✭ Wanita Tetap Miskin

Aidh Al Qarny
Seandainya seorang wanita mempunyai seluruh dunia, mendapatkan seluruh ijazah di dunia ini dan meraih seluruh bintang kehormatan, namun dia tidak mempunyai suami, maka dia adalah tetap seorang yang miskin - Aidh Al Qarny

✭ Kereta Polis Pun Kena Kunci



Polis berfikir tidak perlu mematuhi undang-undang. Di jalan raya adalah tempat mereka, tetapi di pusat membeli-belah bukan dan pegawal keselamatan boleh kunci kereta polis

✭ Kenaikan Kadar Baru Tol

Mungkin ada yang frust dan rasa tidak puas hati dengan kenaikan harga baharu Tol yang mungkin bakal dikuatkuasakan pada 1 Januari 2014 nanti.



Berikut adalah info (Masih dalam kajian) mengenai kadar baru Tol di beberapa kawasan Lebuhraya di Malaysia :


LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 Dinaikkan ke RM2.00

LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 Dinaikkan ke RM2.00

LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 Dinaikkan ke RM2.10

LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 Dinaikkan ke RM2.50

LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 Dinaikkan ke RM1.30

LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 Dinaikkan ke RM3.50

LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RMRM1.90 Dinaikkan ke RM2.30

LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 Dinaikkan ke RM2.50

PANTAI RM1.50 Dinaikkan ke RM2.50 DAMASARA RM1.00 Dinaikkan ke RM1.50

KIARA RM2.00 Dinaikkan ke RM3.00

LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM Dinaikkan ke RM16.46c/KM

LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 Dinaikkan ke RM1.90

LEBUHRAYA SMART RM2.00 Dinaikkan ke RM3
 

✭ Barangan Keperluan Utama Abad Milenium


• Coli

Dicipta oleh Mary Phhelps Jacobs dari New York dalam tahun 1914. Idea ini terhasil apabila dia meminta pembantu rumahnya untuk menjahit sehelai reben dan dua sapu tangan. Membebaskan wanita dari menggunakan kain yang diikat ketat pada bahagian dada. Semua wanita moden pada hari ini memakai coli setiap masa kecuali ketika mereka sedang mandi.





Kereta

Dicipta oleh Henry Ford pada penghujung abad ke 19. Kini ia semakin menjadi idaman ramai anak muda dan hampir semua penduduk dunia menganggap kereta sebagai kenderaan paling murah dan mudah dimiliki.


Beza Televisyen CRT  Televisyen LCD dan Televisyen LED
Televisyen

Dicipta oleh seorang Scotts, John Logie Baird pada tahun 1925. Ia membantu berjuta manusia bagi mengisi kegiatan masa lapang.



Smartphones with HD 1080p Display Become Trend In 2013

Telefon bimbit

Dekad 1990-an menyksikan ia berkembang dari peralatan mewah kepada satu keperluan. Kini ia seolah sapu tangan yang perlu dibawa ke mana- mana.




 
Kad Kredit

Kad seumpama ini dikeluarkan pertama kali oleh Diners Club dalam tahun 1950. Ia memberi kemudahan pada orang ramai dari membawa terlalu banyak wang tunai.





Walkman

Ia direka oleh pengerusi Sony Corporation iaitu Akio Morita dalam tahun 1979. Kini warga dunia boleh mendengar apa juga nada muzik tanpa perlu membingitkan telinga orang lain.





Mesin Basuh

Mula dipasarkan pada tahun 1907 oleh Hurley Machine Company di Amerika. Ia membantu meringankan tugas wanita.



Boeing 747-8 Intercontinental, Wallpaper Pesawat Terbang 1
 

Kapal Terbang

Ia dicipta adik beradik Wright dalam tahun 1909. Kini ia membantu manusia bergerak dalam jarak yang jauhnya beribu- ribu batu. Ia mempercepatkan perhubungan antara semua negara di seluruh dunia.



 

✭ 10 Cara Indahkan Kehidupan

wallpaper beach girl. Like most quot;freequot; wallpapers,



Seorang ahli psikologi Amerika Syarikat Dr. Dicks berkata, kehidupan yang bahagia merupakan seni keindahan. Untuk mendapatkannya ada 10 cara:

1. Lakukan pekerjaan yang disukai. Jika ada halangan dalam melaksanakannya, cubalah melakukannya pada waktu lapang atau pada saat kita dalam kesibukan.

2. Menjaga kesihatan itu kunci kebahagiaan. Jaga keseimbangan pemakanan, bersukan dan jauhi kelaziman yang membahayakan.

3. Harus memiliki matlamat dalam hidup kerana itu akan membuatkan kita lebih bersemangat.

4. Menerima kehidupan seadanya dan nikmat pahit manis kehidupan dengan hati terbuka.

5.  Hadapi kehidupan hari ini dengan pasti, tidak menyesali segala yang telah berlalu, tidak gelisah menanti esok yang belum pasti.

6. Berfikir semasa bekerja dan bertindak bijak. Tidak menyalahkan orang lain andai terbuat keputusan salah.

7. Hendaklah melihat orang yang lebih rendah (kurang bernasib baik) daripada kita.

8. Sentiasa tersenyum dengan wajah berseri dan bertemankan orang yang optimis.

9. Sentiasa membantu orang lain agar beroleh kebahagiaan.

10. Gunakan kesempatan berharga dan jadikan sebagai tempat kebahagiaan.

✭ Asal Usul Kalendar


Stock Vector - Pond5 may 2013 calendar 14583329

Beberapa hari lagi kita semua akan melangkah ke tahun 2014. Pastinya ada yang mempersiapkan azam baru untuk tahun hadapan. Sempena dengan pertukaran tahun ini mari kita ketahui serba sedikit mengenai asal usul kalendar yang kita gunakan bagi merujuk dan mengira hari, bulan dan tahun ini.

Sepertimana yang kita semua ketahui kalendar yang kita gunakan sekarang ini mempunyai 12 bulan dan mengandungi 365 hari. Melalui kalendar kita boleh membuat perkiraan terhadap umur kita dan menghitung setiap detik yang berlaku atau akan datang. Kalendar juga membantu kita membuat ramalan dan perancangan di masa akan datang di samping dapat digunakan sebagai catatan untuk merekodkan peristiwa yang berlaku di masa lalu.

Cuba kita bayangkan apa yang akan berlaku jikalau tidak ada kalendar. Sudah tentu pelbagai masalah akan muncul terutama untuk menghitung umur kita atau menentukan tarikh bagi temujanji. Kalendar yang kita gunakan sebenarnya berasal daripada kalendar yang dicipta oleh para paderi Babylon sejak 3500 tahun yang lalu.

Bagaimanapun, kalendar yang digunakan oleh orang Babylon mempunyai perbezaan dengan kalendar yang digunakan pada masa ini. Ini kerana kalendar Babylon walaupun mempunyai 29 atau 30 hari tetapi jumlah hari dalam setahunnya bukan berjumlah 365 hari sepertimana yang terdapat pada kalendar kita. Sebab itulah kalendar Babylon sentiasa ditambah lebih sebulan bagi pusingan satu tahun. Meskipun asas kalendar yang kita gunakan berasal daripada kalendar ciptaan Babylon tetapi dipercayai kalendar pertama dicipta oleh orang Mesir Purba.

Orang Mesir mula menggunakan kalendar pada tahun 42-41 sebelum Masihi lagi. Kalendar orang Mesir juga mengandungi 12 bulan. Setiap bulan terdiri daripada 30 hari dengan penambahan 5 1/4 hari pada setiap hujung tahun. Kalendar orang Mesir ini lebih tepat perhitungannya jika dibandingkan dengan kalendar orang Babylon. Jadi, adalah tidak keterlaluan kalau kita katakan bahawa kalendar yang digunakan oleh manusia moden dicipta oleh orang Mesir purba.

Meskipun pengetahuan masyarakat purba mengenai sains dan teknologi amat terbatas tetapi mereka mempunyai pengamatan yang tajam terhadap alam sekitarnya. Dengan berpandukan kepada pengamatan kedudukan dan pergerakan Matahari serta Planet, orang Mesir mencipta jam dan kalendar. Kalendar penting dalam masyarakat purba untuk membolehkan mereka membuat ramalan dan persiapan menghadapi perubahan musim.

Sebelum kalendar dicipta manusia mengira hari dengan bersandarkan kepada pertukaran siang dan malam. Mereka mengetahui pertukaran musim berpandukan daun yang gugur dari pokok dan waktu bila ranaman mereka masak. Perkiraan ini menyukarkan masyarakat pada masa itu membuat ramalan yang tepat.

