Gena3x.. sblom nie kan orang da pesan kat awak, tapi awak degil, x nak dengar kata. selalu dok peringat, time makan toksah maen ikut bedal ajer. nengok-nengok dulu aper yang nak di telan tuh... memang sang bedal btol la awak inih! eeee, geram3x... nasib baek tak ader cuping telinga, idak lama dah kena piat-piat ngan haku... miahahahhh!
KIEV, Ukraine
- Seekor buaya berusia 14 tahun, Gena enggan makan sebarang makanan selepas ia
menelan satu telefon bimbit milik seorang wanita yang terjatuh ke dalam kurungan
haiwan itu di sebuah akuarium di bandar Dnipropetrovsk.
Pada mulanya,
para pekerja akuarium itu tidak percaya dakwaan wanita tersebut yang berumur
20-an bahawa telefon bimbitnya ditelan buaya tersebut.
"Namun,
apabila telefon itu berbunyi dan bunyinya datang dari dalam perut buaya
tersebut, kami mengetahui dia (ibu tersebut) tidak berbohong," kata seorang
pekerja di akuarium berkenaan, Alexandra.
Wanita
berkenaan terjatuh telefon itu semasa dia mahu merakamkan aksi buaya tersebut
sedang membuka mulutnya.
Ekoran
tertelan telefon itu, buaya tersebut tidak makan selama empat minggu dan
kelihatan murung dan sakit.
Alexandra
berkata, kelakuan buaya jantan tersebut berubah selepas ia menelan telefon itu
kerana ia kini bergerak amat perlahan dan kurang berenang berbanding sebelum
ini.
Ketua doktor
haiwan, Oleksandr Shushlenko berkata, jika buaya berkenaan masih enggan memakan
sebarang makanan, haiwan itu akan menjalani pemeriksaan sinar X.
