1Momentum tidak semestinya berbentuk fizikal, tetapi juga mental. Teruskan momentum walaupun dalam kepala. Dan sekiranya ini terjadi, minda separuh sedar anda yang akan meneruskan momentum anda! (Irfan Khairi)
Maksudnya: Jangan menganggap tubuh badan anda sahaja yang mampu menggerakkan setiap apa yang anda lakukan, ini kerana jika fizikal anda tidak boleh bekerja, bukan bermakna setiap apa yang anda lakukan terhenti. Gunakan minda di bawah sedar anda untuk merencanakan dan merancakkan momentum anda untuk berjaya.
2Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. (Ron Jenson)
Maksudnya: Lihat bagaimana anda 'layan' diri anda dalam mencapai sesuatu. Jika anda seorang yang disiplin pada diri sendiri, kemungkinan untuk anda berjaya mempunyai peratusan yang tinggi, jika sebaliknya anda mungkin bermasalah dalam mencapai 'goal' anda.
3Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. ( Lewis Timberland)
Maksudnya: Kegagalan bukanlah sebab utama anda untuk berhenti terus dari berusaha. Jafikan kegagalan itu sebagai pembakar semangat buat anda untuk terus berusaha dan berjaya.
4Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa- apa. (George Bernad Shaw)
Maksudnya: Jika anda rasakan sikap anda tidak perlu diubah untuk mencapai sesuatu sebenarnya anda sedang menuju kemunduran. Wajarnya anda mencapai kemajuan sebab mengubah pemikiran anda itu.
5Buatlah apa yan anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. (Henry Truman)
Maksudnya: Jika anda merasakan anda mampu buat untuk memburu dan mencapai impian anda, teruskan ia. Kerana dengan memulakan langkah untuk berjaya bukan mudah, ini kerana anda sahaja yang mampu memulakannya.
6Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) dan HARDER (lebih kuat). (J.P Ghetty-Billionare)
Maksudnya: Mungkin anda tidak pernah mencuba, tetapi hakikatnya, jika anda tidak mencuba bagaimana anda ingin mengetahui apa yang anda miliki dan apa potensi anda. Cubalah untuk memulakan langkah baru dalam kehidupan anda dan setelah anda mencubanya, usahalah dengan kuat agar apa yang anda usahakan mencapai matlamat.
7Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesaikannya adalah lebih hebat! (H.W Longfellow)
Maksudnya: Benar, jika anda memilih sesuatu jalan untuk melakukan perubahan dalam hidup teruskanlah usaha anda itu. Jika anda bermula, anda tidak boleh berpaling lagi teruskan dan capai ia dengan genggaman kejayaan! Pastinya itu satu kepuasan yang berganda buat anda.
8Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. (Saidina Umar Al- Khattab)
Maksudnya: Untuk mencapai sesuatu impian, tidak boleh hanya memikirkan apa yang anda lakukan semuanya betul belaka. Adakalanya anda perlu menerima pandangan orang lain serta gemar bertanya. Dan juga lihatlah mereka yang berjaya bagaimana mereka memulakan langkah kejayaan mereka. Yang pasti anda tidak sombong untuk bertanya dan terima seadanya nasihat dan kata- kata orang lain.
9Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat. (Arthur Schopenaver)
Maksudnya: Benar, memang sukar untuk menempuhi impian dan kemahuan. Tetapi jika anda tidak berusaha bagaimana anda ingin berjaya. Kita hanya melihay di depan mata, tetapi kita tidak nampak apa yang ada di sebaliknya. Teruskan berusaha agar setiap kemahuan mampu digenggam!
10Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. (Ibnu Yusuf)
Maksudnya: Lebih manis rasanya jika kesenangan yang bakal kamu peroleh esok adalah dari kesusahan bukannya kesenangan sekelip mata. Dengan kesusahan yang dilalui, anda tahu bagaimana menggunakan kesenangan yang anda peroleh!