Jadi kalendar dicipta untuk memudahkan mereka mengatur hidupnya terutama di dalam menjalankan aktiviti pertanian yang perlu mengambil kira bila akan berlaku musim tengkujuh, kemarau dan sebagainya. Ini dilakukan dengan berpandukan catatan astronomi yang dibuat oleh mereka yang hidup terdahulu sehinggalah terciptanya kalendar yang boleh digunakan di merata tempat.
 

✭ Mengecat, Mudah, Seronok Kalau Tahu Caranya!




Salah satu cara yang paling senang untuk menjadikan kediaman kelihatan baru dan cantik adalah dengan mengecat semula.
Selain mencantikkan rumah, mengecat juga boleh menjadi aktiviti menarik untuk keluarga. Bayangkan satu keluarga daripada emak, ayah dan anak- anak sama- sama berganding bahu mecantikkan kediaman. Tentu riuh- rendah dan dapat membina kemesraan.
Jika di rumah bujang pula, aktiviti bersama teman serumah pasti dapat mengeratkan lagi silatulrahim dan persahabatan.

Mengecat tentu seronok jika tahu cara- caranya. Tetapi seringkali kerja- kerja mengecat diserahkan kepada pakar. Bagi yang ingin menjimatkan wang, apa kata anda mencuba langkah- langkah yang disenaraikan.

Sebagai seorang yang bestari, tentu anda hendak mencuba sesuatu yang baru. Percayalah, anda akan lebih berpuas hati dengan hasil kerja sendiri!

Barang dan peralatan yang diperlukan untuk mengecat:

1. Kertas pasir- untuk melicinkan permukaan yang tidak rata.

2. Turpentin- untuk membersihkan palitan cat berasaskan minyak.

3. Kain buruk bersih- bagi membersihkan palitan cat.

4. Pita 'Masking'- untuk melindungi suis lampu, soket, kawasan- kawasan sukar daripada tercalit cat.

5. Penutup- sama ada kanvas atau akhbar lama untuk melindungi lantai dan perabot.

6. Pengikis- untuk membuang cat lama dari permukaan yang hendak dicat baru.

7. Berus cat dan penggolek- terdiri daripada pelbagai saiz. Sesuaikan dengan tujuan dan permukaan yang hendak dicat.

8. 'Sealer'- untuk menampal retak atau lubang pada dinding.

9. Tangga- jika perlu untuk mengecat kawasan yang tinggi.

10. Sarung tangan dan perlindungan mata.

Langkah sebelum mengecat:

1. Alihkan perabot sebanyak mungkin atau kosongkan perabot jika perlu.

2. Tutup permukaan lantai dan perabot menggunakan surat khabar lama atau kain.

3. Lindungi suis lampu, soket elektrik, panel tingkap dan pintu dengan pita 'masking'.

4. Buangkan cat lama menggunakan pengikis.

5. Tampal lubang atau retak yang terdapat pada dinding. Setelah kering, ratakan dengan kertas pasir untuk kemasan akhir.

6. Basahkan dan bersihkan permukaan yang hendak dicat dengan air. Biarkan kering, kemudian mulakan proses mengecat.

7. Sebelum mengecat pastikan permukaan tersebut bersih, bebas gris dan kering sepenuhnya.

Langkah demi langkah:

1. Mulakan cat di kawasan syiling, diikuti dinding, kemudian panel pintu dan tingkap. Langkah ini memastikan cat dari syiling tidak merosakkan kawasan lain.

2. Cat kawasan yang sukar dahulu seperti di sudut sempit.

3. Anda boleh mengecat secara turun naik atau kiri ke kanan bergantung kepada keselesaan.

4. Pastikan cat dua atau lebih lapisan. Setelah lapisan pertama cat selesai, biarkan ia kering, kemudian cat lapisan kedua.

10 perkara yang perlu diberi perhatian

1. Sentiasa membaca label pada tin cat dan ikut arahan serta panduan yang disediakan.

2. Kacau cat sepenuhnya sebelum memulakan proses mengecat.

3. Celup hanya 1/3 daripada bulu berus ke dalam cat. Perlahan- lahan, tos cat berlebihan pada tin.

4 . Jauhi cat dari kanak- kanak.

5. Simpan cat yang telah digunakan ditempat yang dingin dan kering.

6. Jika cat terkena mata, basuh secepat mungkin menggunakan air yang banyak. Jika berlarutan, dapatkan nasihat pakar perubatan.

7. Jika cat terkena kulit, lap dengan kain dan basuh menggunakan air yang banyak dan sabun.

8. Pakai sarung tangan dan perlindungan  mata/ muka yang sesuai.

9. Jangan sesekali membuang cat ke dalam longkang. Gunakan beg plastik untuk membuang barangan cat. Pastikan ia dibuang ke dalam tong sampah.

10. Jika cat mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, buka tingkap dan pintu untuk pengudaraan yang selesa. Pengudaraan yang baik juga membantu proses pengeringan cat dengan lebih cepat.  
 

✭ Khasiat Akar Lalang

Anda pernah dengar tak perangai manusia yang disamakan dengan lalang? Ataupun "umpama lalang". Sebenarnya, sifat sebegitu amat bahaya. Ini kerana, mereka yang bersikap sedemikian biasanya adalah seseorang yang tidak tetap pendirian. Senang dipengaruhi. Tanpa usul periksa, terus percaya bulat-bulat. Jika terus dibiarkan, ia boleh memecah-belahkan masyarakat.
 

 
Tapi, kalau sebelum ini anda anggap lalang tiada manfaat. Anda mungkin silap. Ataupun mungkin anda memang belum pun tahu khasiatnya.
 
Jadi, di sini saya akan kongsikan khasiat akar lalang. Ia sesuai untuk mengubati mereka yang mengalami;

• Demam Kuning @ Penyakit Kuning
• Gonorrhea
• Batuk Pendarahan Dalam

Cara rawatannya pula seperti berikut;

  1. Ambil akar lalang dan bersihkannya terlebih dahulu.
  2. Rebuskan akar lalang tadi sampai mendidih.
  3. Setelah air rebusan mendidih, tapiskannya ke dalam gelas ataupun cawan.
  4. Biarkan ia suam dahulu sebelum meminumnya secara perlahan-lahan.


Begitulah serba sedikit khasiat akar lalang untuk mereka yang ada 3 penyakit di atas. Mudah-mudahan penyakit yang dialami dapat diubati. InsyaAllah.
 

✭ Emosi- Emosi Yang Mempengaruhi Kesihatan

 
 
Manusia tidak luput dari terkena penyakit. Semenjak dari kecil, manusia sudah mengenal sakit, sampai menjelang ajalnya sering dibayangi oleh berbagai-bagai penyakit. Untuk mengatasi penyakit, telah dicuba dengan berbagai-bagai cara pengubatan. Walaupun ilmu kedoktoran maju begitu pesat sekali tetap masih ada penyakit yang tidak diketahui sebabnya.

Walaubagaimanapun, Ilmu pengubatan alternatif dan holistik telah membahagikan penyebab penyakit kepada tiga golongan besar.

Pertama, penyakit yang datangnya dari luar tubuh, masuk ke badan melalui kulit, lalu menyerang meridian (jalur bujur) tubuh dan selanjutnya menyerang organ dalam. Termasuk dalam kategori ini adalah penyakit yang disebabkan oleh angin, dingin, panas, lembab, kering, api serta penyakit menular.

Kedua, penyebab penyakit dari dalam yang berasal dari emosi (perasaan) penderita. Termasuk dalam kategori ini adalah tujuh jenis emosi iaitu gembira, marah, khuatir, berfikir, sedih, takut dan terkejut.

Ketiga, penyebab penyakit yang tidak termasuk golongan pertama dan kedua. Dalam kelompok ini contohnya kebiasaan hidup yang tidak teratur (makan minum, bekerja, rehat dan lain- lain), kegiatan bersenggama yang berlebihan serta luka dan gigitan binatang.

Adalah wajar bila setiap individu mempunyai ketujuh-tujuh emosi seperti tersebut diatas. Tidak mungkin seseorang individu itu tidak mempunyai rasa gembira, marah, khuatir, takut, sedih, berfikir dan terkejut. Di dalam pengubatan allternatif dan holistik, emosi yang berlebihan secara langsung akan mempengaruhi organ dalam tubuh.

Berikut ini adalah pengaruh tujuh emosi terhadap organ tubuh kita.

1 • SEDIH

Emosi sedih akan timbul bilamana seseorang dihadapkan pada keadaan yang mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka atau sakit. Bila anda sedihkan sesuatu maka emosi ini akan mengganggu perjalanan energi/ tenaga. Aliran energi/ tenaga akan menjadi lambat bahkan boleh membuat aliran tersebut akan terhenti buat sementara waktu atau tersumbat. Kesedihan yang berlebihan akan menggangggu kerja paru-paru dan jantung. Kerana organ dalam saling berhubungan. Emosi sedih yang berlebihan akan mempengaruhi hati dan organ lainnya bahkan yang parahnya akan mengakibatkan terputusnya hubungan antara jantung dan pericardium (selaput jantung). Akibatnya berlaku pendarahan melalui dubur dan uretra.


