Bila anak anda masih sangat muda, contohnya dibawah 7 tahun, luangkan waktu anda untuk bersama dengan mereka ketika mereka melayari internet. Anak-anak pada usia ini mudah menjadi bingung ketika mereka menemukan atau melayari website yang mereka tidak fahami atau mungkin tidak sesuai dengan umur mereka.
Ingatkan anak anda supaya jangan memberikan informasi tentang identiti mereka tanpa pengetahuan anda.– Anak-anak tidak dibenarkan memberikan maklumat seperti alamat rumah, atau nombor telefon, ataupun maklumat seperti waktu bila mereka berada sendirian di rumah, dan pastikan bahawa anda benar-benar mengenal ataupun mempercayai orang tersebut sebelum memberikan maklumat seperti alamat rumah dan nombor telefon. Ingat selalu bahawa, hampir semua website tidak mensyaratkan anda untuk memberikan alamat rumah ataupun nombor telefon kecuali pada beberapa website tertentu.
Pastikan layanan website yang anak anda gunakan. Bila anda tidak tahu bagaimana melayari website tersebut, mintalah pada anak anda untuk menunjukkan caranya. Cari lebih dalam akan jenis maklumat yang disediakan oleh website tersebut dan apakah yang anda perlu untuk menutup akses ke website tersebut atau tidak.
Jangan benarkan anak anda bertemu secara langsung dengan pengguna internet lain tanpa izin anda. Jika anda mengizinkan pertemuan tersebut, temankanlah anak anda pada saat pertemuan.
Ingatkan selalu anak anda supaya tidak memberi respon pada pesan atau email yang bersifat membujuk/mengancam/kasar/tidak senonoh ataupun yang membuat mereka tidak merasa selesa. Nasihatkan anak anda supaya selalu memberi tahu anda apabila mereka menemukan pesan ataupun email seperti di atas. Jika anda ataupun anak anda mendapatkan pesan ataupun email yang bersifat mengancam tersebut, forward (kirim berserta header email) salinan dari pesan email tersebut ke internet provider anda dan mintalah bantuan ataupun petunjuk dari mereka.
Ingat bahwa semua yang anda lihat atau baca di internet belum tentu benar. Tawaran yang terasa 'sangat bagus' di Internet kemungkinan besar suatu penipuan. Berhati-hatilah apabila anda mendapatkan tawaran yang melibatkan pertemuan anda dengan pengirim email tersebut.
Tentukan syarat- syarat yang baik untuk penggunaan komputer bagi anak anda Bincangkan syarat tersebut dan tempelkan dekat komputer sebagai pengingat. Ingatlah untuk selalu memantau anak anda dalam mematuhi syarat tersebut, terutamanya pada jumlah waktu yang mereka gunakan di depan komputer. Anak-anak yang menggunakan Internet terlalu kerap hingga larut malam adalah menjadi tanda bahawa ada sesuatu yang tidak betul pada waktu penggunaannya. Walaupun komputer dan internet sangat membantu anak anda dalam belajar, ini bukan bererti bahawa komputer dan internet dapat sepenuhnya menggantikan waktu belajar 'tradisional' anak tersebut. Ingat juga bahawa komputer dan akses internet seharusnya tidak digunakan sebagai 'babysitters' elektronik.
Pertimbangkanlah untuk memasang software berupa 'parental control' pada komputer anda. Software seperti ini dapat menghadkan apa yang anak anda akan lihat atau katakan pada saat mengakses internet. Beberapa type dari software tersebut dapat menghadkan akses pada website tertentu berdasarkan kata yang anda 'sensor', sedangkan ada beberapa jenis software lain yang dapat menjaga agar jangan sampai anak mengungkapkan atau memberikan maklumat peribadi ke internet, beberapa jenis lain dapat memantau website ataupun situs yang dikunjungi oleh anak anda. 'Parental control' tersebut biasanya telah ada bila anda menggunakan Windows Vista ataupun Macintosh OS X. Software tersebut sangat berguna terutamanya untuk anak-anak yang masih kecil. Tetapi sebelum anda menggunakan software tersebut, anda perlu tahu akan syarat software-software tersebut. Software tersebut hanya dapat melindungi komputer apabila software tersebut di-install, sedangkan komputer public seperti di kedai internet dan handphone (umumnya handphone sekarang yang dapat digunakan untuk mengakses internet) tidak dilindungi, dan umumnya anak- anak remaja lebih mengetahui cara untuk mengelabui software tersebut.
Pastikan bahawa menggunakan internet merupakan aktiviti keluarga. Fikirkan untuk menempatkan komputer di ruang keluarga daripada menempatkannya di bilik anak anda. Kenalilah 'teman online' mereka seperti anda mengenali teman-teman mereka yang lain.