✭ Tips Berhadapan Dengan Majikan Yang 'Arrogant'..



5 cara jitu menghadapi bos arogan 5 Cara jitu menghadapi bos arogan
 
Siapalah yang tidak bengang jika berhadapan  dengan seorang majikan yang 'Arrogant' dan sombong. Satu hal yang perlu anda ingati bahawa majikan yang 'Arrogant'  tidak akan peduli adakah dia mendapatkan rasa hormat dari pekerjanya atau tidak. Dia hanya tahu  bahawa kedudukannya berada di atas anda. Namun, bukan bererti anda tidak boleh  berhadapan dengan jenis majikan seperti ini. Berikut adalah beberapa tips yang dapat membantu anda untuk menangani masalah majikan yang 'Arrogant'  yang sentiasa  membuat hati kecewa. Jom baca!

1. Menerima dan menyedari  bahawa dia tidak akan menjadi team yang baik

Dia mungkin tidak akan melakukan apa pun untuk menjaga teamnya. Jadi, anda tidak perlu mengendahkan apa yang dikatakan dan dilakukan majikan anda yang dapat membuat  diri anda menjadi 'stress'. Anda perlu menerima kenyataan bahawa dia tidak akan menjadi team yang baik untuk anda.
 

2. Selalu bersedia untuk menghadapi perubahan  yang mendadak di tempat kerja

Majikan yang 'Arrogant' dapat membuat situasi di pejabat berubah serta- merta. Jadi, anda perlu selalu bersiap sedia untuk menghadapi situasi semacam ini. Dia akan meletakkan semua kesalahan di bahu anda  jika anda melakukan tugas secara bertangguh- tangguh. Jadi, pastikan bahawa anda selalu dapat menyelesaikan tugas dengan betul dan tepat pada waktunya.

3. Jangan takut untuk  bertukar kerja atau berhenti bekerja

Pekerjaan baru dapat membuat hidup anda menjadi lebih mudah. Namun jangan terlalu  terburu- buru untuk segera meninggalkan  pekerjaan anda sebelum anda mendapatkan gantinya. Anda boleh bertanya kepada beberapa rakan yang anda percayai dan  mendapatkan anda ke sebuah pekerjaan yang lebih baik.
 

4. Belajar cara mengambil hatinya

Jika anda mampu merayu dan mengambil hati majikan anda, hidup anda di tempat kerja akan menjadi lebih mudah. Pelajari apa yang tidak disukai dan disukai oleh majikan anda. Cubalah membuatnya bergantung  kepada anda dengan kemampuan dan bakat yang anda miliki. Majikan anda akan memperlakukan anda dengan lebih baik, seandainya anda adalah aset berharga bagi Syarikat.

5. Hindari berdebat dengannya

Jangan lakukan perkara yang dapat memancing perdebatan antara anda dan majikan anda. Majikan yang 'Arrogant'  dapat melakukan apa saja yang dapat membuatnya menang di dalam perdebatan itu. Majikan yang 'Arrogant' juga tidak pernah peduli apakah maksud anda itu baik atau sebagainya. Dia hanya ingin membuktikan kepada semua pekerjanya bahawa hanya dirinya sajalah yang benar.
Oleh itu, jangan sekali- kali anda takut untuk bertukar kerja di atas sikap majikan anda yang telah merendahkan anda. Namun ingat,  fikirkan keputusan anda dengan matang dan bijak. Jangan sampai keputusan anda itu dapat menjatuhkan diri sendiri.