✭ Tanda- Tanda Kematian


Allah telah memberi tanda kematian bagi seseorang muslim sejak 100 hari, 40 hari, 7 hari, 3 hari dan 1 hari menjelang kematian.

Tanda 100 hari menjelang kematian

Selepas waktu Asar (di waktu Asar kerana  pertukaran dari terang ke gelap), kita merasa menggigil dari hujung rambut hingga ke kaki, getaran yang sangat kuat, lain dari biasanya, bagi yang menyedarinya akan terasa indah di hati, namun yang tidak menyedarinya, tidak akan terasa apa-apa.

Tanda 40 hari menjelang kematian

Selepas Asar, jantung berdenyut-denyut. Daun yang bertuliskan nama kita di Luh Mahfuz akan gugur. Malaikat maut akan mengambil daun kita dan mulai mengikuti perjalanan kita sepanjang hari.

Tanda 7 hari menjelang kematian

Akan diuji dengan sakit, orang sakit biasanya tidak selera makan. Tapi dengan sakit ini tiba-tiba menjadi berselera meminta makanan ini dan itu.

Tanda 3 hari menjelang kematian

Terasa denyutan di tengah- tengah dahi. Jika tanda ini dirasa, maka berpuasalah kita, agar perut kita tidak banyak najis dan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.

Tanda 1 hari sebelum kematian

Di waktu Asar, kita merasa 1 denyutan di ubun-ubun, menandakan kita tidak sempat menemui waktu Asar esok harinya. Bagi yang khusnul khotimah akan merasa sejuk di bahagian pusat, kemudian ke pinggang lalu ke kepala, maka dalam keadaan ini hendaklah kita mengucapkan 2 kalimat syahadat.

Sahabatku yang budiman, subhanAllah, Imam Al-Ghazali, mengetahui kematiannya. Beliau menyiapkan sendiri keperluannya, beliau sudah mandi dan wudhu, mengkafankan dirinya, kecuali di bahagian wajah saja yang belum ditutup. Beliau memanggil saudaranya Imam Ahmad untuk menutup wajahnya.

SubhanAllah. Malaikat maut akan menampakkan diri pada orang-orang yang terpilih. Dan semoga kita menjadi hamba yang terpilih dan bersedia menerima kematian bila- bila masa pun dan di manapun kita berada. Aamiin.

Dan dari Ibnu Umar R.a, bahawa Nabi S.a.w ditanya: “Siapakah Mukmin yang paling cerdik?” Nabi menjawab, “Orang yang paling banyak mengingati kematian, dan orang yang paling baik persiapannya untuk apa yang sesudahnya; mereka itulah orang-orang yang cerdik.”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)