Di Taman Negara Gonarezhou, Zimbabwe
menyaksikan seekor bangkai gajah telah dilapah dan diambil daging serta
tulangnya oleh penduduk kampung berdekatan yang kelaparan. Bagaikan satu pesta,
penduduk di situ mengerumuni gajah tersebut, mengagihkan daging dan tulang
sesama mereka. Segalanya selesai dalam masa tak sampai 2 jam. Zimbabwe merupakan
antara negara termiskin dunia dan rakyatnya menderita kerana kebuluran. Mereka
sanggup makan apa sahaja, termasuk lah bangkai gajah. Kematian seekor gajah
telah menyelamatkan mereka dari derita kelaparan buat seketika...





