Kembalikan Semangat Bertugas

BAGAIMANA MOOD KERJA ANDA SETELAH KEMBALI KE PEJABAT DARIPADA CUTI AIDILFITRI YANG PANJANG? TAHNIAH, SEKIRANYA ANDA MULA BERTUGAS DENGAN PERASAAN BARU YANG LEBIH SEGAR DAN BERSEMANGAT. BAGI MEREKA YANG MERASA PAYAH UNTUK MEMULIHKAN SEMANGAT SELEPAS BEKERJA, IKUTI TIPS BERIKUT BAGI MEMBANGUNKAN SEMANGAT KERJA ANDA. SEMOGA BERJAYA.

Setelah bercuti panjang ada berderet kerja yang memerlukan tindakan yang pantas daripada anda. Langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah membuat senarai kerja yang perlu disiapkan dan sebagai seorang muslim / muslimah lakukan setiap pekerjaan yang hendak dilakukan didahului dengan ucapan 'Bismillahirrahmanirrahim' diikuti dengan membaca doa memulakan kerja dan setelah selesai akhirilah dengan doa habis kerja. Ayuh, jadikan contoh di bawah sebagai panduan anda:

1SEMAK JADUAL KERJA BISNES ATAU PEKERJAAN ANDA


2JADUALKAN APA YANG MEMERLUKAN TINDAKAN SEGERA DARIPADA ANDA
Semak kembali apa sahaja harus segwra dilanjutkan untuk diambil tindakan. Ini berhubung dengan keutamaan kerja. Buat susunan apa yang mesti dikerjakan pertama, kedua dan seterusnya. Letakkan fail dan baja kerja yang perlu disiapkan segera di hadapan meja anda.


3SIAPKAN DAHULU MANA YANG MUDAH
Memulakan kerjaya yang mudah dahulu atau yang lebih cepat dibereskan. Namun, lihat juga 'deadline', awalkan ikut 'deadline' yang telah ditentukan.


4JANGAN MEMBAZIR MASA
Bekerjalah dalam suasana 'offline', jangan dibuka akaun FB, Twitter yang boleh menganggu kerja. Ingat yang ditalifon itu usah dilayan juga! Berbual perkara remeh dan sembang yang sia- sia juga boleh melengahkan kerja yang ingin disiapkan.


5BANGUNKAN KEMBALI SUASANA KERJA
Mula hari anda dengan melakukan pekara yang biasanya membangkitkan semangat kerja anda. Di samping doa memulakan kerja anda mungkin juga ingin mendengar muzik ringan atau secawan kopi atau teh untuk menghangatkan badan. Yang penting anda apa yang dilakukan itu mampu membangkitkan semangat kerja agar kembali membara.


6RELAKS SEBENTAR DAN RAIKAN
Setelah tugas- tugas pada hari pertama kerja berkesan dikerjakan dengan baik, bolehlah anda relaks sebentar. Raikan kejayaan anda kembali 'on the track' seperti sebelumnya. Jadi apa yang ditunggu lagi, mulaka kerja tanpa bertangguh, sekatang juga!


Doa adalah kekuatan untuk mencapai tujuan yang dimohonkan kepada Tuhan Yang Maha Kuasa. Sebagai pekerja Islam, yakinilah doa,  usaha dan tawakkal itu membawa kecemerlangan dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Berikut adalah doa mula dan akhir tugas yang boleh kita jadikan amalan bila bekerja.

Doa mula dan akhir tugas:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya. Dan aku berlindung padaMu daripada keburukan pekerjaan ini dan keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah Yang Maha Berkuasa menentukannya."

" Ya Allah, aku serahkan padaMu pekerjaanku dan jiwa ragaku dan aku bertawakkal kepada Engkau, ya Allah."





MUTIARA KATA
Kita mungkin tidak puas hati sekiranya kita gagal, tetapi kita akan lebih malang sekiranya tidak mencuba.