, topografi dramatik pulau ini berbentuk titisan air mata di
Laut China Selatan dan digunakan sebagai latarbelakang filem 'Pasifik Selatan'
pada tahun 1958. Manakala majalah TIME menamakan ia salah-satu daripada
pulau-pulau yang paling cantik di dunia pada tahun 1970an.
3. Pulau Langkawi
Terletak bersempadan dengan negara
Thailand, biarpun kedudukannya paling hampir dengan Perlis, Langkawi sebenarnya
adalah sebahagian dari negeri Kedah. Pulau ini sangat masyhur bila dikaitkan
dengan nama Mahsuri, seorang wanita yang dibunuh atas tuduhan berzina pada tahun
1819. Sebelum beliau meninggal, beliau telah mengucapkan sumpah "Tidak akan ada
keamanan dan kemakmuran di atas pulau ini selama tujuh keturunan".
Dua tahun kemudian, Langkawi telah berjaya ditakluk dalam serangan oleh orang Thai, dengan kebanyakkan penduduknya mati disebabkan oleh kebuluran. Pulau ini juga telah mengalami kemunduran dalam jangkamasa panjang, hinggalah ia dimajukan sebagai pulau peranginan bebas cukai pada tahun 1986. Semenjak dari itu, Langkawi terus mengalami pertumbuhan menakjubkan dengan pertambahan resort-resort berprofil tinggi sepanjang sisir pantainya. Cara terbaik untuk melihat keindahan pulau ini ialah dengan menaiki kereta kabel hingga ke kemuncak gunung Mat Chincang setinggi 710 meter dari aras laut.
4. Pulau Pinang
Digelar Pulau Mutiara, Pulau Pinang
(Penang) mempunyai sejarah panjang dan gemilang. 'Ditemui' oleh Kapten
Francis Light pada tahun 1786 dan termasuk dalam negeri-negeri selat selepas
Melaka dan Singapura. Ibu negerinya, Georgetown telah diberi status bandar
sejarah oleh UNESCO pada tahun 2008. Antara tempat melawat menarik di sini ialah
Bukit Bendera, Padang Kota, pantai Batu Feringgi dan Botanical Garden. Sementara
makanan yang popular pula adalah laksa di Jalan Macalister, makan atas daun
pisang di Little India dan seafood di Gurney Drive.
5. Pulau Labuan
2. Pulau Tioman
3. Pulau Langkawi
Dua tahun kemudian, Langkawi telah berjaya ditakluk dalam serangan oleh orang Thai, dengan kebanyakkan penduduknya mati disebabkan oleh kebuluran. Pulau ini juga telah mengalami kemunduran dalam jangkamasa panjang, hinggalah ia dimajukan sebagai pulau peranginan bebas cukai pada tahun 1986. Semenjak dari itu, Langkawi terus mengalami pertumbuhan menakjubkan dengan pertambahan resort-resort berprofil tinggi sepanjang sisir pantainya. Cara terbaik untuk melihat keindahan pulau ini ialah dengan menaiki kereta kabel hingga ke kemuncak gunung Mat Chincang setinggi 710 meter dari aras laut.
4. Pulau Pinang
5. Pulau Labuan
Terletak di pantai Malaysia Timur, kedudukannya
di tengah-tengah antara Sabah dan Sarawak, Labuan merupakan salah-satu daripada
tiga Wilayah Persekutuan selepas Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pemberian status
istimewa sebagai pusat luar pesisir kewangan antarabangsa dan zon perdagangan
bebas telah berjaya menarik pelabur asing dalam sektor ekonomi (kira-kira 6,500
syarikat luar pesisir beribu pejabat di sini). Untuk jangkapanjang, kerajaan
Malaysia membayangkan pulau ini akan menjadi salah satu pusat perdagangan
pesisir utama dunia seperti hab timur tengah di Dubai dan Bahrain.
Jika tidak terlibat dengan hal-hal kewangan,
perkara menarik lain yang boleh dilakukan di sini ialah seperti aktiviti
menyelam bagi melihat bangkai-bangkai kapal. Selama bertahun-tahun, banyak kapal
telah tenggelam di perairan cetek di luar Labuan, menjadikannya sesuai untuk
penyelam-penyelam novice. Di sini juga terdapat peninggalan makam peringatan
perang, di mana 3,600 askar telah terkorban dalam perang dunia ke dua
dahulu.
6. Pulau Layang-Layang
6. Pulau Layang-Layang
Mempunyai terumbu karang yang lebih sedikit
keluasannya daripada lapangan terbang, pulau kecil Layang-Layang terletak
kira-kira 300 km ke barat laut Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah. Pulau ini
terhasil apabila Tentera Laut Diraja Malaysia melakukan kerja-kerja penambakan
tanah bagi menyatakan kedaulatan negara ke atas kepulauan Spartly, terletak di
Laut China Selatan yang menjadi rebutan negara lain seperti China, Taiwan,
Vietnam dan Filipina.
Dikelilingi oleh perairan jernih dengan
kedalaman hingga 2000 meter, Layang-Layang sering disenaraikan sebagai
salah-satu daripada 10 tapak menyelam terbaik dunia kerana kepelbagaian hidupan
marin. Kehadiran tentera laut telah menyelamatkan terumbu karang di sini dari
dirosakan oleh amalan penangkapan ikan yang boleh merosakkan ekosistem
sekitarnya. Di sini, penyelam boleh mengalami pengalaman melihat ratusan ekor
jerung hammerhead bergerak dalam kumpulan, selain terdapat pari manta, ikan
lumba-lumba, alu-alu dan penyu.
7. Pulau Sipadan
7. Pulau Sipadan
Pada akhir tahun 2002, setelah pertikaian
pajang dengan Indonesia, Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah memutuskan pulau
Sipadan adalah milik Malaysia. Negara dan juga negeri Sabah di mana pulau ini
berada, merasa lega dengan keputusan ini kerana Sipadan sering dinilai sebagai
tapak menyelam terbaik dunia, dengan kedudukan terletak di tengah-tengah planet
dan mempunyai kepelbagaian bio-diverse hidupan marin yang terbanyak
sekali.
Dalam usaha untuk melindungi eko-sistem yang
rapuh, pada tahun 2004 kerajaan Malaysia telah semua resort menyelam di perairan
pulau ini mengharamkan aktiviti menyelam pada waktu malam dan menetapkan had
para penyelam kepada hanya 120 orang sehari. Langkah ini berjaya, di mana
perairan sekitarnya terus serasi dengan kehidupan marin sediada. Perairan sini
adalah rumah kepada 3,000 spesis ikan, beratus-ratus spesis karang, sekumpulan
besar pari manta dan jerung serta populasi besar bagi penyu hijau dan penyu
karah.






