✭ Himpunan Hadis- hadis Rasulullah S.a.w dan Para Sahabat

   Hadis- hadis mengenai kematian
   
   ✤  Sakaratul Maut
   ✤  Layanan Kubur
   ✤  Bekalan Ke Syurga

   Hadis- hadis mengenai Akhirat

     Titian Siratul Mustaqim
   ✤  Tentang Ahli Syurga
   ✤  Keadilan Balasan
   ✤  Umat Yang Muflis
   ✤  Umat Yang Disekat

   Hadis- hadis mengenai Sembahyang

   ✤  Bacaan Sembahyang
   ✤  Tahap Kepanasan Api Neraka
    


 

✭ Kisah 2 Lelaki Sepakat Kongsi Isteri


 

1-9d3e3

Benarlah dunia sudah tua, isteri pun boleh main kongsi

Nairobi: Dua lelaki bermusuhan menandatangani satu perjanjian bertulis baru-baru ini untuk berkongsi seorang wanita yang sama-sama mereka cinta.

Perjanjian itu dibuat selepas wanita berkenaan enggan memilih seorang daripada mereka.

Kedua-dua lelaki itu baru-baru ini menyedari wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan kedua-dua mereka selama empat tahun.

Bagaimanapun, masing-masing-masing enggan memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan kerana tidak sanggup untuk berpisah dengannya.

Seorang daripada lelaki itu, Sylvester Mwendwa, ketika ditemui wartawan mengaku bersetuju berkongsi wanita itu dengan lelaki bernama Elijah Kirmani.

Menurutnya, mereka sama-sama mencintai wanita itu dan perjanjian berkenaan bertujuan untuk menjadi garis sempadan selain memastikan mereka tidak bergaduh.

“Wanita itu seperti pengadil. Dia akan menentukan sama ada dia akan tidur dengan saya atau Kirmani,” kata Mwendwa.

Kedua-dua lelaki itu akan membiayai kehidupan wanita itu dan anak yang akan dilahirkan pada masa depan.

“Kami akan membesarkan anak dilahirkannya seperti anak kami, tidak kiralah siapa bapanya sebenar,” katanya.

Di Kenya, poligami dibenarkan. Begitu juga dengan poliandri (wanita dua suami). Tetapi ia jarang berlaku.

- Agensi

✭ Penyeludup Kereta Mewah Ditahan SPRM Dipercayai Berkait “Mr Clean‎”


 

Shaharuddin-Ibrahim

Sindiket penyeludupan kereta mewah yang dipatahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis dipercayai kes sama membabitkan pegawai kanan kastam ditembak mati pada April.
Timbalan Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) hanya tinggal setahun perkhidmatan ditembak tiga das di leher dan pipi.

Ketelusan Shaharuddin menyebabkan beliau digelar “Mr Clean”.

Anaknya, Akhtar Shaharuddin memberitahu The Malaysian Insider beliau percaya pembunuhan bapanya berkait dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

Pada Khamis, SPRM menahan seorang pengurus bank, isterinya dan lelaki yang dipercayai terlibat dalam penyeludupan itu.

Siasatan juga menjurus kepada penipuan dan penggubahan wang haram.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan suspek berumur di antara 30 dan 40 tahun.

Suspek wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian kereta mewah bernilai RM500,000 sementara suaminya, seorang pengarah swasta disiasat kerana bersubahat.

Kereta yang dipercayai didaftarkan di Langkawi dibeli dengan harga RM300,00 dan dijual dengan harga setengah juta ringgit dalam masa tiga bulan.

Siasatan menunjukkan dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam adalah palsu dan duti eksais kereta tidak dibayar.
Difahamkan sindiket berkenaan telah beroperasi sejak setahun lalu.

tmi

✭ 400 Juta Warga China Tidak Tahu Mandarin

nihaoma

Fakta terkini

Beijing: Lebih 400 juta rakyat China tidak boleh bertutur bahasa Mandarin yang juga bahasa kebangsaan di negara itu, manakala sebahagian besar bercakap dengan gaya bahasa yang teruk, lapor media tempatan.

Banyak dialek

Parti Komunis yang memerintah China berusaha mempromosikan bahasa Mandarin sejak berdekad lalu untuk menyatukan rakyat negara itu yang mempunyai beribu-ribu dialek dan bahasa minoriti, namun terhalang oleh saiz negara yang besar dan kurang pelaburan dalam bidang pendidikan.

