✭ Geng Tempe Hantui Penduduk Muar



BAKAR menunjukkan jeriji tingkap rumahnya yang dipotong Geng Tempe yang menceroboh rumahnya di Kampung Parit Zin, Bakri di Muar pada Khamis lalu.

MUAR – Kira-kira 800 penduduk di sekitar Parit Zin, Bakri di sini dihantui ketakutan apabila sekumpulan penjenayah bergelar Geng Tempe yang didakwa mempunyai ilmu hitam mengganas dengan melakukan rompakan di beberapa rumah penduduk baru-baru ini.

Geng Tempe dipercayai dianggotai dalam kalangan warga Indonesia berasal dari Lombok, Indonesia dan mereka juga mempunyai anggota warga tempatan yang bersengkongkol dengan mereka.

Kumpulan penjenayah itu ditakuti penduduk kerana mereka didakwa mampu menyamun beberapa buah rumah sekali gus dalam satu malam