30 RESIPI: Kejayaan Dalam Pengurusan

1. Berkongsi masalah dan keseronokan dengan rakan- rakan yang lain.

2. Yakinkan pelanggan agar mereka berpuas hati serta jujur dalam percakapan dan beraksi dengan sopan dalan sesuatu urusan perniagaan.

3. Sentiasa berusaha memperbaiki mutu kerja.

4. Berkeinginan untuk belajar semua perkara bermula dari peringkat bawahan hingga ke atas.

5. Jangan menganggap aspek pekerjaan kita tidak penting

6. Kebijaksanaan, kreatif dan keberanian lahir dari diri sendiri.

7. Sentiasa menepati janji.

8. Melihat kesalahan atau kegagalan dalam diri sendiri bukan pada perkara luaran.

9. Perniagaan yang baik bermula dari perkhidmatan kepada pelanggan dengan baik.

10. Himpunan kebijaksanaan akan wujud secara semulajadi kepada seseorang yang sentiasa bersedia mendengar pendapat dari orang lain.

11. Jangan mudah putus asa jika gagal kali pertama. Berusaha lagi kerana kejayaan pasti menjadi milik anda.

12. Sedarlah semua manusia adalah berkepentingan dan tidak ada seorang pun yang tidak berguna. Cuba berikan yang terbaik kepada semua orang.

13. Ingatlah bahawa pengurusan yang berkesan bergantung kepada pemikiran yang kreatif dan sumber yang tepat.

14. Berikan galakan untuk meningkatkan kreativiti dan keistimewaan diri di kalangan kakitangan.

15. Sekiranya ada apa- apa berlaku, sentiasa bertenang dan lakukanlah apa yang terbaik. Di masa akan datang, hasilnya pasti akan menggembirakan anda.

16. Penting sekali ialah jauhkan dari tindakan yang boleh mempengaruhi orang lain.

17. Semangat anda umpama magnet yang mampu menarik perhatian orang ramai kepada anda.

18. Apabila kita mengubah pandangan, keputusannya juga akan berubah.

19. Sentiasa menyedari bahawa mereka yang tidak mendapat kepuasan dalam bidang pekerjaan sentiasa tidak gembira di dalam hidupnya.

20. Sentiasa bersikap bijak dan menimbangkan perkara berkaitan kewangan.

21. Tekun dalam pekerjaan dan anda akan maju ke hadapan.

22. Tanpa tindakan, pertelagahan tidak mendatangkan apa- apa hasil.

23. Penilaian yang baik tidak berguna tanpa keberanian untuk menyatakannya.

24. Sentiasa prihatin sehingga segala kerja selesai.

25. Keputusan yang penting terletak di tangan anda.

26. Potensi peningkatan seseorang adalah terhad.

27. Rahsia bekerja dengan lebih tekun ialah belajar melalui pengalaman.

28. Setiap pekerja bersemangat untuk meningkatkan imej syarikat secara keseluruhan.

29. Berfikiran terbuka dan sanggup menerima nasihat dari orang lain.

30. Kemajuan dapat diikuti setelah berfikir secara serius.






MUTIARA KATA
Jangan mengatakan orang lain salah. Sekiranya kita yang salah terimalah hakikat sebenar.