Allah s.w.t berfirman bahawasanya hendak menjadikan raja di dalam bumi. Malaikat menyahut dan berkata:"Ya Tuhanku, sesungguhnya raja yang Engkau ingin jadikan itu ialah nyawa yang akan melakukan pelbagai masalah di bumi. Padahal kami sekalian malaikat ini sentiasa mengucap tasbih, tahmid dan tahlil kepadaMu."
Allah pun berfirman." Sesungguhnya Aku Maha Tahu apa yang kamu tidak ketahui." Namun, iblis a'laihi laknatullah membantah kerana ia tahu Nabi Muhammad S.a.w akan lahir di bumi daripada Adam.
Firman Allah S.w.t:"Hai Jibrail, turunlah engkau ke bumi. Ambilkan Aku segenggam tanah untuk Kujadikan Adam."
Jibrail pun turun ke bumi. Belum sempat dia mengenggamnya, bumi pun merasa sangat gementar kerana melihat tangan Jibrail. Dengan kuasa Allah S.w.t, bumi pun dapat berkata- kata, dengan katanya:" Demi Allah yang Maha Tinggi, hai Jibrail! Jangan engkau genggam tanah ini. Aku takut dijadikan khalifah di atasku, aku takut menderhakai Tuhan dan aku takutkan siksaan api neraka."
Sesudah itu Jibrail pun kembali kehadrat Allah S.w.t, sembahnya." Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau lah jua Tuhan yang Maha mengetahui apa yang terjadi tadi. Bumi telah melarang diriku mengambil tanah itu dan dia juga telah menyumpah aku. Tapi, jika sekali lagi Engkau menitahkan aku untuk mengambilnya, aku akan pergi mengambilnya dan kubawa ke hadratMu."
Allah pun berfirman kepada malaikat Mikail." Hai mikail, pergilah engkau ke bumi dan kau ambil kan Ku segenggam tanah. Mikail pun turunlah ke bumi. Baru hendak mengenggam tanah itu, mikail pun disumpah oleh bumi sama seperti Jibrail. Sesudah itu ia pun kembali ke hadrat Allah S.w.t. Sembahnya." Ya Tuhan Rabbula'lamiin. Sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Tahu bahawa aku telah disumpah oleh bumi itu. Tapi, jika Engkau titahkan aku sekali lagi untuk mengambil tanah itu, aku akan laksanakannya."
Firman Allah S.w.t kepada malaikat Israfil." Hai Israfil, pergilah engkau ke bumi, ambilkan Aku segenggam tanah. Israfil pun turunlah ke bumi. Baru ia hendak mengenggam tanah itu, ia pun disumpahi oleh bumi. Kemudian, israfil pun kembali ke hadrat Allah S.w.t, sembahnya:" Ya Allah ilahu a'lamiin, sesungguhnya aku telah disumpahi oleh bumi itu."
Allah S.w.t berfirman kepada malaikat Izrail." hai izrail, pergi engkau ke bumi. Ambil olehmu segenggam tanah itu kerana Aku sudah menyuruh Jibrail, mikail dan israfil untuk mengambilnya, tetapi mereka tidak terambil. Izrail pun pergilah turun ke bumi. Baru dia hendak mengambil tanah itu, bumi pun terus menyumpahi izrail sepertimana ia menyumpahi Jibrail, mikail dan israfil.
Izrail pun berkata:" Hai bumi aku tahu engkau akan menyumpah aku, tapi kau perlu tahu ini bukan kemahuanku tetapi ia atas firman Allah S.w.t. Maka izrail pun memanjangkan tangannya hingga ke muka bumi dari masyrik sampai ke maghribi. Kemudian ia mengenggam tanah itu sampai ke tujuh petala bumi dan tempat itulah yang telah menjadi laut Qalzum.
Sesudah itu izrail pun membawa tanah itu kehadrat Allah S.w.t, sembahnya." Sesungguhnya Engkau jua Tuhan yang Maha Megetahui waktu aku disumpahi oleh bumi itu."
Firman Allah S.w.t." Bahawa sumpah bumi kepadamu itu telah Kutolakkan. Hai izrail, bahawasanya Aku hendak menjadikan Adam. Maka dengan ini, telah tersuratlah hanya padamu untuk mengambil nyawa setiap anak cucunya."
Izrail berkata.:"Ya Tuhanku, jika begitu sudah tentu mereka akan memusuhiku."
