2 Tahun Tak Tanggal Make Up
The Daily Chilli melaporkan, di Korea Selatan ada seorang gadis yang tidak membasuh mukanya selama dua tahun. Pelik kan? Tentu ada sebab kenapa dia buat begitu...
Bae dengan make-up tebal (kiri) dan penampilan wajah
sebenar (kanan).
Dia mengatakan bahawa benda yang paling
penting dalam hidupnya adalah cermin. "Saya selalu melihat ke dalam cermin dan
membawanya setiap masa," ujarnya pada sebuah acara variety show di korea.
Walaupun dirinya termasuk cantik tanpa make-up, ia tetap tidak berpuas hati
dengan penampilannya "Saya ingin melakukan operasi plastik di 10 tempat,"
katanya.
Ibunya yang putus asa atas perilaku Bae menghubungi sebuah program televisyen di Korea dan menceritakan kisah puterinya yang aneh. Ketika tampil di acara itulah seorang doktor ahli kecantikan berjaya memujuk gadis ini untuk menghapuskan make-upnya. Dan setelah pemeriksaan khusus, diketahui bahawa kulitnya kelihatan berumur dua kali ganda dari usia gadis itu sekarang. Menurut pakar, membiarkan make-up terlalu lama bukan saja menutup liang-liang roma, tetapi juga boleh menyebabkan risiko penuaan lebih awal.
