1. Bagaimana agamanya
Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia
yang beragama, (terutama sembahyang fardu), usahlah harapkan sesuatu yang
menarik daripadanya. Mungkin dia kaya dan penyayang serta boleh memberikan
semuanya, tetapi tanpa haluan menuju ketuhanan, dia bukanlah pilihan
terbaik.
Betul, bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik,
tetapi sekurang-kurangnya haluan pimpinannya jelas. Agama diturunkan untuk
memantau kehidupan manusia, maka manusia perlu menerima pantauan itu untuk
selamat. Dalam soal ini tiada siapa terkecuali.
2. Bagaimana dia melayani ibu
bapanya
Seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah
seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya.
Anda boleh lihat dengan jelas akan hal ini. Jika dia menangguhkan pulang ke
kampung semata-mata untuk anda, dia bukanlah seorang family man, lantas bukanlah
calon terbaik untuk menepati ciri-ciri lelaki pilihan.
Seorang lelaki yang mengambil berat ibu dan
ayahnya adalah seorang yang boleh diharap.
3. Bagaimana dia berkelakuan sewaktu
bersama anda
Jika dia demand beberapa hal yang tidak
munasabah dan ?tidak boleh? sebelum masanya, dia bukanlah lelaki yang terbaik.
Cinta tidak perlu dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan sumbang yang membawa
kemurkaan TUHAN. Ramai wanita silap dalam menafsirkan pengorbanan cinta.
Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta yang sejati, tetapi tidak usah hingga
terkorban diri.
Ingat, wanita ibarat rama-rama, selagi warna
sayapnya tidak terurai, selagi itulah dia diminati dan disayangi.
4. Bagaimana keluarga
melayaninya
Jika boleh dapatkanlah latarbelakang
keluarganya. Keluarga yang rosak dan porak peranda biasanya terdiri daripada
ahli yang rosak dan juga porak peranda. Perhati juga bagaimana keluarga
melayaninya. Jika keluarga baik terhadapnya, itu menandakan dia baik terhadap
keluarga.
5. Siapa
sahabatnya
Untuk mengenali dia lihatlah siapa sahabatnya.
Sahabatnya adalah cermin untuk dirinya. Jika sahabat-sahabatnya adalah mereka
yang baik budi pekerti serta boleh diharap, dia juga sama. Sebaliknya jika dia
hanya bergaul dengan orang yang rosak akhlak, dia juga mungkin tidak
terkecuali.
6. Apakah kegiatan
hidupnya
Lantaran jika dialah pilihan anda dan putus
untuk mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan, usah ambil mudah tentang
aktiviti hidupnya, maksud saya pekerjaan serta kegemaran serta wawasannya. Ini
penting sekali sebab corak kehidupan akan ditentukan oleh apa kegiatan hidupnya
serta apa kegemarannya juga apa wawasannya.
Pastikan dia mempunyai pekerjaan, tidak
semestinya makan gaji, perniagaan juga baik. Pertanian, perladangan, penternakan
dan juga perikanan juga baik. Semua itu bidang pekerjaan yang mulia. Ramai orang
tidak kisah dengan bidang pekerjaan teman lelakinya sewaktu di alam percintaan,
kemudian menanggung derita setelah berkahwin apabila mengetahui sebenarnya dia
tiada pekerjaan, pemalas bahkan penagih dadah. Sukailah dia dan sukailah
pekerjaannya, selagi halal, adalah mulia di sisi ALLAH.
7. Lihatlah diri anda sendiri
(wanita)
Lihatlah diri anda sendiri. Bagaimana lelaki
yang anda inginkan begitulah diri anda sebenarnya. Jika anda memiliki akhlak
yang baik, dia semestinya juga begitu. Jarang orang yang tidak sama peribadi
boleh menjalin hubungan intim dan penuh persefahaman.