11 Tabiat Lelaki Malas
1.
TIDAK MENCUCI PAKAIAN
Rata-rata lelaki zaman sekarang lebih senang menghantar
pakaian kotor ke dobi. Tidak kurang juga yang membasuh pakaian sendiri tetapi
hanya selepas persalinan bersih dalam almari berkurangan.
Seeloknya pakaian perlu dicuci setiap tiga hari bagi
mengelak bau yang kurang menyenangkan dan kemungkinan menjadi sarang bakteria
atau kuman.
2.
MENGEMAS RUMAH
Percaya
atau tidak, hampir kebanyakan lelaki bujang tidak mengemas rumah selama
berbulan-bulan lamanya. Ini kerana mereka tidak mengambil kira mengenai
kebersihan rumah kerana bagi mereka rumah hanya sebagai tempat untuk melelapkan
mata.
3.
TIDAK MENCUCI PINGGAN
Sampai berulat dan berbau busuk barulah jejaka mencuci
pinggan mangkuk yang bertimbu dalam sink rumah. Tidak cukup dengan itu, kadang
kala sampah juga tidak dibuang.
Bagi lelaki sebegini adalah elok jika makan di luar atau
menggunakan pinggan mangkuk pakai buang saja. Lebih ekstrem, ada lelaki membuang
pinggan kotor semata-mata malas menyentalnya dan esok beli pinggan mangkuk lain
pula.
4.
MENGGOSOK BAJU
Pasti semua pernah melakukan habit ini, pakai
saja baju tanpa digosok! Mungkin kerana tidak cukup waktu kerana sudah terlambat
atau memang lelaki malas untuk menggosok baju.
Seharusnya, lelaki mengambil sedikit ruang pada
waktu malam atau lapang untuk menggosok semua baju yang perlu dipakai
terutamanya untuk ke pejabat. Sesekali, apa salahnya melakukan ‘senaman’ dan
mengeluarkan peluh sambil menggosok baju.
5.
BERCUKUR
Bukan menjadi masalah untuk tidak bercukur
kerana ada yang beranggapan lelaki berjambang dan bermisai lebih menarik
perhatian. Cuma perlulah dijaga kebersihan diri dan jika ingin menyimpan jambang
atau misai sekalipun, kemaskan lah sedikit.
6.
RAMBUT KUSUT
Jika suatu masa dulu penjagaan rambut amat
dititik beratkan dan rambut harus disisip rapi dan kemas. Namun kini rambut
kusut adalah satu trend. Perlulah sesuai dengan diri dan jangan terlalu kusut
hingga merimaskan mata memandang.
7.
TIDAK DATANG KE PEJABAT @ KULIAH
Sikap sebegini paling banyak dikesan di
kalangan lelaki. Kadang kala tiada sebab tertentu, lelaki cukup malas untuk
bergerak dan melakukan kerja di pejabat atau kuliah. Ini perlu diatasi kerana
setiap manusia perlu bekerja dan belajar.
Tanamkan sikap dan perasaan untuk mempelajari
ilmu baru atau meningkatkan prestasi kerjaya.
8.
MENCUCI KENDERAAN
Bagi lelaki yang ada bajet, mereka boleh
mencuci kenderaan mereka di pusat mencuci kereta jika malas melakukannya
sendiri. Jika tidak alamatnya, air hujan sajalah yang dapat membersihkan
kekotoran pada kenderaan mereka.
9.
MENJAGA PENAMPILAN DIRI
Walaupun kelihatan seperti suatu rutin, namun
ada perkara yang sering lelaki terlepas pandang. Dari segi penjagaan muka hingga
seluruh badan, ia seharusnya diambil kira lelaki.
Jangan malas untuk mencuci muka, memotong kuku
dan memakai wangian. Walaupun nampak remeh dan sedikit kewanitaan, mereka perlu
tahu wanita sukakan lelaki yang bersih.
10.
MEMBACA
Jika mengikut perangkaan, wanita adalah
golongan yang paling banyak membaca walaupun corak pembacaan mereka agak berbeza
dengan lelaki. Namun dari kecil hingga dewasa lelaki adalah insan yang paling
malas untuk membaca - apatah lagi membeli bahan bacaan.
Perlu diingatkan, jika ingin berjaya dalam
kehidupan kita perlu banyak membaca. Jika boleh, corak atau genre pembacaan
lelaki biarlah pelbagai.
11. BANGUN AWAL PAGI
Lelaki jika sudah tidur,
seolah-olah tidak mahu bangun selama-lamanya. Apatah lagi jika perlu bangkit
untuk bekerja atau menghadiri kuliah pagi. Apa yang dibayangkan mereka hanyalah
soal kesesakan lalu lintas pada pagi hari selain malas bersiap-siap untuk keluar
rumah.
sumber : Berita Harian