Jurucakap Kementerian Pelajaran China, Xu Mei yang dipetik agensi berita Xinhua, berkata hanya 70 peratus rakyat negara itu boleh berbahasa Mandarin tetapi sebilangan besar tidak fasih, manakala 30 peratus lagi atau kira-kira 400 juta penduduk langsung tidak boleh menuturkannya.

Beliau berkata, China mungkin tidak akan berjaya menjadikan bahasa Mandarin atau sebelumnya dikenali sebagai Putonghua sebagai bahasa yang boleh dituturkan seluruh rakyat.

Promosi bahasa

“Tahun ini kementerian menumpukan kawasan terpencil dan pedalaman yang didiami kebanyakannya etnik minoriti,” katanya, menjelang kempen tahunan mempromosikan bahasa Mandarin yang diadakan setiap tahun sejak 1998.

Usaha mempromosikan bahasa Mandarin menjadi isu perdebatan dan pertelagahan di China, malah mencetuskan tunjuk perasaan dan keganasan.

- AGENSI

✭ Anwar Dakwa Syarikat Gula Untung 1 Bilion


sugar

 
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa penghapusan subsidi 34 sen sekilogram bagi gula memberikan keuntungan sebelum cukai syarikat monopoli gula sehingga RM1 bilion dengan lonjakan keuntungan 20% hingga 25%.
Ketua Pembangkang itu berkata, penghapusan subsidi itu hanya menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM551.25 juta.

“Apa yang menjadi pertanyaan kita ialah mengapa korporat mendapat keuntungan berganda akibat penghapusan subsidi gula dan rakyat dibebankan dengan kenaikan harga gula,” katanya di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, liberalisasi gula perlu dilakukan untuk mengelak monopoli berterusan yang boleh mengekang kenaikan harga gula akibat pemotongan subsidi dengan penyertaan syarikat baru.

Anwar berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gagal mengimbangi pengurangan subsidi dengan sejumlah RM7.29 bilion subsidi dikurangkan bagi 2014 dengan RM39,408 bilion berbanding RM46.698 bilion pada 2013.

“Potongan subsidi sebanyak RM7.29 bilion jauh melebihi kenaikan bayaran BR1M untuk 2014. Kesimpulannya, perbezaan sebanyak RM5.6 bilion yang dikutip oleh kerajaan ini masih akan dibiayai oleh penerima BR1M kerana pengurangan subsidi walaupun BR1M ditambah,” katanya.

Semasa membentangkan Bajet 2014 pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penghapusan subsidi gula secara serta-merta. – 28 Oktober, 2013.

tmi

✭ Pengawal Keselamatan Bersenjata Rompak Kedai Emas Di Setapak

jewellery2
 

PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Pengawal keselamatan berkenaan telah bekerja kurang dua daripada dua bulan, mengacukan pistol kepada pemilik kedai emas berkenaan dan melarikan diri dengan satu dulang barang kemas pada pagi Khamis.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa berkata ketika kejadian pemilik kedai dan tiga pekerjanya sedang bersiap sedia untuk membuka kedai.

“Mereka telah membaca mengenai apa yang berlaku di sebuah bank dan segera menyerahkan dulang berisi barang kemas kerana berasa takut kejadian sama akan berulang kembali,” katanya.

Pengawal keselamatan tersebut, yang ketika kejadian memakai pakaian seragam segera mengambil dulang berisi barang kemas itu dan dengan selamba keluar daripada pusat membeli belah berkenaan.

“Ia berlaku sangat pantas, dan tiada siapa menyangka ia akan berlaku kepada kami,” kaanya sambil menambah pihak polis masih menyiasat nilai barang kemas yang dicuri.

Polis juga sedang menyiasat sama ada pistol yang digunakan dalam rompakan tersebut dikeluarkan kepada suspek oleh syarikat kawalan keselamatan tempatnya bekerja atau milik peribadi.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ada kemungkinan pengawal keselamatan tersebut merupakan perompak yang meniru aksi rompakan yang berlaku di sebuah bank baru-baru ini.

“Ada kemungkinan pengawal keselamatan itu mendapat idea daripada pengawal keselamatan yang merompak Ambank.

