Panduan Menggunakan Tandas Awam



Photobucket - Video and Image Hosting
Takder sapa yang dapat mengawal atau mendisplikan buah pinggang dan usus besar diorang daripada melakukan proses perkumuhan di luar rumah. Pendek kata sapa jer tentu pernah menggunakan tandas awam. Tapi kalo korang belum pernah mencoba, panduan ni amat berguna buat korang.. Ahaks!

PANDUAN 1 > Pastikan korang mempunyai duit syiling secukupnya kerana penjaga tandas belum tentu benarkan korang masuk walaupun korang dah terdesak sangat tapi tak cukup lima sen. Huhu!
PANDUAN 2 > Sebaik²nya korang periksa dulu bekalan air ader atau takder sebelum membuang hajat agar tidak berlaku insiden yang berbau. Ehek!
PANDUAN 3 > Pastikan dulu tandas yang korang gunakan tu mempuyai penyelak atau dikunci dengan baik agar proses perkumuhan tidak terbantut akibat terperanjat. Hehe!
PANDUAN 4 > Jangan membazir air tak tentu pasal macam tandas tu bapak korang yang punya atau hanya nak sepadankan dengan bayaran masuk kerana korang sendiri tak suka bekalan terputus ketika sedang berada di dalamnya. Hiks!
PANDUAN 5 > Jangan lupa mengepam atau flush mangkuk tandas setelah selesai melepaskan hajat kerana korang sendiri tentu tak selesa menggunakan tandas yang tak dipam. Eheh!
PANDUAN 6> Teliti betol² tandas yang korang masuk tu agar tidak dituduh cuba melakukan gangguan seksual akibat tersalah masuk tandas pompuan. Huhu!
PANDUAN 7 > Simpan baik² barangan berharga seperti dompet atau enpon agar tak terjatuh ke dalam mangkuk tandas atau tertinggal kat dalam tandas kerana akibatkan….sendiri mau ingat ler.. Hehe!
PANDUAN 8 > Jangan menconteng dinding tandas lebih² lagi dengan gambar lucah kerana takder sapa yang akan menghargai bakat terpendam korang tuh.. Ahaks!
PANDUAN 9 > Jangan mengguakan tandas terlalu lama kerana mungkin ada seseorang di luar yang berada dalam keadaan darurat yang mau menggunakan tandas. Hehek!
PANDUAN 10 > Walaupun korang tak biasa buang air kecik secara berdiri (bagi lelaki) tapi jangan pulak korang panjat dan duduk mencangkung di tempat membuang air kecik tu pulak. Hakhak!
PANDUAN 11 > Jangan mengeluarkan suara meneran dengan kuat sekiranya korang mengalami sembelit agar suara korang tu tak mengganggu proses perkumuhan pengguna bersebelahan. Muahehe!
PANDUAN 12 > Jaga mata korang ketika membuang air kecik bersama pengguna lain agar korang tak dianggap sebagai gay atau lesbian sedang mencari lelaki / perempuan spesis yang sama. Huhu!