✭ Tentang Jodoh Dan Cinta


 
 

”Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih daripada apa yang dituduhkan orang (yang menuduh itu). Mereka memperoleh  keampunan dan rezeki yang mulia (syurga).”
(Surah An-Nur, ayat: 26)

Ayat ini diturunkan untuk menunjukkan kesucian ‘Aisyah R.a (isteri Rasulullah S.a.w)  dan Shafwan bin al-Mu’attal R.a dari segala tuduhan yang ditujukan kepada mereka. Pernah suatu ketika dalam suatu perjalanan  pulang dari peperangan dengan Bani Musthaliq (pada bulan Sya'ban tahun ke-5 hijrah). ‘Aisyah R.a tanpa sengaja terpisah dari rombongan kerana mencari kalungnya yang hilang dan kemudian dihantarkan pulang oleh Shafwan yang juga tertinggal dari rombongan kerana ada suatu keperluan. Kemudian ‘Aisyah R.a naik ke untanya dan dikawal oleh Shafwan untuk menyusul rombongan Rasullullah S.a.w dan para Sahabat, akan tetapi rombongan tidak tersusul dan akhirnya mereka sampai di Madinah.

Peristiwa ini akhirnya menjadi fitnah dikalangan umat muslim di ketika itu kerana terhasut oleh isu dari golongan Yahudi dan munafik; seandainya telah terjadi apa-apa antara ‘Aisyah dan Shafwan. Masalah menjadi sangat pelik kerana sempat terjadi perpecahan diantara kaum muslimin yang pro dan kontra atas isu tersebut. Sikap Nabi juga berubah terhadap ‘Aisyah, beliau menyuruh ‘Aisyah untuk segera bertaubat. Sementara ‘Aisyah tidak mahu bertaubat kerana tidak pernah melakukan dosa yang dituduhkan kepadanya, ia hanya menangis dan berdoa kepada Allah agar menunjukkan yang sebenarnya terjadi.

Kemudian Allah menurunkan ayat yang menunjukkan kepada kaum muslimin bahawa Rasulullah adalah orang yang paling baik maka pastilah wanita yang baik pula yang menjadi isteri kepada beliau, iaitu ‘Aisyah R.a.

Jika kita hubungkan dengan kehidupan kita saat ini, ayat ini menunjukkan bahawa sebenarnya setiap orang pasti ada pasangannya (jodohnya) masing-masing, iaitu yang sesuai dengan tingkatannya (kufu’nya).

Pasangan cinta kita pasti ada, kerana diciptakan kita berpasang-pasangan tetapi diciptakan pasangan itu bukan pada jalan yang sama, sifat dan perlakuannya pasti berbeza supaya wujud kepelbagaian dalam keserasian rumah tangga.

Jika kita ingin mencari pasangan hidup disarankan supaya mencari seseorang yang tingkatannya lebih baik dari kita. Hal ini akan memotivasi kita untuk memperbaiki diri dan berusaha mencapai tingkatan yang sama dengan pasangan impian kita agar Allah merestui dan kemudian menjodohkan kita dengannya.

Namun, Allah S.w.t juga akan memberikan petunjuk dengan iras-iras wajah yang sama dicipta pada pasangan kita. Maka pilihlah cinta daripada petunjuk Ilahi bukan pada nafsu sendiri.



Hakikatnya kita ada di dunia ini bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai tetapi untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.

Namun, besederhanalah dalam menanam rasa cinta ke dalam hati kepada sesiapapun yang kita cintai, kerana suatu ketika mungkin ia akan bertukar menjadi benci, seperti yang dinyatakan di dalam hadis berikut:-





"Cintailah orang yang engkau cintai itu sekadarnya saja, sebab barangkali suatu hari dia akan menjadi orang yang engkau benci, dan bencilah orang yang engkau benci itu sekadarnya saja sebab barangkali suatu hari dia akan menjadi orang yang kamu cintai” (HR. Tarmizi)

                        

Cinta Pada Bunga
Bunga Akan Layu...

Cinta Pada Manusia
Manusia Akan Mati...

Cinta Pada Allah
Kekal Abadi...

 
 
 
~Wallahu a'lam bissawab~