Diriwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona
kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan
urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang
sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu
dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu
menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada
Allah."
Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia
berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan
hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata," Kau takut kepada Allah sedangkan
aku tidak."
Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus
dan nyaris mati. Is kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama.
Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk
ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh.
Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus
menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi
hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas
bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu
berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang
bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di
situ."