
KUANTAN - Seorang ahli perniagaan yang memiliki kijing unik yang tertera kalimah serta tulisan jawi pada cangkerangnya me nawarkan kepada sesiapa yang berminat
Kijing adalah sejenis haiwan yang menyerupai
kupang atau kepah.
Abdul Jabar Abdul Hamid, 48, berkata, beliau
terpanggil berbuat demikian kerana percaya tulisan jawi pada cengkerang kijing
yang ditemui olehnya sejak lapan tahun lalu itu adalah semula jadi dan bukan
sengaja diukir oleh manusia.
"Mulanya saya dan seorang rakan menemui dua
siput kijing, satu besar satu kecil di celah batu semasa berjalan dekat sebatang
sungai di Indera Mahkota ketika banjir besar melanda pada tahun 2001.
"Bila dibelek, saya amat terkejut apabila
mendapati tertera tulisan jawi pada cengkerang dua haiwan yang masih hidup itu,"
ceritanya ketika ditemui di sini semalam.