Firman Allah S.w.t." Hai Izrail, Sesungguhnya Aku Maha Berkuasa untuk melakukan apa saja atas kemahuanKu dan juga menitahkan seorang hambaKu untuk mengerjakan sesuatu perintahKu. Mereka tidak akan dapat membawa engkau bermusuh. Samada sesuatu kematian disebabkan demam, sakit kuat, lemas di dalam air, dimakan binatang, berkelahi dan berbantah sesama sendirinya, terbakar atau pun jatuh ditimpa kayu, bahawasanya tiada sesiapapun dapat mengelak lagi daripadamu."
Firman Allah S.w.t lagi." Hai para malaikat. Ambillah air empat jenis dan curahkan pada tanah itu." malaikat pun mengambil empat jenis air iaitu air tawar, air masin, air hanyir dan air pahit lalu mereka curahkan pada tanah itu.
Bermulalah air tawar itu menjadi air liur, air masin itu menjadi air mata, air hanyir menjadi air hidung dan air pahit itu menjadi tahi telinga.
Menurut Ibnu Abbas R.a," Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjadikan Adam A.s itu daripada tanah dari tujuh petala bumi. Yang pertama, kepalanya daripada tanah Baitul Maqdis, tulangnya daripada tanah bukit Qaf, zakarnya daripada tanah babil, belakangnya daripada tanah Arafah, hatinya daripada tanah syurga jannatul firdaus, lidahnya daripada tanah Thaif, matanya daripada tanah Hud dan kakinya daripada tanah Hundai. Bahawasanya kepalanya itu adalah tempat budi, mukanya itu adalah tempat perhiasan, ke dua matanya itu tempat permandangan, kakinya itu adalah tempat berjalan, zakarnya adalah tempat syahawatnya, tulangnya itu adalah tempat kekuatannya dan lidahnya itu tempat ia berkata- kata.
Kemudian Allah S.w.t menjadikan 9 pintu di tubuh Adam iaitu dua lubang hidung, dua lubang telinga, dua biji mata, mulut, dubur dan zakar.
kemudian dipakaikan pula kepadanya lima pancaindera iaitu penglihatan pada matanya, pendengaran pada telinganya, penghidu pada hidung, perasa pada mulut dan pencabut pada tangannya.
Maka iblis pun lalu dengan tenteranya. Ketika itu iblislah yang menjadi raja di bumi. Waktu ia melihat lembaga Adam itu, ia berkata kepada malaikat." inilah khalifah yang Allah akan jadikan di atas bumi itu." Sahut malaikat." bukan itu saja , ia jua akan menjadi Raja di atas bumi." iblis berkata." jikalau rupa begini..aku pun mudah saja menghapuskannya. Jika Allah menyuruh aku supaya menghormatinya atau turuti katanya, aku tidak akan menghormati dan menurutinya. Kemudian di ludahnya pada lembaga Adam itu dan terkena pada tengah- tengah tubuh adam. Maka disapu oleh malaikat yang menunggui lembaga itu. Lalu bekas ludah itu pun menjadilah ia pusat Adam.
Nyawa yang suci itu masih berada di dalam kandil, tergantung di bawah Arasy Allah serta sentiasa mengucap tasbih memuji Allah S.w.t.
Maka dengan kuasa Allah Tuhan seru sekalian Alam, bahawa putuslah kandil itu dan gugur ke bawah tujuh lapisan langit dan sampai kepada cahaya Nabi Muhammad S.a.w. Cahaya itulah sebagai nyawa atau roh Adam. Roh itupun dicampurkan dengan tanah lembaga itu (di ambil sedikit daripada Adam dan dimesrakan).
Firman Allah S.w.t kepada jibrail," Bawalah tanah yang bercampur dengan roh itu ke dalam syurga dan campurkan dengan kasturi, amber, za'faran, dan kapur. Jibrail pun mencampurkannya.
Firman Allah S.w.t," Bawalah tanah itu dan kenakan pada dahi lembaga itu."
Jibrail pun melaksanakan sepertimana yang disuruh oleh Allah S.w.t. Dan firman Allah S.w.t kepada Jibrail, mikail, israfil dan izrail." Bahawasanya pada setiap kamu disertai dengan tujuh ribu malaikat maka bawalah bekas yang berisi roh Adam itu." Roh itupun dibawa mereka kepada lembaga Adam dan diletakkan di kepalanya.