“Saya juga tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa kes melibatkan pengawal keselamatan merompak majikan mereka,” katanya.

Justeru, beliau menggesa syarikat kawalan keselamatan menyemak dengan teliti latar belakang kakitangan mereka terlebih dahulu.

“Sekiranya mereka ada rasa ragu-ragu mengenainya, tolong hubungi pihak polis dan kami akan membantu anda,” katanya.

Khalid berkata pihak polis sedang memberi perhatian serius kepada pengawal keselamatan dan semakan secara rawak turut dijalankan di seluruh negara.

Ketika dihubungi, syarikat kawalan keselamatan yang mengambil pengawal keselamatan itu berkata suspek dikenalpasti sebaai warga Sabah melalui kad pengenalannya.

Namun pihaknya enggan mengulas sama ada pihaknya ada melakukan pemeriksaan terhadap latar belakang suspek atau dia mempunyai lesen untuk membawa senjata api.

Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.
Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.
Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah.

mStar

✭ Yang Menang Dan Yang Kalah Di Sungai Limau

 


SUNGAI_LIMAU_BY-ELECTION_041113_TMINAJJUA_05_540_360_100
 
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau yang baru, Mohd Azam Abdul Samat ketika membuang undi semalam

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar adalah orang yang paling gembira ekoran kemenangan PAS di Sungai Limau manakala Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pula adalah pihak paling terasa kesan kegagalan Barisan Nasional mengalahkan PAS semalam.

Sementara itu, badan penyelidik bebas Ilham Centre antara pihak yang sangat gembira dengan kemenangan ini ekoran jangkaan mereka menjelang pemilihan adalah tepat manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin pula meleset apabila jangkaan beliau BN akan menang tersasar.

Berikut adalah pihak yang menang dan kalah dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.

Pihak yang menang

1) PAS
Sudah pasti pemimpin dan penyokong PAS di seluruh negara paling gembira dengan kemenangan ini. Sudah tentu mereka akan membuat pelbagai kenduri-kendara bagi meraikan kemenangan ini. Pilihan raya kecil ini juga berjaya meredakan ketegangan antara pucuk pimpinan mereka ekoran pemilihan pucuk kepimpinan parti yang akan berlaku 22 hingga 24 November ini.

2) Mahfuz Omar
Beliau menjadi individu yang paling gembira dengan kemenangan PAS kali ini. Beliau baru saja mengambil alih jawatannya ini daripada allahyarham Tan Sri Azizan Razak selepas pilihan raya umum lalu ketika Azizan mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang. Kemenangan ini bakal menjadi modal besar kepadanya yang akan berdepan dengan pemilihan parti kerana beliau akan mempertahankan jawatan naib presiden. Kalau sebelum ini beliau antara penyandang yang paling risau, kini beliau mempunyai harapan yang sangat cerah untuk menang.

3) Ustaz Azam
Mohd Azam Abdul Samat, 37 tahun, adalah Penolong Pengetua Sekelah Menengah Agama Bantuan Kerajaan An-Nahzah, Bukit Besar sebelum dipilih sebagai calon. Beliau tidak dikenali sebelum ini. Selepas menjadi wakil rakyat sudah tentu beliau mempunyai rutin yang berlainan selepas ini.

4) Ilham Centre
Ramalan yang dibuat oleh penyelidik bebas Ilham Centre bahawa PAS akan menang sekitar 53 – 55 peratus dalam pilihan raya ini menjadi kenyataan. Ilham mengulangi ketepatan ramalan menjelang pilihan rayanya yang dibuat sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 2008 lalu. Kerisauan jelas terbayang kepada Pengerusi Eksekutifnya, Mohamad Hisomuddin Bakar apabila berita awal menunjukkan BN menang. Namun selepas terbukti ia hanya perang saraf BN, Hisom antara yang menang dalam pilihan raya kecil ini.

5) Penduduk Sungai Limau
Mereka menang kerana berjaya mendapat wakil rakyat yang mereka mahukan di samping mendapat segala macam daripada kerajaan negeri Kedah dan kerajaan pusat menjelang pilihan raya lalu. Gula dijual dengan harga RM1 sekilo, beras 5kg hanya RM5 dan lain-lain lagi bantuan termasuk anak pokok mempelam, cermin mata, baja padi dan sebagainya.