2 • MARAH

Hati adalah raja kepada tubuh badan. Kebaikannya akan membuahkan tingkahlaku yang baik dan sebaliknya keburukannya akan membuahkan tingkahlaku yang buruk. Pada keadaan yang normal, hati bekerja dengan baik. Namun begitu ada emosi negatif yang menjadi musuh kepada tubuh anda iaitu kemarahan. Marah akan merangsang hati. Bila marah bergolak, energi/ tenaga yang ada di hati akan berbalik naik ke atas, aliran darah naik ke atas serta bergolak. Sebab itu seseorang yang dalam kemarahan, wajahnya akan menjadi merah padam dan badannya akan bergetar.

Ada pepatah yang mengatakan bahawa hati sakit (sebagai organ) disebabkan oleh sakit hati(sebagai perasaan). Orang yang sedang marah ibarat sedang membawa bara api yang sangat panas. Api itu diharapkan akan dilemparkan kepada orang lain namun sebaliknya api itu tidak akan mencederai sesiapa melainkan akibat buruk akan ditanggung oleh diri si pemarah itu.

Hati berhubungan dengan kandung hempedu. Kerana kemarahan yang membara akan mengakibatkan rosaknya fungsi hempedu itu. Maka yang akan menanggung kesakitan adalah si pemarah itu.


3 • KHUATIR

Bila anda mengkhuatirkan sesuatu perkara atau insiden seperti keadaan anak anda yang kemalangan, suami sakit jantung, anda sendiri diserang kanser otak dan sebagainya maka aliran energi/ tenaga pada tubuh anda akan tergangggu bahkan akan lambat. Kekhuatiran yang berlebihan akan menghentikan perjalanan energi/ tenaga buat sementara atau tersumbat dan akan mengganggu kerja paru-paru yang hubungannya sangat dekat dengn usus besar.

Tidak hairanlah orang yang khuatir akan menekan-nekan dadanya tempat paru-parunya berada. Paru-paru dilambangkan dengan warna putih. Kerana itulah orang yang khuatir, wajahnya menjadi pucat. Ini bererti energi/ tenaga di paru-parunya tidak seimbang.


4 • BERFIKIR

Al Hassan berkata: Berfikir sesaat lebih baik daripada ibadah sepanjang malam dan Ibn Abas mengatakan bahawa: Memikirkan kebaikan merangsang untuk mengamalkannya. Dan menyesali keburukan merangsang untuk meninggalkannya.

Berfikir dikatakan juga meliputi penggunaan akal, kecerdikan atau fikiran untuk memecahkan, masalah. Berfikir juga dikaitkan dengan berkhayal atau melamun di saat seseorang mencuba memecahkan sesuatu persoalan yang hanya merupakan khayalan dan buka realiti.

Gangguan ke atas fungsi limpa atau kerja limpa akan berlaku sekiranya seseorang itu terlalu banyak berfikir. Seterusnya akan mengganggu juga aktiviti perut kerana limpa dan perut mempunyai hubungkait yang begitu erat sekali.

Tidak hairanlah seseorang yang terlalu banyak berfikir akan mengalami sakit perut akibat dari gastrik. Semua pergerakkan tendon/ otot akan terganggu.


5 • TERKEJUT

Seseorang apabila dia menduga sesuatu akan berlaku tetapi yang terjadi itu adalah tidak terduga maka akan membuat dia merasa terkejut dan akibatnya jiwa akan tertekan.

Terkejut dapat mempengaruhi dan dipengaruhi oleh fungsi buah pinggang. Terkejut yang berlebihan akan membuah buah pinggang dan jantung terluka. Kerana buah pinggang dan jantung mempunyai hubungan yang istimewa. Orang yang mempunyai buah pinggang yang baik biasanya mempunyai fungsi jantung yang baik juga. Jantung yang kuat membuat seseorang tetap bertenang. Orang yang tenang tidak mudah dikejutkan oleh sesuatu yang di luar dugaan. Dapat disimpulkan, orang yang mudah terkejut biasanya mempunyai fungsi jantung yang lemah.


6 • TAKUT

Berlakunya ketegangan mental akan memunculkan rasa takut. Ketakutan seseorang individu berbeda dengan ketakutan individu yang lain. Ada yang takut melihat ular, anjing, takut pada ketingggian, takut berbicara hadapan orang ramai dan sebagainya.

Fungsi buah pingggang dan limpa akan terganggu bila ketakutan yang berlebihan berlaku pada seseorang individu. Sebuah rumah telah dimasuki beberapa orang perompak. Mereka telah mengugut akan merogol si isteri dan anak-anak gadis yang ada di rumah jika si suami tidak menunjukkan tempat simpanan wang. Tentu pada waktu itu, mereka dalam ketakutan yang teramat sangat. Selepas perompak itu melarikan diri dengan barang rompakan mereka, jiran-jiran datang ke rumah mangsa untuk membantu mereka dan di dapati bahawa si suami telah terkencing di tempat mereka diikat. Ini bererti ketakutan telah membuat fungsi buah pinggang menjadi tidak keruan dan akhirnya secara tidak sengaja air kencing pun keluar.


7 • GEMBIRA

Semua manusia inginkan kegembiraan. Kalau dapat mereka tidak mahu bertemu dengan kesedihan, ketakutan, kekhuatiran, kemarahaan dalam kamus hidup mereka. Akan tetapi sudah menjadi sunnatullah bahawa kejadian di alam ini adalah dalam berpasangan. Bila ada kesedihan, mesti ada kegembiraan.

Gembira adalah tanda fungsi jantung dalam keadaan normal. Ini bererti darah, kelenjar limpa dan aliran tenaga berjalan dengan lancar dan baik. Manifestasinya badan sihat. Namun bila kegembiraan melebihi had, perjalanan tenaga dalam tubuh akan bergolak dan tersebar sehingga semangat yang tersimpan di jantung akan bergolak juga. Pada saat gembira, aliran tenaga akan menjadi perlahan.

Banyak contoh yang menunjukkan terlalu gembira akan mengakibatkan bencana pada diri seseorang. Mungkin anda pernah mendengar cerita dimana seorang ayah meninggal dunia kerana terlalu gembira apabila mendapat khabar bahawa anaknya dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada hal dia tidak menyangka sedemikian.

Ini adalah satu fenomena yang menyatakan bahawa sewaktu kegembiraan melonjak, aliran tenaga menjadi terlalu laju dan telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada jantung kerana tidak dapat menampung kelajuan tenaga yang datang secara mendadak.

Sebagai kesimpulan, faktor emosi merupakan sesuatu yang perlu diwaspadai. Individu yang mempunyai fikiran yang positif biasanya mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik. Oleh itu kendalikanlah perasaan dengan sebaik-baiknya agar anda menjadi seorang individu yang sihat.
 Sumber

✭ Jangan Menakut-Nakutkan Sesama Kita



Dari Abdul Rahman bin Abi Laila rah.a berkata, kami telah diceritakan oleh sahabat Nabi s.a.w : Satu ketika beliau bersama Nabi s.a.w di mana seorang sahabat telah tertidur. Ketika dia nyenyak tidur, seorang sahabat telah mengambil tali kepunyaannya (semata-mata untuk bergurau sahaja). Apabila sahabat tadi membuka matanya dan didapatinya talinya telah hilang disisinya, dia begitu susah hati. Kerana itu Nabi s.a.w bersabda: Tidak halal bagi seorang Islam menakut-nakutkan seorang Islam yang lain.
(Hadith riwayat Abu Daud)

Bergurau juga ada batasannya, jangan sampai teman-teman kita menjadi trauma.

✭ Tentang Jodoh Dan Cinta


 
 

”Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih daripada apa yang dituduhkan orang (yang menuduh itu). Mereka memperoleh  keampunan dan rezeki yang mulia (syurga).”
(Surah An-Nur, ayat: 26)

Ayat ini diturunkan untuk menunjukkan kesucian ‘Aisyah R.a (isteri Rasulullah S.a.w)  dan Shafwan bin al-Mu’attal R.a dari segala tuduhan yang ditujukan kepada mereka. Pernah suatu ketika dalam suatu perjalanan  pulang dari peperangan dengan Bani Musthaliq (pada bulan Sya'ban tahun ke-5 hijrah). ‘Aisyah R.a tanpa sengaja terpisah dari rombongan kerana mencari kalungnya yang hilang dan kemudian dihantarkan pulang oleh Shafwan yang juga tertinggal dari rombongan kerana ada suatu keperluan. Kemudian ‘Aisyah R.a naik ke untanya dan dikawal oleh Shafwan untuk menyusul rombongan Rasullullah S.a.w dan para Sahabat, akan tetapi rombongan tidak tersusul dan akhirnya mereka sampai di Madinah.

