Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah
menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah
S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al- Quran."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu
akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana
di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia
bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan
menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan
kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku
di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu
: "Adakah kamu Al- Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang
pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan
kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas
kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi
perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga
keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal
kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak
kamu telah mempelajari Al- Quran."