Pihak yang kalah

1) Mukhriz Mahathir
Pihak yang paling terasa apabila BN kalah dalam pilhan raya kecil ini sudah tentulah Mukhriz. Ini kerana, ia kekalahan kedua selepas beliau gagal memenangi naib presiden Umno dalam pemilihannya baru-baru ini. Mukhriz adalah orang yang paling kuat bekerja untuk mempastikan kemenangan calon BN kali ini. Beliau berada di Sungai Limau siang dan malam untuk memastikan jentera BN berjalan lancar. Di saat-saat akhir beliau membawa turun ayahandanya Tun Dr Mahathir Mohamad, namun pengundi Sungai Limau tetap menolak BN.

2) Umno
Umno sudah tentu paling terasa apabila calonnya tewas dalam pilihan raya kecil ini. Ini kerana pertembungan di Sungai Limau adalah antara Umno dan musuh tradisinya PAS bukan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Kekalahan ini bererti kegagalan untuk Umno memecahkan kubu PAS di Sungai Limau padahal dalam pilihan raya umum lalu Umno berjaya menang di Parlimen Jerai dan dua lagi DUN di bawah Parlimen Jerai.

3) Dr Ahmad Sohaimi
Sudah tentu pihak yang terasa kecewa dengan kekalahan ini adalah calon BN sendiri Dr Ahmad Sohaimi Lazim. Sohaimi terpaksa melepaskan jawatannya sebagai pensyarah kanan di UPSI untuk menyertai pertandingan ini. Walaupun mungkin boleh masuk balik kerana semua boleh dibuat oleh Umno tetapi sudah tentu air muka beliau yang hilang.

4) Muhyidin
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tentu pihak yang kalah dalam pilihan raya ini. Selaku pengarah utama pilihan raya bagi BN, Muhyiddin banyak menghabiskan masa dan tenaga beliau untuk memastikan calon BN menang. Namun apakan daya pengundi Sungai Limau menolak beliau. Sudahlah terpaksa meminta maaf daripada keluarga allahyarham Azizan kerana tersalah cakap, pilihan raya kalah pula.

5) Kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri
Kedah
Ini kerana, berapa banyak wang daripada kedua-dua kerajaan ini digunakan untuk “membeli” undi pengundi di sini. Namun ia tetap ditolak. Bagaimana pemimpin kerajaan hendak jawab apabila gula dijual RM1 sekilo saja sedangkan ketika harganya dinaikkan alasan yang diberikan adalah untuk mengelakkan kencing manis. Apakah kerajaan mahu penduduk Sungai Limau diserang kencing manis apabila gula dijual dengan harga murah di sini. Kerajaan yang kena tanggung. Duit rakyat juga yang hilang. –
5 November, 2013.

Oleh Zulkifli Sulong, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA tmi

✭ Makhluk Halus Tumpang Sejadah

            
             

 

Kejadian aneh tapi benar

BATU PAHAT – Terkejut, pelik, tergamam dan banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran empat sekeluarga yang menghuni rumah di Kampung Desa Penyayang, Sri Medan, apabila ruang rumah mereka dijadikan tempat untuk solat jenazah makhluk halus.

                

Kejadian berkenaan disedari apabila penghuni rumah berkenaan pulang setelah beberapa ketika mengosongkan kediaman mereka.
Mohd Amin Kamil, 46, berkata, kejadian pelik di rumahnya mula berlaku tiga tahun lalu, apabila isterinya, Rahimah Mohamed, 49, mengemas sejadah yang terbuka.

Katanya, pada mulanya isterinya menganggap anak mereka menunaikan solat dan terlupa melipat sejadah tersebut.

Bagaimanapun anak mereka menafikan dan memberitahu dia belum lagi menunaikan solat.

“Saya dan isteri mula berasa pelik dengan kejadian ini dan membiarkannya sahaja dan tidak berkata apa-apa. Kami beranggapan mungkin ada di antara kami terlupa mengemas sejadah berkenaan.

“Tetapi perkara itu berulang kembali dan ia berlaku tiga kali berturut-turut, di mana kejadian berkenaan berlaku apabila masuknya waktu solat Asar, Maghrib dan juga Isyak.

