Cekam kuku memang menyakitkan. Jika mengalaminya boleh amalkan petua ini sebagai rawatan.

Ambil sebiji limau nipis atau kasturi dipotong sedikit bahagian atasnya. Kemudian bakar limau tersebut sehingga bertukar warna kekuningan.

Biarkan limau berkenaan suam-suam kuku. Selepas itu, cucuk bahagian jari yang mencengkam atau bernanah itu pada bahagian limau yang telah dipotong tadi.

Insya-Allah kuku yang bernanah akan mengecut dalam tempoh beberapa hari sahaja