Ata' bin Abi rabah berkata, Ibnu Abbas r.a telah
bertanya kepadanya, "Mahukah aku tunjukkan kepada engkau seorang perempuan
ahli syurga ?"
Jawab Ata, "Bahkan, siapakah perempuan itu ?"
Ibnu Abbas berkata, "Perempuan hitam itu telah
menemui Rasulullah s.a.w mengadu ia telah dirasuk."
Sabda Rasulullah s.a.w kepada perempuan itu, "Jika
engkau tahan dan sanggup bersabar maka syurga bagimu, sekiranya engkau tidak
tahan dan tidak sanggup bersabar aku akan mendoakan engkau supaya engkau pulih
segar."
Jawab perempuan itu, "Aku tahan dan sanggup bersabar
(maka baginya syurga) sekian tercatat dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim. Dari
sini dapatlah kita satu keterangan, bahawa penyakit sarak atau rasukan bukanlah
ia sesuatu yang baru tetapi telah diketahui sejak zaman berzaman dan zaman Nabi
dan sahabat.