“Perkara ini juga akan berlaku ketika matahari sedang naik, dan ia hanya berlaku apabila awal Muharam, tetapi kami diamkannya sahaja dan menganggap ‘mereka’ hanya menumpang solat,” katanya kepada Sinar Harian.

Kain batik lepas terbentang sendiri

Menurut Mohd Amin, bagaimanapun sesuatu mengejutkan berlaku apabila dia pulang sahaja ke rumah Khamis lalu dan mendapati di satu ruang dalam rumahnya terdampar sejadah untuk solat berjemaah.

Katanya, lebih mengejutkan di hadapan sekali dia melihat bantal dan juga kain batik lepas dibentang seperti menutup seorang jenazah.

“Saya terkejut dengan kejadian berkenaan dan bergegas keluar memberitahu isteri.

“Isteri saya memberitahu, sebelum dia keluar, rumah dikunci. Lalu kami teringatkan perkara yang berlaku sebelum ini di rumah.

“Sebelum itu, awal pagi dan sehari sebelum ini, saya mendapati sejadah di rumah kami terbentang seperti selalu. Kami membuat andaian mungkin salah seorang daripada makhluk halus berkenaan telah meninggal dunia,” katanya.

Sebelum ini, katanya, dia berhubung dengan beberapa ustaz dan mereka menyatakan makhluk berkenaan hanya untuk menumpang sahaja dan tidak mengganggu isi rumah.

Sebelum ini katanya, kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku walaupun mereka telah mendiami rumah tersebut hampir 19 tahun.

✭ 3 Jenazah


Suatu hari ada tiga jenazah yang berada pada ruang Pemeriksaan di sebuah Hospital. Peliknya 3 jenazah dalam kondisi tersenyum. Setelah dilakukan penyisatan, doktor yang memeriksa jenazah itu lalu melaporkan hasilnya kepada polis.

Doktor : Jenazah yang pertama orang Kuala Lumpur. Dia mati kerana serangan jantung sewaktu bercinta dengan pasangannya, sebab itu dia tersenyum puas. Jenazah yang kedua orang Klang, ia menang judi lalu berpesta mabuk hingga overdos, sebab itu dia tersenyum senang hati.

Polis  : Jenazah yang ketiga bagaimana??

Doktor : Dia seperti berasal dari orang Kampung..tuan, mati kerana disambar petir.

Polis  : Di sambar petir?? Kenapa dia tersenyum ?

Dokter : Mungkin dia menyangka dia sedang diambil gambar..tuan…

✭ Haram Percaya Pada Ramalan

HARAM PERCAYA RAMALAN PERANGAI, JODOH DAN LAIN-LAIN BERDASARKAN TARIKH LAHIR


SUMBER-SUMBER YANG BOLEH DIYAKINI


Perlu difahami bahawa, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang seperti kalau lahir pada bulan sekian sekian, akan mempunyai sikap sekian-sekian dan jodohnya perlulah yang lahir bulan sekian-sekian, mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada tiga sumber sahaja. Iaitu :-

a) Al-Quran
b) Hadith Sohih dan Hasan
c) Fitrah kejadian alam (sunnatullah)
Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya sebagainya firmanNya di dalam surah al-Naml ayat 65 : ertinya :
قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ
Ertinya : " Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" .



SUNNATULLAH ( HUKUM ALAM) BOLEH DIPERCAYAI
Maksudnya adalah mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat dari satelit maka di dapati kumpulan awan tebal di atas Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan.
Alah SWT menyatakan : Ertinya : "Andaikata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, niscaya akan rusaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya." (al-Mu'minun: 71)
Inilah yang perlu dimaklumi, bahwa alam ini dikendalikan dengan undang-undang dan hukum yang tetap, tidak pernah berubah dan berganti, sebagaimana telah dinyatakan oleh al-Quran dalam beberapa ayat, antara lain sebagai berikut:
Firman Allah ertinya : "Kamu tidak akan menjumpai sunnatullah itu berganti." (Fathir: 43)
Hasil dari kepercayaan ghaib tanpa didasari oleh tiga asas tadi, maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan aqidah.
Idea tilikan dan pengiraan tarikh lahir untuk mnegetahui hal yang akan datang termasuk status kewangan, keharmonian rumah tangga dan sebagai amat bercanggah dengan hukum Islam. Malah jika ingin digunakan hujah ‘sunnatullah' atau tajribah (percubaan dan analisa) pun ia tidak boleh sama sekali. Ini kerana analisa yang boleh diterima hanya analisa yang boleh dibuktikan melalui bukti-bukti saintifik dan fizikal, seperti ramalan cuaca melalui info lengkap dari kedudukan awan dan angin melalui alatan canggih moden dan visual dari satellite.


