✭ Cuka- Kegunaannya Yang Pelbagai



Gunakan Cuka Putih, Noda Dapur Rontok Seketika


Maklumat yang berguna untuk dikongsi bersama dan seterusnnya diamalkan….

CUKA sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.

1. Bersihkan permukaan dapur.

 Campurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.

2. Bersih dan harumkan tong sampah
  Campurkan 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.

3. Membersih ketuhar.

Campurkan 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.

4. Menjadikan pekakas bersinar.

Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.

5. Menghilangkan kesan kekotoran pada teko.

Campurkan 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.

6. Menghilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.

7. Menghilangkan kesan hitam pada teko.

Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas.

8.  Menghalau Semut.

Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.

9. Menghilangkan bau di dalam peti sejuk.

Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.

10. Membersih Pekakas.

Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.

11. Mengharumkan Tandas.

Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.

12. Menjadikan mangkuk tandas bersinar

Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.

13. Membersih permaidani

Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.

14. Membersih lantai.
Campurkan seperempat baking soda, satu sendok makan sabun cair, dan cuka secukupnya. Anda pun memiliki bahan pengganti pembersih kimia.

15. Membersih meja.
Tuangkan cuka putih pada sehelai kain lap lalu gunakan supaya meja lebih segar.

16. Di dalam cucian.
Pengganti softener, masukan 30 ml cuka putih untuk 4 kg pakaian, campurkan 5 titis minyak essensial aroma lavender sebagai haruman. Tambahkan 1/4 cuka ke dalam cucian anda. Selain melembutkan kain, cuka juga boleh menghilangkan kekotoran yang degil.

17. Membersih Tingkap.
Campurkan cuka dengan air ke dalam botol penyembur (campukan 1/4 sukatan gelas cuka dan 1 liter air), keringkan dengan kain bersih & kilatkan dengan kertas surat khabar untuk membersihkan tingkap dan kaca rumah anda

18. Membersih gusi.
Panaskan cuka putih, letakkan di atas gusi anda, dan lihatlah hasilnya.

19. Menghilang kekotoran pada kayu. Campurkan cuka dan minyak zaitun dengan perbandingan yang sama, dan gosokkan dengan kain di atas kayu. Lihatlah, kotorannya telah hilang.

20. Membersih karat.
Rendamlah alat yang berkarat di dalam cairan cuka selama satu malam, namun pastikan  anda membilasnya bersih di pagi hari, agar cuka tidak membuat logam berkarat
 
21. Membersih saluran air
Apakah anda merasa saluran air rumah anda berbau? Tuangkan sedikit baking soda dengan cuka putih yang panas. Biarkan selama beberapa minit dan larutkan dalam air. Lalu tuangkan ke saluran air.

22. Membersih microwave.
Campurkan cuka dan air ke dalam pinggan/ mangkuk, masukkan ke dalam microwave, lalu biarkan mendidih di dalam selama dua jam, kemudian bersihkanlah.

23. Membersih pintu oven.
Sapukan cuka putih di seluruh bahagian dalam pintu oven, kemudian biarkan selama 15 minit, lalu bersihkanlah. Penggunaan cuka sebagai pembersih ini dapat mengurangkan penggunaan sabun dan lainnya.

24. Membersih gelas.
Tuangkan cuka ke dalam gelas, biarkan selama beberapa minit, dan bilas dengan air panas dan biarkan kering.

25. Menjadikan gelas lebih bersinar.
Rendam gelas dalam 1 liter air panas yang dicampur dengan 1/2 gelas cuka putih.

26. Melembutkan rambut.
Agar rambut anda licin mudah disisir, campurkan 1 sudu cuka putih dalam 1 liter air, cuci dahulu dengan cairan ini, lalu cuci rambut seperti biasa. :D