Dari Abu Hurairah R.a, dari Nabi S.a.w, sabda: " Apabila imam membaca 'Sami 'Allahu liman hamidah', maka kamu baca 'Allahumma Rabbana lakal hamd', kerana sesiapa yang berbetulan bacaan dengan Malaikat (yang juga membacanya), nescaya diumpakan dosanya yang telah lalu".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Di antara bacaan- bacaan dalam sembahyang ialah bacaan: " Sami 'Allahuliman hamidah " yang dibaca semasa bangkit dari ruku' kepada i'tidal. Maksud bacaan ini ialah: 'Semoga Allah menerima pujian orang yang memujinya'.
Sebaik- baik sahaja bacaan yang tersebut selesai dibaca, maka setiap orang yang sembahyang dituntut memuji Tuhan dengan berkata: " Allahumma Rabbana lakal hamd ". Pujian ini juga diucapkan oleh Malaikat pada saat itu.
Dalam hadis ini diterangkan faedah ucapan yang tersebut, iaitu sesiapa yang bertepatan ucapan pujiannya itu dengan pujian Malaikat nescaya ia akan beroleh keampunan Allah S.w.t saat yang mulia itu