✭ Cara Elak Daripada Pendengki


     gambar animasi orang sedang berdoa 100x80 Gambar Animasi orang   



Membaca doa perlindungan dan zikir

"Katakanlah (wahai Muhammad):" Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Daripada bencana makhluk yang Ia ciptakan. Dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk. Dan daripada kejahatan makhluk yang menghembus- hembus pada simpulan- simpulan. Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya."
(Surah Al-Falaq, ayat 1-5)

Menyembunyikan rahsianya terhadap orang yang mendengkikannya.

"Dan ia berkata lagi: Wahai anak-anak! Janganlah kamu masuk dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang  berlainan..."
(Surah Yusuf, ayat 67)


Jangan mendekati orang yang mendengkikannya.

"Dan sekiranya kamu tidak juga mahu berimankan kerasulanku, maka putuskanlah hubungan denganku." (Surah Ad-Dukhaan, ayat 21)


Berbuat baik kepadanya untuk menolong kemungkinan kejahatan yang datang daripadanya.

"Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan jahat. Tolaklah kejahatan dengan cara yang baik, apabila tiba- tiba orang yang di antara kamu dan antara dia ada permusuhan, seolah- olah dia seorang sahabat karib." (Surah Fussilat, ayat 34)