👉 Kod GLITTER Text Scrolling

Teknik membina huruf 'GLITTER Text Scrolling' berikut adalah teknik saya sendiri. Saya cuma ingin berkongsi teknik manual ini untuk sesiapa yang tidak mahu membuang masa terpaksa ulang alik ke website glitter untuk membentuk huruf walaupun menggunakan teknik yang lebih mudah iaitu dengan hanya menaip perkataan yang diinginkan kemudian secara automatik tersedia kod kepada anda untuk di 'copy' dan 'paste'.
Saya percaya teknik manual ini ada yang sudah pun tahu dan pandai menggunakannya.

Caranya seperti di bawah:

Setiap satu baris ayat guna di awalnya kod seperti di bawah ini: kod 1 (Copy kod ini)
< MARQUEE WIDTH="100%" BEHAVIOR="scroll" SCROLLAMOUNT="5" DIRECTION="left">

Kemudian kod di atas disambungkan dengan kod di bawah dan setiap satu baris ayat juga di awalnya (selepas kod 1 di atas) menggunakan kod di bawah: kod 2 (Copy kod ini)

 <a href="http://www.pimp-my-profile.com/" target="_blank">

Selepas itu kedua- dua kod di atas anda sambungkan pula dengan kod yang ingin anda cipta. Jika anda ingin membentuk perkataan bagi 'smile', anda 'copy' dan 'paste' kod di bawah bagi mewakili huruf 's' 'm' 'i' 'l' dan 'e'. Contoh: kod di bawah dan adalah kod 'style' 1/ huruf a. Ini merupakan kod ke 3. (Copy kod ini)

< img border=0 src="http://content.pimp-my-profile.com/img/glitter/style1/a.gif">

Di atas terdapat perkataan 'style1'/a. Setiap kali anda ingin membina huruf anda hanya perlu tukar nombor pada 'style' dan /huruf apa yang anda inginkan.(Tukar nombor 'style1' dan huruf 'a' kepada huruf yang anda inginkan,contoh 's'). Hanya 'copy' dan 'paste', serta tukar nombor dan huruf.

Di bawah adalah contoh perkataan 'smile':
Kod 1 dan kod 2 disambungkan dengan kod ke 3 di bawah yang di copy paste bagi membentuk perkataan 'smile'

< MARQUEE WIDTH="100%" BEHAVIOR="scroll" SCROLLAMOUNT="5" DIRECTION="left">
<a href="http://www.pimp-my-profile.com/" target="_blank"><img border=0 src="http://content.pimp-my-profile.com/img/glitter/style1/s.gif"><img border=0 src="http://content.pimp-my-profile.com/img/glitter/style1/m.gif"><img border=0 src="http://content.pimp-my-profile.com/img/glitter/style1/i.gif"><img border=0 src="http://content.pimp-my-profile.com/img/glitter/style1/l.gif"><img border=0 src="http://content.pimp-my-profile.com/img/glitter/style1/e.gif"></a>
</MARQUEE>

Selamat Mencuba!! 😃