NABI PUN TIDAK MENGETAHUI YANG GHAIB
Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.
Justeru itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.
Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:
"Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta." (an-Naml: 65)
Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut:
"Kalau aku dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya aku dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan aku tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain aku hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman." (al-A'raf: 188)
Oleh kerana itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib, termasuk perkara akan datang dan lain-lain, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia banyak.

JANGAN JADI BOMOH SECARA TIDAK RASMI
Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap bahwa Nabi adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini? Maka Nabi menjawab dengan tegas:
"Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka."
Inilah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti meramal dimana boleh dijumpakan orang hilang, dan meramal melalui tarikh lahir, jumlah huruf pada nama seseorang malah adakalanya menyalahgunaan nombor surah al-Quran untuk tujuan ramalan mereka.
Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا
Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :
مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )
Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Muntaqa , 2/791 )
Semoga semua kita terselamat dari kesesatan dan kebahayaan syirik. Perlu diingat, perkara syirik sebegini, sengaja melihat dan menganalisa untuk tujuan ‘suka-suka' juga diharamkan. Ia perlu dijauhi sejauh-jauhnya.



Diedit dan Driringkaskan daripada:
http://www.zaharuddin.net

✭ Jangan Menyiksa Diri

Allah S.w.t menyiksa dunia seisinya untuk kemudahan manusia itu sendiri, oleh itu hendaklah manusi memanfaatkannya.

Sahabat Anas menceritakan bahawa satu hari Rasulullah melihat seorang yang dipapah oleh kedua orang anaknya menunaikan haji dengan berjalan kaki.

Apabila melihat keadaan itu, maka baginda bertanya: " Mengapa dengan orang ini?".

Dua anak itu berkata: " Dia bernazar hendak menunaikan haji dengan berjalan kaki."

Rasulullah berkata:" Sesungguhnya Allah S.w.t tidak memerlukan orang yang menyiksa dirinya."

Ketika itu juga Rasulullah memerintahkan kepada orang itu agar naik kenderaan untuk menunaikan haji.

Dalam satu peristiwa lain, seseorang menziarahi tuan gurunya yang sudah lama berpisah. Dia berjalan kaki beberapa batu ke rumah gurunya dengan maksud untuk mendapat pahala yang lebih. Setiba di rumah gurunya itu, tuan guru itu bertanya:" Kamu datang dengan apa?"

Anak murid itu berkata:" Saya berjalan kaki"

Apabila tuan guru itu mendengar jawapan anak muridnya itu, dia berkata:" Dia (Allah S.w.t) telah menciptakan kuda, baghal dan keldai agar kamu mengenderainya."
 

✭ Doa Khatam Al- Quran









Dimulai dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam sebagai pujian daripada orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang bertaqwa. Solat dan salam ke atas Rasul kami, Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan sekalian para sahabatnya.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang belum aku ketahui. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah dan bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat), wahai Tuhan Sekalian Alam.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusankanku. Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku. Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku; dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah kematian sebagai istirahat bagiku daripada segala kejahatan.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amal pada penyudahannya dan sebaik-baik hariku hari bertemu dengan-Mu.