Peristiwa ini akhirnya menjadi fitnah dikalangan umat muslim di ketika itu kerana terhasut oleh isu dari golongan Yahudi dan munafik; seandainya telah terjadi apa-apa antara ‘Aisyah dan Shafwan. Masalah menjadi sangat pelik kerana sempat terjadi perpecahan diantara kaum muslimin yang pro dan kontra atas isu tersebut. Sikap Nabi juga berubah terhadap ‘Aisyah, beliau menyuruh ‘Aisyah untuk segera bertaubat. Sementara ‘Aisyah tidak mahu bertaubat kerana tidak pernah melakukan dosa yang dituduhkan kepadanya, ia hanya menangis dan berdoa kepada Allah agar menunjukkan yang sebenarnya terjadi.

Kemudian Allah menurunkan ayat yang menunjukkan kepada kaum muslimin bahawa Rasulullah adalah orang yang paling baik maka pastilah wanita yang baik pula yang menjadi isteri kepada beliau, iaitu ‘Aisyah R.a.

Jika kita hubungkan dengan kehidupan kita saat ini, ayat ini menunjukkan bahawa sebenarnya setiap orang pasti ada pasangannya (jodohnya) masing-masing, iaitu yang sesuai dengan tingkatannya (kufu’nya).

Pasangan cinta kita pasti ada, kerana diciptakan kita berpasang-pasangan tetapi diciptakan pasangan itu bukan pada jalan yang sama, sifat dan perlakuannya pasti berbeza supaya wujud kepelbagaian dalam keserasian rumah tangga.

Jika kita ingin mencari pasangan hidup disarankan supaya mencari seseorang yang tingkatannya lebih baik dari kita. Hal ini akan memotivasi kita untuk memperbaiki diri dan berusaha mencapai tingkatan yang sama dengan pasangan impian kita agar Allah merestui dan kemudian menjodohkan kita dengannya.

Namun, Allah S.w.t juga akan memberikan petunjuk dengan iras-iras wajah yang sama dicipta pada pasangan kita. Maka pilihlah cinta daripada petunjuk Ilahi bukan pada nafsu sendiri.



Hakikatnya kita ada di dunia ini bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai tetapi untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.

Namun, besederhanalah dalam menanam rasa cinta ke dalam hati kepada sesiapapun yang kita cintai, kerana suatu ketika mungkin ia akan bertukar menjadi benci, seperti yang dinyatakan di dalam hadis berikut:-





"Cintailah orang yang engkau cintai itu sekadarnya saja, sebab barangkali suatu hari dia akan menjadi orang yang engkau benci, dan bencilah orang yang engkau benci itu sekadarnya saja sebab barangkali suatu hari dia akan menjadi orang yang kamu cintai” (HR. Tarmizi)

                        

Cinta Pada Bunga
Bunga Akan Layu...

Cinta Pada Manusia
Manusia Akan Mati...

Cinta Pada Allah
Kekal Abadi...

 
 
 
~Wallahu a'lam bissawab~




 

✭ Haiwan- haiwan Paling Dibunuh Di Dunia


1. Kutu rambut


2. Kutu Busuk
Dinamakan kutu busuk mungkin kerana baunya sangat busuk. Haiwan ini sering dijumpai pada tepi-tepi tempat tidur yang telah usang, bantal, dan pada lekukan-lekukan kayu.

Haiwan ini mengambil darah manusia agar tetap hidup. Gigitannya memang tidak berbekas, namun gigitannya memberikan reaksi gatal. Haiwan ini mampu bertahan hidup sampai berbulan-bulan tanpa mengambil darah hingga akhirnya mati dengan tubuh kekeringan. Yang menarik lagi, haiwan ini mampu hidup normal walaupun separuh badannya telah dipotong.


3. Lalat


4.Nyamuk


5. Tikus


6.Lintah


7.Lipas

 

✭ Tips Merawat Hati Yang gundah gulana

  
  
Betapa mahalnya harga ketenangan jiwa. Ramai orang mengorbankan apa saja untuk mendapatkannya. Namun, ramai juga yang terkeliru. Lihat saja apabila seseorang ingin mendapatkan ketenangan jiwa, sanggap menghabiskan waktu berjam- jam untuk berhibur sambil mengambil minuman keras.
Hakikat sebenarnya, tiada seorang pun boleh terlepas daripada masalah kehidupan. Itulah sunnatullah yang berlaku di dunia. Kekayaan, pangkat dan kedudukan tidak akan mampu menghalangnya. Namun, Islam memberikan penyelesaian terhadap tekanan hidup itu supaya jiwa umat menjadi tenang. Tidak ada istilah stress atau kecewa bagi seorang Mukmin.

Persoalannya Islam sudah memberikan penyelesian untuk menghadapi tekanan hidup. Berikut adalah antara langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa:

TENANG MENDENGAR BACAAN AL-QURAN
Suatu ketika seorang datang kepada Ibnu Mas'ud, seorang sahabat utama Rasulullah S.a.w. Dia mengeluh: " Wahai Ibnu Mas'ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Hari- hariku penuh dengan perasaan tak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiran kusut. Makan tak lalu, tidur pun tak lena." Ibnu Mas'ud menjawab:" Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, iaitu:

Pertama: Tempat orang membaca Al-Quran. Engkau baca Al-Quran atau engkau dengar baik- baik orang yang membacanya.
Kedua: Engkau pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga: Engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau berkhalwat mengabdikan diri kepada Allah.

Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang berkenaan. Sampai saja di rumah, segera dia berwuduk, kemudian diambilnya Al-Quran dan dibacanya dengan khusyuk. Selesai membaca, dia segera mendapati hatinya memperoleh ketenteraman dan jiwanya pun tenang. Fikirannya segar kembali, hidupnya berasa seronok kembali . Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah S.a.w itu.

TENANG DENGAN MENYANGI ORANG MISKIN

Rasulullah S.a.w memerintahkan kepada Muslim yang mempunyai kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin. Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa.
Mengapa? Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang dermawan. Rasulullah S.a.w bersabda, maksudnya:" Setiap pagi dua malaikat sentiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: 'Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang bersedekah. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: 'Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kedekut itu kebinasaan."

Dari hadis itu dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan memperoleh dua balasan. Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain. Kedua, mendapat limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah S.w.t.

TENANG MELIHAT ORANG DI BAWAH, JANGAN LIHAT ORANG DI ATAS

Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita sentiasa bersyukur atas segala pemberian Allah S.w.t, meskipun nampak sedikit.
Rasa syukur itu akan muncul bila kita sentiasa melihat orang yang lebih rendah taraf kehidupannya daripada kita, baik dari segi harta kekayaan, tahap kesihatan, rupa paras, pekerjaan dan pendidikkannya. Betapa ramai di dunia ini orang yang kurang bernasib baik.

Sesungguhnya rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga akan mendapat ganjaran daripada Allah S.w.t, sebagaimana sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud:
"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah.

Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab." (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

TENANG DENGAN HUBUNGAN
SILATURRAHIM

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang saling memerlukan perhubungan untuk bantu- membantu sesama mereka. Pelbagai keperluan hidup tak mungkin diperoleh tanpa bantuan orang lain.

Oleh itu, dalam hadis Raslulullah S.a.w diperintahkan untuk tetap menjalin hubungan silatulrahim, sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan.

Rasulullah S.a.w juga pernah bersabda bahawa silaturrahim dapat memanjangkan umur dan memurahkan rezeki. Hubungan yang baik di dalam keluarga dan jiran tetangga akan mendatangkan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik juga akan menyelesaikan masalah masyarakat.
Sabda Baginda S.a.w yang bermaksud:" Sesiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturahim (menjalin hubungan baik), nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezeki, ditambah umurnya dan Allah S.w.t memasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Ar-Rabii)

TENANG DENGAN UCAPAN 'LA HAWLA WALA QUWATA ILLA BILLAH'

Sumber ketenangan jiwa yang hakiki adalah daripada Allah S.w.t. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghubungkan hati dengan Allah dalam semua keadaan, baik dalam keadaan senang mahupun susah.

Perhubungan yang kuat dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang menjadi kuat, tak mudah digugat oleh sesiapa pun.

Malah, apabila hati sentiasa mengingati Allah, syaitan laknatullah tidak akan dapat mempengaruhi hati dan fikiran kita. Oleh itu, banyakkanlah berzikir dan membaca kalimah Allah.


• TENANG DENGAN MENGATAKAN KEBENARAN, WALAUPUN IA PAHIT DIDENGAR

Hidup ini harus dijaga agar sentiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan. Perlanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan.
Ketenagan jiwa akan terbina apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran. Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan mempengaruhi ketenagan jiwa. Lihat saja orang kerap berbuat maksiat, kehidupannya kegelisahan.

