Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada
seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu
itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang
sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya
kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah
sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda Rasulullah
mengatakan :
"Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)
Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam
dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ,
dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu
:
"Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku
bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh
Allah."
Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia
meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia
bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah
diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan
itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan
hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.
Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi
datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya.
Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu
neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain.
Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak
berjaya kerana batu mengikut ke mana saja dia pergi.
Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya.
Para malaikat yang bertindak akan menyeksa orang-orang yang masuk neraka
berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak
berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya
kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah
membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di
langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud
:
"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang
engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu.
Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi
'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam
syurga."
Sebaik saja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba
pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat
syahadat yang diucapkannya dahulu.