💡 IQ: Emosi Anda

Bukan kepandaian saja boleh dinilai, emosi juga boleh dinilai dan dikategorikan sebagai sihat atau sakit. Cubalah ujian ini dan tentukan kesihatan emosi anda.

1. Saya tidak rasa marah bila diserang secara verbal.
Ⓑⓔⓣⓤⓛ                 Ⓢⓐⓛⓐⓗ

2. Saya berasa selesa dengan kesedihan orang lain, walaupun orang yang rapat dengan saya.
Ⓑⓔⓣⓤⓛ                 Ⓢⓐⓛⓐⓗ

3. Saya akan jadi marah atau takut kalau diancam secara fizikal.
Ⓑⓔⓣⓤⓛ                 Ⓢⓐⓛⓐⓗ

4. Saya boleh mengambil keputusan mencintai seseorang dan melakukannya.
Ⓑⓔⓣⓤⓛ                 Ⓢⓐⓛⓐⓗ

5. Saya selesa dengan perasaan marah dan benci orang lain.
Ⓑⓔⓣⓤⓛ                 Ⓢⓐⓛⓐⓗ

6. Saya sering risau dalam sesetengah keadaan.
Ⓑⓔⓣⓤⓛ                 Ⓢⓐⓛⓐⓗ

7. Saya sering berasa malu.
Ⓑⓔⓣⓤⓛ                 Ⓢⓐⓛⓐⓗ

8. Kemarahan saya selalu berulang dalam sesuatu suasana atau dengan orang- orang tertentu.
Ⓑⓔⓣⓤⓛ                 Ⓢⓐⓛⓐⓗ

9. Untuk beberapa perkara yang saya pernah lakukan di masa silam, saya rasa bersalah.
Ⓑⓔⓣⓤⓛ                 Ⓢⓐⓛⓐⓗ

10. Saya sering diperkecilkan dan dimalukan.
Ⓑⓔⓣⓤⓛ                 Ⓢⓐⓛⓐⓗ

11. Saya sering rasa bimbang tentang sesuatu keadaan.
Ⓑⓔⓣⓤⓛ                 Ⓢⓐⓛⓐⓗ

12. Kesedihan saya sentiasa berulang untuk sesuatu isu.
Ⓑⓔⓣⓤⓛ                 Ⓢⓐⓛⓐⓗ

13. Cemburu itu menjadi sebahagian daripada hidup saya.
Ⓑⓔⓣⓤⓛ                 Ⓢⓐⓛⓐⓗ

14. Saya sedih dan murung selalu.
Ⓑⓔⓣⓤⓛ                 Ⓢⓐⓛⓐⓗ

15. Dalam hidup saya tekanan tidak pernah berakhir.
Ⓑⓔⓣⓤⓛ                 Ⓢⓐⓛⓐⓗ

16. Saya selesa memeluk orang dewasa.
Ⓑⓔⓣⓤⓛ                 Ⓢⓐⓛⓐⓗ

17. Saya sering membenarkan diri saya menangis.
Ⓑⓔⓣⓤⓛ                 Ⓢⓐⓛⓐⓗ

18. Dengan teman yang tertentu, saya boleh meluahkan ke semua perasaan saya.
Ⓑⓔⓣⓤⓛ                 Ⓢⓐⓛⓐⓗ

19. Selepas saya melepadkan tangisan, saya rasa lega.
Ⓑⓔⓣⓤⓛ                 Ⓢⓐⓛⓐⓗ

20. Saya berasa lega mengatakan '' I love you'' kepada lelaki, wanita dan kanak- kanak apabila saya merasakannya.
Ⓑⓔⓣⓤⓛ                 Ⓢⓐⓛⓐⓗ







Jawapan:

Menurut kajian, mereka yang menjawab :

