Dari Ali R.a, bahawa Nabi S.a.w , bersabda: " Sesiapa yang memberi fatwa dengan tidak berdasarkan ilmu, akan dilaknat oleh Malaikat langit dan bumi."
(Hadis Riwayat Ad-Dailami dan Ibnu 'Asakir)


Memberi fatwa mengenai sesuatu masalah agama hendaklah berdasarkan ilmu pengetahuan yang berkenaan, jika tidak maka sudah tentu fatwa itu akan membawa kepada penyelewengan dalam hukum- hukum Agama.

Dengan sebab itu, maka orang yang memberi fatwa dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan Syarak, dimurkai Allah dan dilaknat oleh Malaikat sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.a.w dalam hadis ini.