Rasulullah S.A.W.
telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat
itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang
tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan
tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul
Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang
solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa
membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi
tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang
yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan
diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu
meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah
kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa
memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim
menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan
riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya
dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa
yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan
mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T
dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak
dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya
kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti
solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain
tebal yang buruk."