Bukti Kebenaran Hadis.
Masih ingat sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W berkenaan
lalat? “Jika seekor lalat jatuh ke dalam minuman kamu, maka benamkanlah (lalat
itu sepenuhnya dalam minuman itu) dan kemudian buanglah (lalat) itu. Kerana
sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyembuh manakala pada sebelah yang
lain terdapat penyakit.”
Pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari
Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza
Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat
zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel
sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan
mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel
tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada
bahagian perut dan ke bawah.
Pada tahun 1947, Ernestein dari England juga
menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahwa
fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria. Tahun 1950, Roleos dari
Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para
peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan
Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama
tentang mikroorganisma pada lalat sekaligus membuktikan bahawa pelbagai penyakit
dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada
seluruh badannya.
Mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak
dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan
ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak
kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini. Maka adalah
logik apabila ingin mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat,
badannya harus dibasahkan -menyelupkan lalat yang jatuh tersebut sebelum
membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum
dengan selamat.
Subhanallah betapa hebatnya Junjungan kita, Nabi
Muhammad..
