Dari Abu Darda' R.a, bahawa Rasulullah S.a.w bersabda: " Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya yang tersebut, berkatalah Malaikat yang ditugaskan untuk itu: 'Amin, dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga' ". (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Dia seseorang Islam kepada saudara Islamnya yang lain dengan harapan semoga ia beroleh kebaikan atau terselamat dari bala bencana adalah dituntut oleh syarak, samada dengan setahu orang yang didoakan itu atau tidak.

Dalam hadis ini, Rasulullah S.a.w menerangkan bahawa doa yang dilakukan oleh seseorang untuk saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya itu Malaikat juga turut mengaminkan semoga doanya dikabulkan Tuhan, serta menggembirakannya bahawa ia juga akan beroleh kebaikan yang sama kerana menghargai keikhlasan hatinya mendoakan saudaranya.