Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan
sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya
:
1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku
beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya
berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan
membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7
perkara, iaitu :
1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu
harapkan sangat kesedaran hatinya.
2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan
sangat kata-kata himat darinya.
3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia
janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu
harapkan sangat khusnul khatimahnya.
5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat
akan hidup hatinya.
6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang
zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah
harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."