✭ Adakah Menjadi Kaya Membuat Diri Anda Bahagia?

8 Orang kaya menjawab persoalan ini

Setiap orang ingin menjadi kaya, tapi adakah menjadi kaya dapat membuat kita bahagia? Orang-orang kaya yang di bawah berikut menceritakan pengalaman mereka samada wang dapat membuat mereka bahagia atau tidak..

Kekayaan dan kebahagiaan bukan sepertimana yang kita bayangkan
Ada sebuah contoh nyata tentang hal ini, iaitu Evan Spiegel, CEO muda Snapchat. Snapchat sendiri adalah sebuah aplikasi yang  membolehkan anda menangkap pelbagai gambar kemudian mengirimkannya ke rakan-rakan anda hanya dengan sekelip mata saja.

Apakah menjadi kaya membuat diri Anda bahagia? 8 orang menjawab hal ini

Spiegel mendapatkan tawaran dari Facebook untuk Snapchat yang akan memperolehi  pendapatan bernilai 3 miliar US Dollar dan ia menolak tawaran itu. Orang-orang yang mengetahui hal ini mengatakan  bahawa Spiegel gila. Namun jika kita melihat latar belakang Spiegel, banyak orang dari industri teknologi memahami akan situasinya dan menghargai keputusan Spiegel itu.

Spiegel sendiri datang dari keluarga yang kaya. Ayahnya tinggal di salah satu kompleks paling mahal di Los Angeles dan Spiegel sendiri juga telah menjual beberapa sahamnya di Snapchat untuk jutaan US Dollar. Pada hakikatnya, Spiegel bukan mengatakan "tidak" kepada kekayaan kerana sebenarnya ia memang sudah kaya "dua kali." Lalu apa hasil dari kekayaannya itu? Baginya ia hanya suatu perkara sederhana dalam memberikan dirinya peluang menjalankan perusahaan global dengan risiko yang kecil dan kurang membebankan fikiran.

Dari sini kita mengetahui bahawa hubungan kekayaan dan kebahagiaan itu tidak semudah yang kita bayangkan. Berikut ini adalah bagaimana orang- orang kaya memberikan pengertian mengenai hubungan tersebut.

Semua sumber ini didapat dari pembicaraan mereka di Quora. Perlu diketahui semua gambar di bawah hanyalah gambar ilustrasi dan bukan gambar dari orang yang berkenaan.

1. Lawrence Sinclair - Wang tidak membuat anda bahagia, jalinan perhubunganlah yang memberikannya

Relasilah yang memberikan Anda kebahagiaan bukan uang
 
Lawrence Sinclair pernah bekerja menjadi ahli ekonomi selama beberapa tahun dan ia terkenal di antara kumpulan para diplomat dengan kekayaan yang melebihi orang ramai.
Sinclair mengatakan bahawa dirinya tidak percaya akan kenyataan hedonistik mengenai kekayaan. Ia mengatakan bahawa semakin banyak wang yang anda miliki maka semakin banyak wang yang diperlukan agar anda mencapai suatu tingkat kekayaan yang tertentu. Kekayaan datang dari perhubungan anda dengan sesama orang lain dan kualiti hubungan tersebut. Ia meragukan, para ahli ekonomi juga sulit untuk menggambarkan secara tepat berkenaan hubungan kekayaan dan kebahagiaan.

2. Rick Webb - Sesudah anda kaya, anda akan menerimanya begitu saja, seperti anda menerima orang tua anda sejak dilahirkan

Sesudah Anda kaya, Anda akan menerimanya begitu saja
 
Rick Webb menterjemahkan dirinya sebagai seorang yang baru saja merasakan kekayaan yang mana jika digambarkan ia dapat berada sekitar 0.5% orang terkaya di dunia di mana seolah- olah ia sudah tidak perlu bekerja lagi.

Webb mengatakan bahawa merasakan baru menjadi kaya seperti itu adalah suatu keuntungan dalam hidup. Seakan-akan seperti seseorang yang mempunyai anak yang cantik dari seorang kekasih yang membanggakan atau orang tua yang luar biasa. Bagi dirinya, sehingga kini ia belum menemui jawapan bagaimana kekayaan dapat membuat dirinya bahagia..

3. James Altucher - Mempunyai wang yang banyak membuatkan diri anda menginginkan lebih banyak wang lagi

Mempunyai banyak uang membuat Anda menginginkan lebih
 
James Altucher mengatakan dirinya telah mengalami berbagai naik turun yang cukup mencabar dalam 20 tahun  kebelakangan dan ia mengenali beberap orang kaya yang menganggap diri mereka sebagai "merasa selamat dan tidak boleh diganggu." Salah seorang yang mengatakan hal ini tiba-tiba menghidap kanser dan setelah bertahun-tahun lamanya melawan kanser akhirnya ia membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri.

Altucher sendiri menganggap kekayaan sebagai perasaan kekurangan. Ia berfikir bahawa jika dirinya dapat menghasilkan 10 juta US Dollar dengan mudah maka orang lain mungkin sudah memiliki 11 Juta US Dollar. Dirinya merasa masih miskin dan ia berfikir memerlukan lebih banyak wang lagi untuk kaya.