Firman Allah S.w.t kepada roh itu." masuklah engkau ke badan ini. Sesungguhnya badan inilah tempat kau tinggal." roh itu dikelilingkan kepada lembaga Adam sebanyak tujuh kali. Kemudian seluruh malaikat menyuruh roh itu masuk ke badan Adam.
Sembah nyawa." Ya Tuhanku, sesungguhnya aku adalah roh yang amat latif dengan cahayaku. Namun aku masuk pada rumah yang kelam ini."
Firman Allah S.w.t, maksudnya," masuk pun dipaksa dan ketika keluarmu pun dipaksa jua." kemudian roh itupun masuk ke hidung kira- kira dua ratus tahun lamanya. Setelah itu ia pergi ke otak Adam dan dengan itu terbukalah mata Adam. Roh itu datang pula pada rengkungnya, turun ke dada dan pergi ke pusatnya dan ia hendak duduk pun tidak berupaya.
Berkata sekalian malaikat," sikapnya ini sangat gopoh dan setengah badannya masih bertanah tapi ingin duduk."
Firman Allah S.w.t maksudnya." menjadikan manusia itu sikapnya sangat gopoh."
Sesudah itu maka sampailah roh Adam itu pada segala rongga- rongga dan lengkaplah akhirnya roh itu ke seluruh tubuh Adam. Dan seterusnya tubuh itu menjadi daging dan darah.
Maka hiduplah Adam A.s. Ia pun terbersin. Allah berfirman." hai Adam, ucaplah Alhamdulillah kepada Tuhan sekalian alam."
Maka mengucaplah nabi Allah Adam A.s seperti yang disuruh. Sesudah itu Allah S.w.t membalas." yarham rabbuka ya Adam. Inilah anugerahku kepadamu."
Maka itu Allah S.w.t pun menjadikan asap daripada roh Adam itu kerana asap itu ada hikmah kebesaran Allah S.w.t, dan akan menjadikan daripada asap itu ialah seorang yang bernama Isa A.s.
Maka atas perintah Allah S.w.t, jibrail pun menjaga dan menaruh asap itu dengan sempurnanya hingga datang ke suatu masa untuk dijadikan Isa A.s sebagai nabi.
Kemudian, nabi Adam pun berdirilah dan dipakaikan dengan pakaian kemenangan. Justeru, setiap hari kebajikan Adam pun bertambah- tambah dan tidak bercampur dosa. Sempurnalah kejadian Adam.
Adam pun dipakaikan pakaian dari syurga dan perhiasan- perhiasan. Kemudian terbitlah cahaya dari muka Adam A.s itu hingga sampai ke bawah Arasy Ar Rahman.
Allah S.w.t memerintahkan kepada malaikat supaya mengarak dan tawaf mengelilingi langit supaya Adam dapat melihat yang ajaib- ajaib dan yang indah- indah terhadap apa yang ada di dalam langit itu supaya Adam bertambah yakin dengan kebesaran Tuhan. Tempoh lamanya adalah kira- kira seratus tahun.
Kemudian Allah S.w.t menganugerahkan Adam seekor kuda daripada kasturi yang harum baunya. Nama kuda itu ialah Maimun, kedua sayapnya daripada mutiara dan marjan. Maka jibrail pun menaikkan Adam ke atas kuda itu. Jibrail dari hadapan Adam , mikail dari kanan, Israfil dari kiri dan izrail dari belakang. Maka tawaflah Nabi Allah Adam A.s pada tujuh lapisan langit. Adam pun memberi salam pada segala malaikat yang banyak itu dan salamnya dijawab oleh mereka.
Firman Allah S.w.t," Hai Adam, inilah haluan segala mukmin yang dari anak cucumu hingga datang ke hari qiamat kelak."
Bermula pada suatu kisah, sedihlah Nabi Adam ketika diarak pada tujuh lapisan langit dan diarak pula turun ke bumi dengan perhiasannya.
Maka, firman Tuhan seru sekalian alam kepada sekalian malaikat, maksudnya:" apabila diperkatakan kepada malaikat supaya menyembah Adam A.s iaitu sujud sekali kepadanya, (namanya sujud tahiat), dan bukan sujud kebaktian dan sujud kebaktian itu hanya kepada Allah S.w.t dan tidak boleh kepada yang lain. Maka, malaikat itu pun sujud kepada nabi Adam melainkan iblis sahaja yang tidak mahu sujud. Allah S.w.t tidak menyuruh semua malaikat itu sujud tetapi kesemuanya sujud.
