✭ 10 Laluan Ke Akhirat



grey Kata Mutiara Islam™



10 Laluan yang bakal dilalui oleh manusia dari dunia hingga ke akhirat, bagaimana memudahkannya?

Laluan menuju ke kubur
•Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
•Hindarkan perasaan iri hati (benci)
•Jangan terpengaruh dengan emas/perak
•Sucikan qada' hajat dengan istibra (berak/kencing)

Laluan berjumpa Izrail (Malaikat Maut)
•Bersihkan diri dengan bertaubat
•Gembirakan hati  orang mukmin
•Bayar semua qada' yang tertinggal
•Kasih sepenuh hati kepada Allah S.w.t

Lalauan untuk bertemu Mungkar dan Nakir
•Mengucap dua kalimah syahadah
•Suka memberi sedekah
•Berkata benar
•Bersihkan dan perbaiki hati

Laluan untuk memberatkan timbangan
•Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
•Suci perkataan dan pakaian
•Bersyukur dengan yang sedikit
•Suka dan redha dengan apa yang didatangkan oleh Allah S.w.t

Laluan memantapkan amalan
•Jauhkan perkataan yang sia- sia
•Pendekkan cita- cita dunia
•Banyakkan puji-puji kepada Allah
•Banyak sedekah dan khairat

Laluan melalui titiab Siratul Mustaqim
•Kasihilah aulia' Allah S.w.t
•Berbaktilah kepada kedua ibu dan bapa
•Berpegang teguh dengan hukum syarak
•Bercakap perkataan baik sesama makhluk

Laluan menjauhi diri dari Neraka
•Banyakkan membaca Al-Quran
•Banyakkan menangis kerana dosa- dosa yang lalu
•Tinggalkan perkara maksiat
•Jauhkan segala yang haram

Laluan untuk memasuki Syurga
•Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
•Kasihi orang salih
•Kerjakan suruhan- suruhan Allah
•Merendahkan diri antara makhluk

Laluan berjumpa dengan Nabi Muhammad S.a.w

•Kasihilah Nabi Allah
•Kasihilah Rasulullah S.a.w
•Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah.

Laluan untuk bertemu Allah
•Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
•Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
•Betulkan dan baikkan iktikad kepada Allah
•Bencikan segala yang diharam-Nya