4. Mona Nomura - Di waktu orang kaya menghampiri kematian, mereka tidak akan bangga dengan kekayaan mereka dan menyesali banyak hal

Saat orang kaya mendekati ajalnya, ia akan menyesali semua perbuatan sebelumnya
 
Mona Nomura lahir di dalam keluarga yang kaya di mana dia sendiri tidak menyedari kelebihannya itu sehingga dia belajar di dalam sekolah negeri dan menjadi lebih matang. Apabila ia masuk ke sekolah negeri, dirinya nampak sangat berbeza jika dibandingkan dengan rakan- rakannya yang lain yang serba kekurangan. Oleh kerana itu dia berbohong agar dapat bergaul dengan rakan- rakan sekolahnya yang keluarganya tidak seuntung seperti dirinya.

Di pendekkan cerita, orang tuanya bercerai dan ibunya yang mencapai kekayaan setelah  berusaha dari bawah menderita kancer tahap 4. Ibunya menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan menyesali banyak perkara berkenaan  keputusan yang telah diambilnya dan menyalahkan dirinya sendiri berkenaan hal itu.

5. Anonimus - Menjadi kaya membuat diri anda berfikir anda lebih bijak dan lebih baik dibandingkan orang-orang lain di dunia, dan itu membuat diri anda merasa baik.

Menjadi kaya membuat Anda berpikira orang lain di dunia inferior dibandingkan Anda
 
Seorang yang bernama anonimus di Quora  menyatakan dia telah merasakan jatuh  bangun di dalam hidup ini ketika usianya memasuki 20 tahun dan sebelum berusia 30 tahun dia telah menghasilkan 10 Juta US Dollar.

Pada mulanya hal itu membuatnya rasa puas hati namun kini ia seperti sudah menjadi suatu yang biasa- biasa dan ia merasa yang membuat dirinya merasa kaya kini adalah anak-anaknya. Selain itu ia mengatakan akan keuntungan menjadi kaya kiaitu merasa puas hati setelah mendapatkan wang yang banyak dan melihat orang lain di dunia ini lebih rendah darinya. Anda mampu keluar dari tahap yang sedia ada dan wanglah yang membantu anda dalam hal itu.

6. Igor Atakhanov - Terkadang Anda berfikir bahawa anda adalah Tuhan

Menjadi kaya membuat Anda terkadang berpikir Anda adalah Tuhan
 
Igor Atakhanov di besarkan di dalam keluarga yang kaya sejak sekian lama dan hidup dalam kehidupan di mana cenderung merendahkan orang lain sejak dari dirinya kecil lagi. Sewaktu kecilnya, ia mengatakan kepada kanak- kanak lain bahawa dirinya adalah Tuhan. Ini kerana ia dilayan sedemikian di dalam keluarganya.
Walaupun perasaan ini telah ditinggalkannya seiring dengan kedewasaannya, namun tidak bagi ayahnya. Ayahnya memberitahu  kepadanya bahawa mereka dilahirkan berdarah biru (bangsawan). Namun Atakhanov sendiri melihat ayahnya sebagai salah seorang yang  paling kasihan yang pernah dikenalinya  kerana sering berada di tempatnya dalam keadaan tertekan.

7. Josh Kerr - Menjadi kaya akan  mengurangkan risiko di dalam kehidupan


Menjadi kaya membuat resiko dalam kehidupan berkurang
 
Josh Kerr pernah menjadi eksekutif 3 startup dan merupakan seorang pelabur. Ia  menganggap kekayaan itu suatu yang  mengurangkan risiko di dalam kehidupan. Jika ia ditimpa sakit, ia akan pergi ke hospital yang terbaik. Jika ia ingin melakukan pelaburan, ia berani melakukannya kerana kerugian tidak akan mempengaruhi dirinya. Ia mampu mempunyai 5 anak dan ia tahu kelima-limanya akan masuk belajar.

Dengan menjadi kaya, Kerr mampu meraih  keberanian dalam pekerjaannya dan mengambil keputusan atas berbagai keputusan yang tidak dapat diambil oleh orang lain. Ini juga beerti ia berani terhadap pihak atasannya dan pihak atasannya akan berfikir bahawa ia keputusan yang sudah terlebih. Ini semua kerana ia memiliki wang sebagai tempat bersandar walau sekalipun ia dipecat.

8. Anonimus - Sesudah anda kaya, anda akan merasakan perasaan yang sama dengan sebelumnya

Sesudah Anda kaya, Anda akan merasa sama seperti sebelumnya
 
Seorang yang bernama anonimus  menganggap bahawa kekayaan itu adalah  perkara yang sederhana. Selepas beberapa bulan kaya, anda pasti akan merasa ia suatu perkara yang biasa saja dan menjadi orang yang sama dengan sebelumnya iaitu sewaktu anda belum menjadi kaya. Hal ini juga berdasarkan dari pakar psikologi di Universiti Brunel tentang bagaimana orang-orang yang menghadapi berbagai pengalaman jatuh bangun dalam merebut kekayaan.
--
Masih ada banyak jawapan mengenai hal ini daripada orang-orang yang kaya dan semua itu dapat dilihat di thread Quora yang berbahasa Inggeris ini.