• TENANG DENGAN BERLAPANG DADA TERHADAP KECAMAN ORANG LAIN, YANG KITA LAKUKAN KERANA ALLAH

Satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengambil perhatian kecaman orang lain terhadap dirinya, sedangkan seseorang akan memiliki pendirian yang kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah S.w.t, iaitu Islam sebagai cara hidup.

Sekiranya kita ikuti apa yang berlaku di dunia sekarang ini, ia akan menganggu ketenangan jiwa kita.

TENANG DENGAN TIDAK MEMINTA- MINTA KEPADA ORANG LAIN

"Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah" adalah maksud satu hadis Rasulullah S.a.w yang memotivasi setiap mukmin untuk hidup berdikari. Tidak bergantung dan meminta- minta kepada orang lain kerana jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.

Sebaliknya, orang yang selalu meminta menggambarkan jiwanya lemah. Hal ini tentu sekali membuatkan jiwanya tidak tenang.
Tenang dengan menjauhkan diri daripada berhutang.

Hadis Rasulullah S.a.w mengatakan: " Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan selepas merasakan keamanan! (Kalangan sahabat) bertanya: " Bagaimana boleh terjadi seperti itu!" Sabdanya:"Kerana hutang."
Begitulah kenyataannya orang yang berhutang akan sentiasa bimbang dan risau kerana dia akan didatangi oleh orang yang memberi hutang kepadanya. Inilah satu faktor yang membuat banyak orang mengalami tekanan jiwa.

Rasulullah S.a.w juga mengatakan dalam hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu jauhi hutang, kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di malam hari dalam rasa rendah diri di siang hari."

TENANG DENGAN SELALU BERFIKIRAN POSITIF

Mengapa seseorang mudah stres dan jiwa tak tenang? Satu faktornya kerana dia selalu berfikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri. Padahal, setiap di antara kita diberikan oleh Allah S.w.t berbagai- bagai kelebihan.

Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah perasaan keluh kesah yang membuatkan muka berkerut, lemah badan dan kecewa dengan ucapan yang menggembirakan. Ucapan yang menggembirakan akan membuat kita mudah tersenyum, jiwa menjadi lebih bersemangat.
Bukankah di sebalik segala kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh menjadi pelajaran bagi kita? Bukankah di sebalik kesulitan ada kemudahan? Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

TENANG DENGAN ILMU

Ilmu mengenal Allah S.w.t adalah yang paling utama. Jika suami hanya sibuk belajar bagaimana menggunakan gajet terbaru dan isteri pula dengan ilmu kecantikan, fesyen atau perniagaan online semata- semata, adakah ruang untuk mereka bersama mengenal ilmu agama?

Belajar agama adalah wajib bagi setiap Muslim. Agama bukan hak ustaz dan ustazah, tetapi seluruh umat Nabi Muhammad S.a.w wajib mengenal agama dan mengambil ilmu warisan peninggalan Rasulullah S.a.w itu.
Dunia dan harta tidak mampu membeli ketenangan hati, hanya Allah S.w.t yang berkuasa mententeramkan hati kita. Kenalilah Allah S.w.t dengan ilmu, dekati ulama melalui buku, berkawan dengan orang alim dan ikhlas.
Carilah ilmu yang bermanfaat bukan hanya setakat pandai membaca Al-Quran dan hadis, tetapi juga memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan.

TENANG DENGAN HATI YANG KHUSYUK

Jika hati suami diusik oleh beban pekerjaan yang memenat, isteri pula sedih kerana anak yang bermasalah, maka jalan kedua untuk mendapatkan ketenangan adalah khusyuk mengerjakan ibadat.
Tetapi jangan tunggu musibah datang baru hendak beribadat. Ingatlah Allah dalam senang dan susah.

Untuk mendapat khusyuk dalam ibadat, perlulah menepati cara yang diajarkan Rasulullah S.a.w. Orang yang membaca Al-Quran dan mengerjakan solat wajib ataupun sunat jika mereka mengerjakannya dengan khusyuk, keadaan mereka seperti yang digambarkan dalam firman-Nya bermaksud:
" Allah telah menurunkan sebaik- baik perkataan iaitu kitab suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya) yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang- orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram, kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. " (Surah Az-Zumar, ayat 23)

Bergetar hati kerana ingat dosa, takut pada Allah dan terkenangkan hari akhirat, sedangkan diri belum sempurna untuk menghadapi mati. Begitulah perasaan orang yang khusyuk.

Tangisan boleh jadi petanda mendapat rahmat atau azab. Jika seseorang menangis kerana Allah S.w.t akan berubahlah amalannya daripada yang jahat kepada yang baik. Namun, ramai yang menangis kerana menerima balasan akibat kejahatan diri, kemudian mereka berputus asa daripada rahmat Allah dan terus bergelumang dengan hawa nafsu yang menyesatkan. Suami dan isteri yang banyak menangis kerana Allah S.w.t antara yang paling lembut hatinya dan mudah memperbaiki kesilapan. Kalau mereka keras hati dan lalai, pastilah konflik akan sentiasa memburu sepanjang perkahwinan.

Oleh itu, banyakkanlah menangis ketika bermuhasabah supaya hati anda berdua lebih lembut dan tenang menghadapi ujian.

Allah S.w.t berfirman, maksudnya:" Dan mereka sujud sambil menangis sedangkan hati mereka bertambah khusyuk." (Surah Al-Isra', ayat 109)

• TENANG DALAM BERDOA

Kedekatan seorang hamba dengan Allah bergantung kepada kekerapan dia merayu, meminta, mengadu dan menangis kepada-Nya. Jika interaksinya amat kurang, sungguh dia menjauhi Allah S.w.t, tidak mempedulikan kebesaran dan kuasa-Nya dan seolah-olah tidak percaya kehebatan-Nya.

Ketenangan dapat dicapai dengan hati mengingati Allah, bersyukur dan bergantung kepada-Nya, bukan hati yang tenggelam dalam kesibukan mengejar dunia. Pergilah ke tempat terindah di dunia ini dengan hati yang lalai, nescaya semua keindahan itu akan menjadi neraka di jiwa.

✭ Cara Mengesan Lelaki 'Gay'

Terdapat pelbagai cara untuk kesan lelaki gay ni. Dari segi penampilan yang metroseksual salah satu cara untuk ketahui lelaki gay. Kat bawah ni adalah cara lain untuk kesan lelaki gay. Anda boleh bandingkan jari anda dengan gambar rajah ni untuk kepastian.
 


 

✭ Bahaya Tidur Lewat!


 Berhati-hati bagi anda yang sering tidur terlalu lewat. Kebiasaan tidur lewat seperti ini boleh menyebabkan kanser hati. Selain itu, tidur terlalu lewat juga boleh menyebabkan masalah diabetes dan penyakit jantung, demikian menurut Profesor Philippe Foguel, dari Imperial College London.


Sarannya, mengawal gula darah adalah salah satu dari kebanyakan proses yang diatur oleh jam biologi tubuh, dan salah satu darip jam biologi tubuh adalah tidur. Apabila tidur terganggu atau sering tidur lewat, ini akan memberi kesan pada proses pengawalan gula darah.

Sebuah kajian berkaitan tabiat tidur ini telah dilakukan oleh Nature Genetics terhadap 20 ribu pekerja syif malam. Hasilnya terbukti, responden-responden tersebut berisiko terhadap penyakit diabetes dan penyakit jantung.

Malah, penyelidik telah menemui varian gen yang berisiko terhadap diabetes mahupun penyakit jantung. Kesimpulannya, tidur terlalu lewat dan bangun terlalu lewat boleh mengganggu proses pembuangan zat-zat yang tidak berguna di dalam tubuh.

Selain itu, waktu dari tengah malam hingga jam empat pagi adalah waktu untuk sumsum tulang belakang berfungsi untuk menghasilkan darah.

Jadi, mulai sekarang amalkanlah tidur yang cukup, tidak terlalu lewat dan jangan sesekali berjaga malam untuk hal-hal yang tidak bermanfaat.

