Dari Abu Umamah R.a, bahawa Rasulullah S.a.w bersabda: " Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi sehinggakan semudah dalam lubangnya dan ikan di laut sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara- perkara yang baik kepada orang ramai."
(Hadis Riwayat Tarmizi)

Usaha mengajar dan menyebarkan kepada orang ramai sesuatu pelajaran yang berkebajikan pada pandangan Agama, amatlah tinggi nilainya.

Dalam hadis ini, Rasulullah S.a.w menerangkan bahawa Allah S.w.t sendiri menghargai usaha itu dengan melimpahkan rahmat kepada orang yang menjalankannya.

Demikian juga Malaikat dan segala isi langit dan bumi, sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut berdoa semoga orang itu diberi balasan yang sebaiknya.

Dengan itu sungguh beruntung sesiapa yang berusaha memberi tunjuk ajar dengan perkara- perkara yang baik.