Dari Anas R.a, bahawa Nabi S.a.w: " Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah S.w.t berfirman kepada Malaikat penulis amalnya: ' Tulislah juga untuknya amal- amal soleh yang biasa ia lakukan , kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan dia hidup berkeadaan baharu, bersih, suci dari dosanya dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberinya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya."
(Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Imam Ahmad dan Baihaqi)
Sekiranya seseorang itu ditimpa kemalangan maka hendaklah ia menerima kejadian itu dengan tabah hati dan sabar kerana sikap yang demikian akan membawa kebaikan kepadanya.
Di antara kebaikan- kebaikan itu ialah:
(1) Jika ia biasa mengerjakan sesuatu amal yang baik semasa ia berkeadaan sihat, kemudian ia tidak dapat mengerjakannya disebabkan bencana yang menimpanya, maka Tuhan perintahkan Malaikat penulis amalnya supaya menuliskan untuk amalnya yang baik yang tak dapat dikerjakan itu.
(2) Jika Tuhan hapuskan kesan- kesan bencana yang menimpanya itu, maka Tuhan jadikan bencana itu sebagai 'Kifarah' yang menghapuskan dosa- dosanya yang telah lalu serta dijadikannya hidup berkeadaan baharu suci bersih dari dosa.
(3) Jika Tuhan sempurnakan ajalnya dengan kemalangan itu, maka ia diberi ampun dan dilimpahkan rahmat kepadanya.
Hakikat ini ditegaskan oleh Rasulullah dalam satu hadisnya yang lain, maksudnya: "Tiap- tiap seorang hendaklah menggunakan masa sihatnya untuk mengerjakan amal- amal soleh, dan sekiranya ia ditimpa bencana maka hendaklah ia menerimanya dengan bersabar."