✭ Tips Menghadapi Banjir




Persediaan Sebelum Banjir

Elakkan membina bangunan di kawasan yang berisiko banjir;
  • Selenggara parit/ longkang/ saliran air supaya tidak tersumbat;
  • Simpan nombor-nombor perhubungan penting seperti nombor ahli keluarga, jiran, balai polis terdekat, bomba untuk kegunaan semasa kecemasan;
  • Peka kepada keadaan sekeliling, bunyi/ isyarat-isyarat amaran serta kenalpasti laluan tinggi dan selamat untuk ke pusat pemindahan;
  • Bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan pihak berkuasa;
  • Dapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir melalui saluran radio, televisyen dan internet;
  • Simpan semua dokumen penting di dalam bekas/ beg/ fail di tempat yang tinggi dan mudah diambil sekiranya perlu berpindah ke pusat pemindahan;
  • Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain sebelum diarah berpindah;
  • Simpan barang berharga di tempat tinggi yang tidak ditenggelami air sekiranya berlaku banjir;
  • Simpan air bersih di dalam botol untuk kegunaan memasak dan sebagai air minuman;
  • Simpan/ ikat dengan ketat barang-barang yang diletakkan di luar rumah seperti perabut taman, basikal, tong sampah dan sebagainya untuk mengelak dihanyutkan banjir;
  • Pastikan kenderaan dan peralatan membaiki kenderaan anda berkeadaan baik sebagai persediaan berpindah;
  • Letakkan haiwan peliharaan di tempat selamat kerana haiwan tidak dbenarkan untuk dibawa ke pusat pemindahan atas sebab kebersihan dan kesihatan;
  • Dapatkan insuran banjir jika berkemampuan.




Apabila Berlaku Banjir

Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik;
  • Ikuti arahan pihak berkuasa;
  • Segera berpindah (ke pusat pemindahan/ rumah saudara lain/ tempat tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa;
  • Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum melakukan pemindahan;
  • Kenalpasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpenyakit kronik, kurang upaya, uzur, mengandung dan sebagainya untuk bantuan pemindahan;
  • Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim tengkujuh/ banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenalpasti;
  • Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dihanyutkan air deras;
  • Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda;
  • Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/ parit/ longkang/ saluran air yang deras; dan
  • Jangan keluar rumah dengan mengharungi air banjir kerana bimbang dihanyutkan air deras.




Selepas Banjir Reda

Pastikan minum air yang telah dimasak dan elakkan dari meminum air yang telah tercemar;
  • Basuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa menyediakan makanan atau memegang barang-barang yang telah dicemari air banjir;
  • Jangan makan makanan yang telah dicemari air banjir;
  • Lupuskan makanan yang ditinggalkan di dalam bekas/ peti sejuk yang telah dicemari air banjir atau yang telah berbau dan bertukar warna;
  • Gunakan air bersih untuk membasuh bekas makanan, mandi, menyediakan makanan atau menyediakan susu bayi;
  • Jika terserempak dengan haiwan liar/ berbisa, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan;
  • Pastikan semua punca elektrik selamat dan tidak terdedah dengan sumber air sebelum menghidupkan suis utama untuk mengelak renjatan elektrik;
  • Jika bekalan elektrik masih belum disambungkan, gunakan lampu suluh untuk sumber cahaya; dan
  • Jika mengesyaki gas bocor, tutup sumber gas, buka semua tingkap dan pintu dan keluar dari rumah dengan segera.


✭ Bolehkah Seorang Muslim Mengucapkan Selamat Natal?

Alhamdulillahi robbil ‘alamin, wa shalaatu wa salaamu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.

Sudah sering kita mendengar ucapan semacam ini menjelang perayaan Natal yang dilaksanakan oleh orang Nashrani. Mengenai dibolehkannya mengucapkan selamat natal ataukah tidak kepada orang Nashrani, sebahagian kaum muslimin masih kabur mengenai hal ini. Sebahagian di antara mereka dikaburkan oleh pemikiran sebahagian orang yang dikatakan pintar (baca : cendekiawan), sehingga mereka menganggap bahawa mengucapkan selamat hari natal kepada orang Nashrani tidaklah mengapa. Bahkan sebahagian orang bijak pandai tadi mengatakan bahawa hal ini diperintahkan atau dianjurkan.

Namun untuk mengetahui manakah yang benar, tentu saja kita harus merujuk pada Al-Qur’an dan As-Sunnah, juga pada ulama yang yang betul-betul memahami agama ini. Ajaran islam ini janganlah kita ambil dari sembarangan orang, walaupun mungkin orang-orang yang diambil ilmunya tersebut dikatakan sebagai cendekiawan. Namun sayang seribu sayang, sumber orang-orang semacam ini kebanyakan merujuk pada perkataan orientalis barat yang ingin menghancurkan agama ini. Mereka berusaha mengotak-atik dalil atau perkataan para ulama yang sesuai dengan hawa nafsunya. Mereka bukan kerana ingin mencari kebenaran dari Allah dan Rasul-Nya, namun sekedar mengikuti hawa nafsu. Jika sesuai dengan fikiran mereka yang sudah dikotori dengan fahaman orientalis, barulah mereka ambil. Namun jika tidak bersesuaian dengan hawa nafsu mereka, mereka akan tolak mentah-mentah.

Ya Allah, tunjukilah kami kepada kebenaran dari berbagai jalan yang diperselisihkan –dengan izin-Mu-

Semoga dengan berbagai fatwa dari ulama ini, kita mendapat jawapan yang sebenarnya mengenai permasalahan ini.

:: Fatwa Pertama ::

Mengucapkan Selamat Natal dan Merayakan Natal Bersama

Berikut adalah fatwa ulama besar dari Saudi Arabia, Syeikh Muhammad bin Sholeh Al Utsaimin rahimahullah, dari kumpulan risalah (tulisan) dan fatwa beliau (Majmu’ Fatawa wa Rosail Ibnu ‘Utsaimin), 3/28-29, no. 404.
Beliau pernah ditanya,
“Apa hukum mengucapkan selamat natal (Merry Christmas) pada orang kafir (Nashrani) dan bagaimana membalas ucapan mereka? Bolehkah kami menghadiri acara perayaan mereka (perayaan Natal)? Apakah seseorang berdosa jika dia melakukan hal-hal yang dimaksudkan tadi, tanpa maksud apa-apa? Orang tersebut melakukannya kerana ingin bersikap ramah, kerana malu, kerana keadaan terpaksa, atau kerana berbagai alasan lainnya. Bolehkah kita tasyabbuh (menyerupai) mereka dalam perayaan ini?”
Beliau rahimahullah menjawab :
Memberi ucapan Selamat Natal atau mengucapkan selamat dalam hari raya mereka (dalam agama) yang lainnya pada orang kafir adalah sesuatu yang diharamkan berdasarkan kesepakatan para ulama (baca : ijma’ kaum muslimin), sebagaimana hal ini dikemukakan oleh Ibnul Qoyyim rahimahullah dalam kitabnya ‘Ahkamu Ahlidz Dzimmah’. Beliau rahimahullah mengatakan,
“Adapun memberi ucapan selamat pada syi’ar-syi’ar kekufuran yang khusus bagi orang-orang kafir (seperti mengucapkan selamat natal) adalah sesuatu yang diharamkan berdasarkan ijma’ (kesepakatan) kaum muslimin. Contohnya adalah memberi ucapan selamat pada hari raya dan puasa mereka seperti mengatakan, ‘Semoga hari ini adalah hari yang berkah bagimu’, atau dengan ucapan selamat pada hari besar mereka dan semacamnya.” Kalau memang orang yang mengucapkan hal ini d selamat dari kekafiran, namun dia tidak akan lolos dari perkara yang diharamkan. Ucapan selamat hari raya seperti ini pada mereka sama saja dengan kita mengucapkan selamat atas sujud yang mereka lakukan pada salib, bahkan perbuatan seperti ini lebih besar dosanya di sisi Allah. Ucapan selamat semacam ini lebih dibenci oleh Allah dibanding seseorang memberi ucapan selamat pada orang yang minum minuman keras, membunuh jiwa, berzina, atau ucapan selamat pada maksiat lainnya.

Banyak orang yang kurang faham agama terjatuh dalam hal tersebut. Orang-orang semacam ini tidak mengetahui keburukan dari amalan yang mereka perbuat. Oleh kerana itu, barangsiapa memberi ucapan selamat pada seseorang yang berbuat maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka dia layak mendapatkan kebencian dan kemurkaan Allah S.w.t.” –Demikian perkataan Ibnul Qoyyim rahimahullah-

Dari penjelasan di atas, maka dapat kita tangkap bahawa mengucapkan selamat pada hari raya orang kafir adalah sesuatu yang diharamkan. Alasannya, ketika mengucapkan seperti ini beerti seseorang itu setuju dan redha dengan syiar kekufuran yang mereka perbuat. Meskipun mungkin seseorang tidak redha dengan kekufuran itu sendiri, namun tetap tidak diperbolehkan bagi seorang muslim untuk redha terhadap syiar kekufuran atau memberi ucapan selamat pada syiar kekafiran lainnya kerana Allah S.w.t sendiri tidaklah meredhai hal tersebut. Allah Ta’ala berfirman,

إِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنْكُمْ وَلَا يَرْضَى لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ وَإِنْ تَشْكُرُوا يَرْضَهُ لَكُمْ

Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, nescaya Dia meredhai bagimu kesyukuranmu itu.” (QS. Az Zumar [39] : 7)

Allah Ta’ala juga berfirman,

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni’mat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu.” (QS. Al Maidah [5] : 3)

[Apakah Perlu Membalas Ucapan Selamat Natal?]