Apabila malaikat mengangkatkan kepalanya, dilihatnya iblis tidak sujud. Maka diketahuilah sudah oleh segala malaikat itu. Maka di dalam hatinya berkata," sesiapa yang tidak mau sujud itulah iblis dan telah menjadi iblis."
Segala malaikat itupun sekali lagi sujud (sujud syukur). Iaitu bagi memuji kurniaan Tuhan kepada Adam A.s. Malaikat berkata," bahawasanya kami ini menurut segala titah perintahMu, kami junjung dan kami ikuti."
Firman Tuhan akan iblis itu," hai iblis, siapa menegahkan engkau sujud pada apa yang kujadikan dengan tanganku."
Iblis pun berkata, maksudnya," Ya Tuhanku, aku terlebih baik daripadanya. Aku dijadikan daripada cahaya api dan Kau jadikan Adam itu daripada tanah yang kelam. Tidak patutlah cahaya menyembah kelam."
Firman Allah S.w.t, maksudnya," hai iblis, keluarlah engkau daripada malaikatKu dan dilaknat atas mu hingga hari kiamat." Allah berfirman lagi." Hai iblis! Keluarlah engkau di bawah langitKu dan dari atas bumiKu. Keluarlah engkau daripada rupa malaikatku dan masuklah engkau pada rupa iblis." Dia pun menjadi rupa iblis dan matanya jadi tersembul. Barang siapa yang terlihat dia maka semua akan tahu bahawa itulah iblis yang derhaka dan membantah firman Tuhan yang maha tinggi.
Firman Allah S.w.t." berikrarlah engkau akan dirimu wahai iblis."
Iblis pun berikrar dan berdatang sembah, maksudnya." maka disebabkan Adamlah aku Kau murakai dan nikmatMu Kau ambil daripada ku tetapi aku minta perjanjian denganMu mulai dari hari ini hingga datang ke hari kiamat. Ya Tuhanku, perkenankanlah lah pintaku dan dengan itu berani lah aku berdatang sembah padaMu."
Maka, firman Allah S.w.t," Telahku perkenanlah pintamu itu dan berdatang sembahlah kau hai iblis."
Sembah iblis kepada Allah S.w.t. Demi kemuliaanMu dan ketinggianMu, Engkau jualah Tuhan yang Maha Mulia, Maha Tinggi. Bahawa aku mohon ke hadratMu untuk menyesatkan segala anak cucu Adam ini di dunia dan melupai dari jalanMu serta kubawa kepada jalan yang sesat, diikutinya apa jua kataku supaya ia bersama denganku masuk ke neraka. Melainkan, segala hambaMu yang terpilih itu saja yang tidak termasuk dan tiada tertawan olehku kerana mereka itu menjunjung firmanMu serta dengan ilmunya yang Kau anugerahkan kepadanya itu."
Allah berfirman." hai iblis, aku telah perkenankan pintamu itu hingga datang hari kiamat."
Maka iblis pun berdendamlah kepada Adam dan segala anak cucunya lalu mencari jalan untuk menyesatkan mereka. Itulah saja kerjanya yang sentiasa dirungsingkannya.
Firman Allah S.w.t," Aku jua yang Maha Tahu akan sembahmu. Bahawa neraka itu kupenuh dari engkau, segala yang menurut katamu dan mengerjakan segala pekerjaanmu."
Firman Allah kepada segala malaikat," Bawa Adam itu ke langit mengadap akan aku"
"Tuhan yang Maha Mulia lagi Maha Besar." Seluruh isi langit itu memuji Tuhan setelah melihat rupa Adam itu.
Setelah Adam dirajakan, kemudian diarak ke dalam syurga jannatul firdaus. Maka Adam melihat bahawa tiada seorang pun yang sama seperti dia di dalam syurga itu. Maka Adam pun berbaring di atas lambung kanannya lalu tertidur. Allah S.w.t tahu akan rahsia hati Adam yang sedang berduka cita itu oleh kerana ia masih kanak- kanak lagi dan seorang diri di syurga.
Sebelum ia berbalik tidur, maka ketika itu Allah S.w.t menjadikan ibu segala insan iaitu siti hawa dari lambung kirinya ( pada rusuknya).
•••• Bersambung ke Bahagian 2