Ya Allah, ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenang, kematian dalam kebenaran dan tempat kembali yang tidak terhina lagi buruk keadaannya.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik ganjaran, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian. Tetapkanlah (kakiku di atas sirat-Mu) serta beratkanlah timbanganku. Perkuatkanlah imanku dan tingkatkanlah darjatku serta terimalah solatku. Ampunkanlah kesalahan-kesalahan dan aku memohon kepada-Mu tempat tertinggi dari syurga-Mu.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu apa-apa yang mewajibkan rahmat-Mu, juga apa-apa yang memastikan keampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, keuntungan daripada segala kebaikan, kemenangan dengan syurga dan pelepasan daripada api neraka.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Perbaikilah akibat dari setiap urusan kami, hindarkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami rasa takut kepada-Mu, agar dengannya dapat menghalang kami dari melakukan maksiat, kurniakanlah kami ketaatan kepada-Mu, agar dengannya akan mendekatkan kami dengan syurga-Mu, kurniakanlah kami keyakinan yang dapat meringankan musibah dunia yang menimpa kami, berikanlah kami nikmat pendengaran, penglihatan dan kekuatan, selama Engkau masih berikan kehidupan buat kami, dan jadikanlah semua itu warisan kami, balaslah orang yang berbuat zalim terhadap kami, bantulah kami dalam menghadapi musuh-musuh kami, janganlah Engkau timpakan musibah dalam agama kami, janganlah Engkau jadikan dunia ini tujuan utama kami, jangan pula Engkau menilai pengetahuan kami serta janganlah Engkau jadikan orang yang tidak mempunyai rasa belas kasihan kepada kami menjadi pemimpin kami.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jangan Engkau biarkan kami melakukan sebarang dosa melainkan Engkau mengampunkannya, jangan biarkan kami dalam kebuntuan melainkan Engkau melapangkannya, jangan biarkan kami mempunyai hutang piutang melainkan Engkau (berikan jalan untuk) menyelesaikannya dan jangan ada sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang antara yang penyayang.

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada azab neraka.

Selawat Allah dan salam yang tidak terhingga ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya serta para sahabat yang terpilih.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

✭ Detik- Detik Rasulullah Wafat

Pages

Nuffnang Ads
 
 
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah;

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan ber...taqwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan-akan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya, “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” – “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan, “Ummatii, ummatii, ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku…” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma solli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi… Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

✭ Perihal Syaitan


Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah SWT jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud RA pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada 70 bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.

Dari api yang amat panas inilah Allah SWT telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah SWT masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT. Jin juga di beri izin oleh Allah SWT menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah SAW mengikut tahap dan kemampuan masing-masing. Jin juga diperintahkan oleh Allah SWT menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah SWT dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 % mirip kepada manusia.

Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah SWT dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin. Manakala makhluk-makluk lain pula Allah SWT jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.

Manusia memerlukan masa mengandung selama 9 bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh. Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat. Iblis laknatullah pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam AS). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah SWT telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.

Jin, Ifrit, Syaitan laknatullah dan Iblis laknatullah adalah merupakan sebahagian daripada golongan Jin, cuma tugas dan fungsi mereka sahaja yang berbeza. Jin sebagaimana yang telah diterangkan di atas ialah sejenis mahkluk Allah yang tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia. Pengetahuan mereka lebih luas dan sangat panjang usianya. Manakala Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka kepada Allah SWT. Iblis laknatullah dan Syaitan laknatullah juga terdiri daripada golongan Jin dan mereka merupakan golongan Jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan mendapat kutukan Allah SWT sehingga ke hari kiamat.

Lafaz "syaitan" sebenarnya berlaku untuk golongan jin dan manusia yang melampaui batas dan membangkang terhadap hukum-hakam Allah. Orang Arab kadangkala menamakan "ular" sebagai syaitan kerana ia membangkang, cepat bergerak dan amat membahayakan. Allah SWT menyebutkan bahawa pohon "Zaqqum" bagaikan kepala syaitan. Pohon Zaqqum adalah pohon yang tumbuh di dasar neraka sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Muncungnya bagaikan kepala syaitan." (Ash-Shaffat: 65)

Syaitan laknatullah sentiasa melihat kita sedangkan kita tidak dapat melihatnya. Dia mendengar apa yang kita katakan sedangkan kita tidak merasa apa bisikannya. Iblis laknatullah menggoda manusia dengan cara yang halus dan tidak dirasakan. Rasulullah SAW ada bersabda: "Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia seperti berjalan atau mengalirnya darah."

Dari Abu Hurairah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda: "Syaitan mengikat tengkuk salah seorang kamu (setiap orang) ketika tidur pada waktu malam dengan tiga ikatan. Apabila orang yang tidur itu bangun dari tidurnya kemudian dia mengingati Allah SWT (membaca doa bangun tidur) maka terbukalah satu ikatan. Jika dia berwuduk, terbukalah satu ikatan lagi dan jika dia mengerjakan solat (fardu Subuh) terbukalah yang ketiga, sehingga dia menjadi sihat dan cergas. Kalau tidak melakukan yang tiga itu, dia merasakan rimas atau malas."