Memberi ucapan selamat semacam ini kepada mereka adalah sesuatu yang diharamkan, baik mereka adalah rakan bisnes ataukah tidak. Jika mereka mengucapkan selamat hari raya mereka pada kita, maka tidak perlu kita jawab kerana itu bukanlah hari raya kita dan hari raya mereka sama sekali tidak diredhai oleh Allah S.w.t. Hari raya tersebut boleh jadi hari raya yang dibuat-buat oleh mereka (baca : bid’ah). Atau mungkin juga hari raya tersebut disyariatkan, namun setelah Islam datang, ajaran mereka dihapus dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi S.w.t dan ajaran Islam ini adalah ajaran untuk seluruh makhluk.

Mengenai agama Islam yang mulia ini, Allah S.w.t berfirman,

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (QS. Ali Imran [3] : 85)

[Bagaimana Jika Menghadiri Perayaan Natal?]

Adapun seorang muslim memenuhi undangan perayaan hari raya mereka, maka ini diharamkan kerana perbuatan semacam ini lebih teruk daripada cuma sekadar memberi ucapan selamat terhadap hari raya mereka. Menghadiri perayaan mereka juga menunjukkan bahwa kita ikut bersubahat dalam mengadakan perayaan tersebut.

[Bagaimana Hukum Menyerupai Orang Nashrani dalam Merayakan Natal?]

Sebegitu juga diharamkan bagi kaum muslimin menyerupai orang kafir dengan mengadakan pesta natal, atau saling bertukar hadiah, atau memberikan makanan (yang disimbolkan dengan ‘santa clause’ yang berseragam merah-putih, lalu memberi-berikan hadiah) atau sengaja menangguhkan kerja (cuti) (kerana bertepatan dengan hari natal). Alasannya, Nabi  S.a.w bersabda,

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

”Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari mereka” (HR. Ahmad dan Abu Dawud. Syaikhul Islam dalam Iqtidho’ mengatakan bahwa sanad hadits ini jayid/bagus)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam kitabnya Iqtidho’ Ash Shirothil Mustaqim mengatakan,
“Menyerupai orang kafir dalam sebahagian hari raya mereka dapat menyebabkan hati mereka merasa senang atas kebatilan yang mereka lakukan. Boleh jadi hal itu akan mendatangkan keuntungan pada mereka kerana ini beerti memberi kesempatan pada mereka untuk menghinakan kaum muslimin.” -Demikian perkataan Syaikhul Islam-
Barangsiapa yang melakukan sebahagian dari hal ini maka dia berdosa, mahupun dia melakukannya kerana alasan beramah mesra dengan mereka, atau supaya ingin mengikat tali persahabatan, atau kerana malu atau sebab lainnya. Perbuatan seperti ini termasuk bermuka muka (menjilat), namun agama Allah yang jadi korban. Ini juga akan menyebabkan hati orang kafir semakin kuat dan mereka akan semakin bangga dengan agama mereka.

Allah-lah tempat kita meminta. Semoga Allah memuliakan kaum muslimin dengan agama mereka. Semoga Allah memberikan keistiqomahan pada kita dalam agama ini. Semoga Allah menolong kaum muslimin atas musuh-musuh mereka. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Kuat lagi Maha Mulia.

:: Fatwa Kedua ::

Berkunjung Ke Tempat Orang Nashrani untuk Mengucapkan Selamat Natal pada Mereka

Masih dari fatwa Syaikh Muhammad bin Sholeh Al Utsaimin rahimahullah dari Majmu’ Fatawa wa Rosail Ibnu ‘Utsaimin, 3/29-30, no. 405.

Syaikh rahimahullah ditanya : Apakah diperbolehkan pergi ke tempat (pendeta), lalu kita mengucapkan selamat hari raya dengan tujuan untuk menjaga hubungan atau melakukan kunjungan?

Beliau rahimahullah menjawab :
Tidak diperbolehkan seorang muslim pergi ke tempat seorang pun dari orang-orang kafir, lalu kedatangannya ke sana ingin mengucapkan selamat hari raya, walaupun itu dilakukan dengan tujuan agar terjalin hubungan atau sekadar memberi selamat (salam) padanya. Kerana terdapat hadits dari Nabi S.a.w,

لاَ تَبْدَءُوا الْيَهُودَ وَلاَ النَّصَارَى بِالسَّلاَمِ

“Janganlah kamu mendahului Yahudi dan Nashrani dalam salam (ucapan selamat).” (HR. Muslim no. 2167)

Adapun dulu Nabi S.a.w pernah berkunjung ke tempat orang Yahudi yang sedang sakit ketika itu, ini dilakukan kerana dulu ketika kecil, Yahudi tersebut pernah menjadi pembantu Nabi S.a.w. Tatkala Yahudi tersebut sakit, Nabi S.a.w menjenguknya dengan maksud untuk menawarkannya masuk Islam. Akhirnya, Yahudi tersebut pun masuk Islam.

Bagaimana mungkin perbuatan Nabi S.a.w yang mengunjungi seorang Yahudi untuk mengajaknya masuk Islam, kita samakan dengan orang yang bertandang ke rumah non muslim untuk menyampaikan selamat hari raya untuk menjaga hubungan?! Tidaklah mungkin kita kiaskan seperti ini kecuali hal ini dilakukan oleh orang yang jahil dan mengikut hawa nafsu.

:: Fatwa Ketiga ::

Merayakan Natal Bersama

Fatwa berikut adalah fatwa Al Lajnah Ad Daimah Lil Buhuts Al ‘Ilmiyyah wal Ifta’ ( Fatwa Kerajaan Arab Saudi) no. 8848

Pertanyaan : Apakah seorang muslim diperbolehkan bekerjasama dengan orang-orang Nashrani dalam perayaan Natal yang biasa dilaksanakan pada akhir bulan Desember? Di tempat kami ada sebahagian orang yang merujuk kepada orang-orang yang dianggap berilmu berkenaan mereka duduk di majlis orang Nashrani dalam perayaan mereka. Mereka mengatakan bahawa hal ini dibolehkan sahaja. Apakah perkataan mereka semacam ini benar? Apakah ada dalil syar’i yang membolehkan hal ini?

Jawab :

Tidak boleh bagi kita bekerjasama dengan orang-orang Nashrani dalam melaksanakan hari raya mereka, walaupun ada sebahagian orang yang dikatakan berilmu melakukan hal semacam ini. Hal ini diharamkan kerana dapat membuat mereka semakin bangga dengan jumlah mereka yang banyak. Di samping itu pula, hal ini termasuk bentuk tolong menolong dalam berbuat dosa. Allah berfirman,

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (QS. Al Maidah [5] : 2)

Semoga Allah memberi taufik pada kita. Shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad S.a.w, pengikut dan sahabatnya.
Ketua Al Lajnah Ad Da’imah : Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz

Kesimpulannya

Dari penjelasan di atas, kita dapat membuat beberapa kesimpulan :

Pertama, Kita –kaum muslimin- diharamkan menghadiri perayaan orang kafir termasuk di dalamnya adalah perayaan Natal.

Kedua, Kaum muslimin juga diharamkan mengucapkan ‘selamat natal’ kepada orang Nashrani dan ini berdasarkan ijma’ (kesepakatan) kaum muslimin sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Qoyyim. Oleh itu, memadai ijma’ kaum muslimin ini sebagai dalil terlarangnya hal ini. Yang menyelisihi ijma’ ini akan mendapat ancaman yang keras sebagaimana firman Allah S.w.t,

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا

Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min, Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.”(QS. An Nisa’ [4] : 115).

Jalan orang-orang mukmin inilah ijma’  (kesepakatan) mereka.
Oleh kerana itu, yang mengatakan bahwa Al Qur’an dan Hadits tidak melarang mengucapkan selamat hari raya pada orang kafir, maka ini pendapat yang keliru kerana ijma’ kaum muslimin menunjukkan terlarangnya hal ini. Dan ijma’ adalah sumber hukum Islam, sama dengan Al Qur’an dan Al Hadits. Ijma’ juga wajib diikuti sebagaimana disebutkan dalam sura An Nisa ayat 115 di atas kerana adanya ancaman kesesatan jika menyalahinya.

Ketiga, jika diberi ucapan selamat natal, tidak perlu kita jawab (balas) kerana itu bukanlah hari raya kita dan hari raya mereka sama sekali tidak diredhai oleh Allah S.w.t.

Keempat, tidak diperbolehkan seorang muslim pergi ke tempat seorang pun dari orang-orang kafir untuk mengucapkan selamat hari raya.

Kelima, membantu orang Nashrani dalam merayakan Natal juga tidak diperbolehkan kerana ini termasuk tolong menolong dalam berbuat dosa.

