💡 Nilai Diri: Anda Seorang Penyayang?

Semua orang ingin mengaku dia penyayang tetapi kalau nampak kucing terbiar minta makan, buat tak reti sahaja. Kalau nampak makcik tua naik bas berdiri, tak beri tempat duduk. Nilai diri anda samada penyayang atau sebaliknya!

Jawab soalan- soalan berikut dengan jawapan Ya atau Tidak. Mesti jujur pada diri sendiri ketika menjawab soalan- soalan ini.

1. Adakah anda sering mengambil masa untuk menilai diri anda dan orang- orang yang anda cintai?
ya            tidak

2. Adakah anda mengingati ahli keluarga dan rakan- rakan dengan menghantar kad dan surat ketika hari- hari istimewa?
ya            tidak

3. Adakah anda prihatin untuk mengambil bahagian secara aktif dalam satu organisasi kemasyrakatan?
ya            tidak

4. Jika anda mampu, adakah anda sanggup membiayai seorang kanak- kanak dari negara yang dilanda peperangan?
ya            tidak

5. Adakah anda seronok ketika memberi hadiah kepada orang lain?
ya            tidak

6. Senangkah anda mengucapkan ' terima kasih' kepada mereka yang telah memberikan anda apa- apa jenis perkhidmatan?
ya            tidak

7. Bolehkah anda memaafkan dan melupakan tentang sesuatu kesilapan?
ya            tidak

8. Adakah anda dibesarkan dalam persekitaran yang penuh dengan kasih sayang?
ya            tidak

9. Adakah anda merasakan orang- orang yang lebih tua daripada anda membosankan?
ya            tidak

10. Di rumah anda, adakah anda memelihara binatang atau menanam tumbuh yang perlu anda jaga sendiri?
ya            tidak

11. Adakah anda gemar dengan rancangan televisyen atau filem yang memaparkan babak- babak keluarga bahagia?
ya            tidak

12. Di bawah ini adalah kenyataan terkenal yang ditulis oleh orang dewasa dan kanak- kanak. Baca ayat tersebut dan pilih satu huruf yang sangat kamu suka.

             Ⓘ    ⓁⓄⓋⒺ    ⓎⓄⓊ







Pemarkahan dan maksudnya:

Soalan
1. Ya-10       Tidak-0
2. Ya-10       Tidak-0
3. Ya-10       Tidak-0
4. Ya-10       Tidak-0
5. Ya-10       Tidak-0
6. Ya-10       Tidak-0
7. Ya-10       Tidak-0
8. Ya-10       Tidak-0
9. Ya-0         Tidak-10
10. Ya-10       Tidak-0
11. Ya-10       Tidak-0

12. Dalam keadaan ujian psikologi terkawal, mereka yang mempunyai sifat penyayang akan memilih huruf- huruf yang terbuka di atas seperti U, V atau Y. Mereka yang memilih huruf 'O' suka memberi tetapi kadang- kadang mementingkan diri sendiri.

Markah
U- 11 mata
O- 5 mata
Y dan V- 3 mata
I, L dan E- 0 mata

Jika markah anda antara:

80 - 120
Mereka yang berada dalam lingkungan ini selalunya penyayang dan sering penyayang dan sering membantu mereka yang memerlukan. Mereka lebih mengambil berat tentang orang lain berbanding diri mereka. Selalunya mereka ini orang- orang yang gembira dan dihormati ramai orang.

50 - 75
Mereka yang berada dalam lingkungan ini kurang mempunyai sifat menyayangi dan menyintai. Banyak individu yang mampu mencapai kepuasan dengan memberi daripada menerima.

0 - 45
Mereka yang berada lingkungan ini masih belum mengenali diri mereka sendiri. Mereka memerlukan kasih sayang dari orang lain untuk membantu mereka. Tetapi, mereka seharusnya mengenali kekurangan sifat ini pada diri dan berusaha untuk berubah.