Permusuhan iblis laknatullah serta syaitan laknatullah dengan bani Adam sampai kemuncaknya pada waktu munculnya Al Masih Ad-Dajjal. Pada waktu itu, syaitan laknatullah akan menggandakan usahanya untuk menjerumuskan bani Adam sama-sama menemaninya ke neraka Jahannam. Moga Allah SWT memberi kita perlindungan dari tipudaya syaitan laknatullah ini.

Umar al-Khattab RA berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

Zalituun laknatullah - Duduk di pasar atau kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
Wathiin laknatullah - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah SWT.
A'awanlaknatullah - Menghasut sultan, raja, pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan atau kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Haffaf laknatullah - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat.
Murrah laknatullah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah SWT. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.
Masuud laknatullah - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
Daasim laknatullah - Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim laknatullah akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
Walahaan laknatullah - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
Lakhuus laknatullah - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Wallahu'alam

✭ Tips: Mengesan Suami Menyimpan Kekasih Lain


 kekasihgelap

Calon Kekasih Kawan karib, teman sekerja dan kekasih lama adalah yang berpotensi untuk menjadi kekasih gelap. Lebih-lebih lagi teman sekerja yang sering bekerja di luar kawasan bersama. Kekasih Lama Suami berpisah dengan kekasih lama tanpa sebab yang jelas. Jika perempuan tersebut ada dalam senarai kawan suami didalam Facebook, berhati-hatilah! Suami Mula Melaram Kebiasaannya yang selekeh dan tidak terurus bertukar kepada seorang yang sentiasa kemas dan wangi. Kerahsiaan Telefon Bimbit Apabila gadjetnya yang satu itu selalu disembunyikan, dimatikan atau diletakkan kata laluan yang tidak dikongsi maka anda mempunyai sebab yang jelas untuk rasa ragu-ragu. Ada Telefon Bimbit Lebih Telefon bimbit yang lagi satu itu sentiasa dipadamkan apabila ada dirumah. Banyak Termenung Suami yang banyak termenung mungkin juga atas sebab masalah dipejabat, tetapi mungkin juga sedang memikir “strategi”. Fikirannya yang bercelaru akan menyebabkan mudah lupa dan panas baran. Tidak Boleh Ikut untuk Tugasan Luar Kawasan Bermati-matian untuk menghalang anda mengikutnya untuk tugasan diluar kawasan, walaupun pada hujung minggu. Perhatian Lebih Kadang-kala suami akan terperasan sendiri yang dia telah mengabaikan isterinya. Lalu buat-buat prihatin bagi menutup syak wasangka. Sering Tidur Lewat Macam biasalah, nak SMS romantik sebelum ucap “Good Night”.Gagap Menjawap Soalan Offensif Apabila diajukan soalan yang agak tajam, dia akan gagap. Soalan seperti “Kawan abang tu lelaki ke perempuan?” atau “Kekasih lama apa khabar?” pasti menyentaknya dari dalam. Tidak Kesahkan Anak Anak Keutamaannya pada anak-anak sudah berubah. Dia tidak lagi mengambi berat dan sering memarahi anak-anak. Rajin Keluar Jika disuruh keluar untuk membeli barang dapur misalnya, tanpa membantah akan pergi. Kerana dia tahu ini adalah peluang terbaiknya untuk bergayut.

✭ Jenaka: Pak Kadok Undur Kereta

undur-kereta

Pak Kadok baru membawa pulang kereta barunya dan singgah sebentar ke rumah Pak Pandir. Kerana ingin menunjuk kehebatannya, Pak Kadok parkir kereta secara mengundur.“Pandir, tolong tengok belakang kereta, kalau kena beritahu ya” ujar si Kadok.“Lagi lagi lagi.. Jauh lagi la.” kata si Pandir Tiba-tiba “BAMMM!!”, kereta baru Kadok sudah melanggar kolong rumah Pandir.“Ok ok, sudah kena!”, jerit Pandir tanpa rasa bersalah.

✭ Tips: Tanda-tanda Lelaki Serius Bercinta Dengan Kamu

 

cinta
  1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.
  2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.
  4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
  5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.
  6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel. Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
  7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja.
  8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
  9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
  10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
  11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
  12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.
  13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
  15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.