Soalan 1 - 5  = Betul
Soalan 6 - 15= Salah
Soalan 16 - 20= Betul

Ialah mereka yang sihat emosinya.
Dapatkan penjelasan seperti di bawah:
1. Mereka yang sihat emosinya tidak senang marah dan berasa diserang apabila seseorang mengata mereka. Manusia memang layak untuk meluahkan perasaan mereka, jadi mereka yang emosinya sihat tidak akan mudah marah dan melenting.
2. Kesedihan ialah suatu perasaan yang sering ingin dijauhi tetapi untuk merasa gembira anda perlu merasai kesedihan orang lain. Jika anda selalu menjauhkan diri dari kesedihan, anda tidak akan dapat menanganinya apabila kesedihan melanda diri anda.
3. Tentu sekali sebagai manusia biasa kita akan merasa takut dan marah apabila diancam secara fizikal. Mereka yang tidak berasa perasaan ini ialah mereka yang emosinya terganggu jadi tidak dapat bertindakbalas terhadap ancaman.
4. Cinta itu ialah menerima si dia seadanya termasuk kebaikan, kelemahan dan segalanya- galanya. Oleh itu, apabila kita mencintai seseorang, kita tidak boleh mengharapkan agar dia berubah dan sempurna dalam semua perkara. Seseorang yang mempunyai emosi sihat akan mencintai pasangannya walaupun si dia mempunyai kelemahan- kelemahan yang nyata.
5. Setiap insan dilahirkan berperasaan dan kita tidak mampu menghalang mereka untuk berasa benci atau marah. Biarkan mereka merasai semua perasaan itu tanpa kita berasa tidak selesa. Emosi yang sihat ialah apabila kita dapat berasa selesa walaupun orang lain marah atau benci dengan kita dan berkelakuan seperti biasa tanpa membalas perasaan tersebut dengan benci dan marah juga.
6. Daripada anda risau, adalah lebih baik anda mencari penyelesaian kepada masalah yang merisaukan. Untuk mendapat emosi yang sihat, perasaan risau ini perlu dihapuskan kerana ia mampu menghasilkan perasaan tidak sihat yang lain seperti kemurungan dan kemarahan.
7. Malu itu perlu tetapi perlu bertempat. Jangan malu tidak kena tempat kerana itu menunjukkan emosi yang tidak sihat. Sebagai manusia, kita perlukan sifat malu untuk menghalang kita daripada melakukan perkara- perkara yang merosakkan tetapi malu yang tidak bertempat akan menjadikan kita tertinggal di belakang.
8. Kemarahanini datangnya dari syaitan. Oleh itu apabila anda mulai berasa marah, fokuskan minda anda kepada sesuatu yang boleh mengurangkan kemarahan tersebut. Memang sesetengah keadaan dan individu mampu menaikkan kemarahan dengan cepat tetapi kemarahan itu adalah sesuatu yang boleh dikawal.
9. Biarkan perkara yang berlalu itu menjadi sejarah hidup kita. Tidak perlu lagi difikirkan dan dirisaukan. Perasaan bersalah atau perasaan negatif yang timbul akibat kejadian masa lalu hanya akan menghasilkan sifat kemurungan. Pandang ke hadapan dan lakukan yang terbaik untuk diri kita.
10. Perasaan diperkecilkan dan dimalukan bermula dari sifat kurangnya keyakinan diri. Jika kita yakin tentang diri kita, kita tidak akan merasa diperkecil atau dimalukan. Sebaliknya akan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki ke arah yang lebih positif.
11. Jangan sering membenarkan minda kita bermain dengan kebimbangan kerana ditakuti akan melarat menjadi fobia atau paranoid. Sekiranya kita bimbang, mestilah dipastikan apakah yang menyebabkan kebimbangan itu dan haruslah mencari penyelesaian kepada masalah yang membimbangkan. Jika bimbang itu tidak bersebab, lupakan saja!
12. Dapat merasai kesedihan dan mengatasinya adalah sifat yang baik. Tetapi untuk bergelumang dalam kesedihan tentang sesuatu perkara adalah tidak sihat untuk emosi. Atasi kesedihan dan mulakan kehidupan baru tanpa perlu selalu bersedih dan murung.
13. Cemburu adalah satu sifat mereka yang tidak merasa selamat, selesa dan ingin memiliki. Cemburu sedikit itu tidak mengapa tetapi jangan dilayan perasaan cemburu ini kerana sekiranya ia tidak terkawal ianya mampu untuk menghancurkan perhubungan.
14. Kesedihan dan kemurungan adalah sangat bahaya untuk kesihatan emosi. Adakala kesedihan dan kemurungan ini boleh membuat manusia itu tidak berhubung dengan dirinya sendiri. Fikirkan perkara- perkara yang mengembirakan dan lakukannya!
15. Tekanan wujud di mana- mana samada di sekolah, di rumah dan di pejabat. Walaupun ianya wujud tetapi sebagai manusia kita perlu pandai mengatasinya. Ambil masa untuk relaks dan bergembira untuk mengurangkan tekanan.
16. Apabila kita memeluk orang dewasa, kita membukakan tangan dan menerima mereka. Orang dewasa yang dimaksudkan ialah orang- orang seperti ibu bapa, datuk nenek, adik beradik dan kawan- kawan yang rapat dengan kita. Jangan pula memeluk sesiapa sahaja dengan sesuka hati.
17. Memendam perasaan itu tidak sihat untuk emosi. Luahkan. Sekiranya perlu menangis, silakan. Kerana apabila selesai diluahkan, kita akan berasa lega dan selesan dengan perasaan kita. Menangis itu buka menunjukkan kelemahan, ia menunjukkan kita berperasaan.
18. Dalam hidup kita, pasti kita rapat dengan seseorang di mana kita mampu meluahkan apa yang terbuku di dada. Tak kiralah samada orang itu teman istimewa atau teman rapat kita. Mempunyai seseorang untuk berkongsi perasaan adalah sangat sihat untuk emosi.
19. Bayangkan tangisan seperti bersin. Setelah dilepaskan pasti sekali berasa lega. Oleh itu, jangan takut menangis untuk meluahkan perasaan tetapi jangan pula menangis setiap hari, ini murung namanya.
20. Mengucapkan "I love you" atau "Yang" atau "Sayang" menunjukkan kita mempunyai perasaan penyayang yang ingin dikongsikan dengan orang- orang yang rapat dengan kita. Jangan malu untuk mengucapkan kata- kata itu kerana seperti senyum, kasih sayang itu akan kembali kepada kita.