Keenam, diharamkan bagi kaum muslimin menyerupai orang kafir dengan mengadakan pesta natal, atau saling tukar (hadiah), atau memberi-berikan makanan dalam rangka mengikuti orang kafir pada hari tersebut.

Demikianlah beberapa fatwa ulama mengenai hal ini. Semoga kaum muslimin diberi taufik dan hidayah oleh Allah S.w.t untuk menghindari hal-hal yang terlarang ini. Semoga Allah selalu menunjuki kita ke jalan yang lurus dan menghindarkan kita dari berbagai penyimpangan. Hanya Allah-lah yang dapat memberi taufik.

Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihat. Wa shallallahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘alihi wa shohbihi wa sallam.


Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

✭ Tentang Wanita

Enjoy..



1.Bila sorang wanita mengatakan merasa sedih,bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia masa untuk menenangkan hatinya sebelum kamu memohon maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang.

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita sukakan pujian tetapi tidak tau nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu, tolak cintanya dengan lembut, sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia buat keputusan, dia akan lakukan apa sahaja

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19.Jika masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

✭ 6 Penyakit Tersembunyi Lelaki


6 penyakit tersembunyi serang lelaki



Lelaki memang secara dasarnya cukup ‘penakut’ mendapatkan rawatan apatah lagi melakukan pemeriksaan kesihatan. Namun tahu kah anda sikap tersebut boleh memudaratkan kesihatan.

Sehingga kadangkala apabila lelaki menyedari masalah kecil berlaku pada diri sendiri terutama melibatkan soal kesihatan, mereka akan bersikap acuh tidak acuh. Sebelum terlambat, apa kata periksa kesihatan terlebih dahulu dan kenal pasti antara penyakit tersembunyi yang selalu menyerang lelaki.

Ketagihan
Golongan lelaki dikatakan golongan paling ramai alami ketagihan berbanding wanita. Sebahagian doktor mengatakan bahawa ketagihan merupakan satu penyakit. Lebih 100 juta lelaki di dunia bergantung pada tembakau untuk meneruskan kehidupan. Bukan itu sahaja, lelaki juga lebih ramai ketagih minuman berkafein sama ada kopi atau teh dan alkohol.

Kolesterol
Kolesterol merupakan blok 'binaan' penting bagi struktur sel dan digunakan untuk membuat hormon serta menghasilkan tenaga. Tahap kolesterol di dalam darah bergantung kepada apa yang anda makan. Mengambil makanan tinggi kolesterol boleh menyebabkan penyumbatan pada arteri. Masalah kolesterol tinggi boleh menjadi turun temurun di dalam keluarga. Antara penyakit yang boleh terhasil akibat terlebih kolesterol adalah masalah tiroid, buah pinggang, diabetes, obesiti dan sakit jantung.

Sindrom malu kencing
Sindrom pundi kencing pemalu merupakan satu gangguan kerisauan sosial yang melibatkan ketidakupayaan kencing di hadapan orang lain. Ada beberapa simptom untuk menjelaskan sama ada anda tergolong dari kelompok ini. Antaranya, takut membuang apabila ada orang berdekatan, risau pintu tandas diketuk, risau orang mendengar bunyi membuang, terpaksa menggunakan tandas awam di dalam pesawat, kapal atau kereta api. Ini menyukarkan golongan ini bercuti malah menolak berkongsi tandas.

Kanser Testikel
Meskipun kanser ini kedengaran luar biasa namun menjumpai ketulan pada testikel bukan luar biasa. Antara keadaan yang menunjukkan terdapatnya masalah pada testikel dan scrotum adalah 'kehilangan' satu testikel haruslah segera bertemu dengan doktor. Perhatikan juga jika terdapat ketuat, hernia atau bengkak, ketulan lembut pada kerandut zakar, jangkitan dan rasa sakit.

Dengkuran kuat
Berdengkur boleh jadi satu perkara yang sangat menyakitkan hati buat pasangan tidur anda. Jika tidak dirawat, boleh jadi pasangan anda mahu tidur berasingan daripada anda. Berdengkur berlaku disebabkan oleh gangguan pernafasan. Masalah dengkur boleh disebabkan oleh masalah berat badan, merokok dan pengambilan minuman keras. Pembedahan sengau boleh membantu tetapi tidak menyembuhkan dengkuran tetapi membantu meningkatkan pernafasan hidung.

Kaki Atlit
Kaki Atlit atau lebih dikenali sebagai tinea pedis adalah satu jangkitan fungus yang disebabkan oleh parasit pada kulit. 90 peratus kulit yang dijangkiti fungus biasanya dirujuk sebagai kurap. Jangkitan ini boleh merebak sehingga ke keseluruhan kaki dan tapak tangan. Fungus gemar kawasan lembap terutama anda yang kerap memakai kasut yang ketat dan tidak ada ruang udara kaki 'bernafas'. Berhati-hati apabila ada kesan merah yang gatal, kulit seakan melecur dan rasa kurang selesa.

✭ Tips Berdepan Lelaki Pemalu

Lelaki Pemalu



 
Dengan raut wajah kemerah-merahan, lelaki pemalu kelihatan lucu dan comel apabila disakat. Jenis lelaki ini sukar untuk ditemui, mereka adalah lelaki yang kurang bercakap dan kelihatan ‘gabra’ apabila berdepan dengan seorang wanita buat pertama kali.
Meski kebiasaannya lelaki ini baik, namun hubungan dengan lelaki pemalu ini ada kalanya mengundang masalah terutama sekali untuk berkomunikasi. Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Buat wanita yang telah terpikat atau punya pasangan lelaki pemalu, ini penyelesaian untuk anda.
1. Wanita perlu memulakan perkenalan
Lebih baik berani meluahkan dari membiarkan si lelaki tidak tahu bahawa selama ini anda menyukainya. Luahkan sebelum dia menjadi milik orang lain. Dalam sesetengah perkara, wanita perlu berani mencuba untuk kebahagiaan masa depan. Tidak salah mencuba dari tidak mencuba langsung. Selalunya lelaki pemalu itu akan memberikan maklum balas walaupun ia mungkin mengambil masa.
2. Gunakan cara non-verbal
Pada ketika ini, cara meluahkan perasaan suka dan cinta semakin berubah. Dahulu, meluahkan rasa suka mungkin dengan cara mengutus surat. Sekarang, ia boleh diluahkan menggunakan khidmat pesanan ringkas sama ada melalui laman sosial seperti Facebook, video Youtube. Cara ini semua dipanggil nonverbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Bila ada wanita membuat cara seperti ini, pasti si lelaki pemalu itu menjadi kagum dengan keberanian anda. Dia akan faham bahawa wanita itu betul-betul menyukai dirinya.
3. Malu biasanya cuma sementara
Lelaki pemalu biasanya menjadi pemalu pada saat permulaan perkenalan sahaja. Bila si wanita sudah berani memulakan dan si lelaki sudah mula selesa berbual dengan wanita itu, rasa malunya berkurangan sedikit demi sedikit. Mereka pemalu kerana kurang biasa dengan golongan wanita, gugup dan kurang yakin berdepan dengan anda. Setelah terbiasa, lelaki pemalu ni bertukar menjadi kawan,bahkan akan bertukar menjadi rapat. Dari sinilah bermulanya cinta seorang teman.
  
4. Bicara topik umum
Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu ini berbicara mengenai topik umum. Topik umum biasanya adalah berkenaan cuaca, isu semasa (contohnya isu minyak kereta, kenaikan harga barang, banjir), berkenaan filem-filem terbaru, lagulagu terbaru atau tentang sesebuah hobi. Lelaki pemalu biasanya banyak menyendiri. Bila mereka menyendiri, biasanya mereka melakukan hobi yang mereka suka buat seperti membaca, melukis, atau menulis blog, melayan Facebook, mengedit gambar, mengarang cerita atau bertukang kayu. Cuba tanya si lelaki pemalu ini apa yang selalu dilakukan pada masa lapang. Bila dia sudah galak bercerita, wanita sudah boleh masuk ke topik seterusnya – cinta!
5. Santai wajah, suara
Ajak si lelaki pemalu dengan anda ini santai. Jangan cuba kuasai dia dengan memandang padanya terus menerus atau merendah-rendahkan dirinya kerana dia pemalu. Sebaliknya bawa dia bercerita dengan cara santai, sepertimana bercerita-cerita dengan rakan-rakan lain. Ketika ini tetapkan bercerita walau mata anda melihat ke arah lain bukan ke arah anak mata si lelaki sepanjang masa. Nada suara perlu disantaikan atau biasa-biasa sahaja. Elakkan menjadi terlalu nyaring dan terlalu perlahan. Anda sebagai wanita perlu banyak main peranan. Jarak diri anda dengan diri si lelaki jangan terlalu jauh dan jangan pula terlalu dekat. Biar dalam jarak selesa, janji dia boleh mendengar suara anda.