✭ Para Malaikat Dan Tugas




Beriman kepada malaikat adalah satu beriman kepada perkara- perkara yang ghaib. Beriman kepada perkara- perkara yang ghaib itu pula menjadi garis perbezaan di antara manusia dengan haiwan yang hanya dapat mengetahui setakat apa dapat dicapai oleh pancainderanya, sedang segala yang sabit wujudnya adalah lebih luas dari apa yang dapat dicapai dengan pancaindera atau alat- alatnya.

Malaikat adalah suatu makhluk yang dilengkapkan oleh dengan persediaan- persediaan untuk mematuhi perintah Allah semata-mata, iaitu: mereka tidak pernah menderhaka kepada Allah, dan mereka sentiasa melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah Azzawajalla.

Menurut Sa'id Bin Al- Masib, bahawa Malaikat itu bukan lelaki dan bukan perempuan, mereka tidak makan, tidak minum dan tidak tidur.
Bilangan Malaikat amatlah banyak, tidak diketahui jumlahnya melainkan Allah. Tiap- tiap seorang diwajibkan kepada Malaikat dengan cara ijmal (umum), melainkan sepuluh sahaja yang wajib beriman kepada mereka secara tafsil (satu persatu), seperti yang tersebut di bawah ini:

1) Malaikat yang bernama: Jibrail
Di antara tugasnya: Menyampai wahyu.

2) Malaikat yang bernama: Mikail
Di antara tugasnya: Mengurus hanya penhidupan.

3) Malaikat yang bernama: Israfil
Di antara tugas: meniup sangkakala

4) Malaikat yang hidup: Izrail
Di antara tugasnya: Mengetuai Malaikat- Malaikat yang mengambil nyawa.

5) Ketua Malaikat Syurga yang terkenal dengan nama: Ridhuan

6) Ketua Malaikat Neraka yang dipanggil: Malik

7) dan (8) Malaikat- Malaikat yang bergelar: "Raqib dan 'Atid" dan "Karaman Katibain'
Di antara tugasnya: menulis amal manusia (Malaikat Raqib menulis kebaikan dan Malaikat 'Atid menulis kejahatan)

9) dan (10) Malaikat- Malaikat yang disebut: "Mungkar" dan "Nakir"
Di antara tugasnya: Menyoal orang mati di dalam kubur

Jelasnya, Malaikat secara umum mempunyai berbagai- bagai tugas, ada yang ditugaskan mengenai undang- undang kejadian alam, seperti menghindar cakerawala, menurunkan hujan, menumbuh dan menyuburkan tumbuh- tumbuhan dan tanam- tanaman, menghala dan menahan angin dan awan, menjaga dan menguasai gunung ganang, bukit bukau serta launtan dan banyak lagi.

Namun, ada pula yang ditugaskan mengenai hal ehwal yang berhubung dengan manusia, seperti yang berikut, di antaranya:

Ada yang ditugaskan mengenai kejadian manusia dalam kandungan rahim ibunya..Hadis..

Di antara juga, ada yang ditugaskan memerhati amalan- amalan manusia..Hadis..

Di Malaikat juga, ada yang ditugas mengisyaratkan kepada umum tentang orang yang dikasihi Allah, dan orang yang dibencinya..Hadis..

Di antara Malaikat, ada yang ditugaskan turut mengucap 'Amin'..Hadis..

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan membaca 'Allahumma Rabbana lakal hamd'..Hadis..

• Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan memohon keampunan bagi orang yang berada di tempat sembahyangnya dengan keadaan suci bersih..Hadis..

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan berdoa untuk orang- orang yang merapatkan celah- celah saf sembahyang dan orang- orang yang berada pada saf yang pertama..Hadis

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan mengingatkan Manusia tentang kelebihan bulan Ramadhan dan peluang- peluang yang terbuka bagi seseorang untuk berusaha menyelamatkan dirinya dari Neraka..Hadis..

Di antara juga, ada yang ditugaskan menyeru tiap- tiap hari, menggalakkan manusia supaya berbakti dengan nikmat- nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya..Hadis..

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan pada hari akhirat melahirkan penghargaan kepada orang yang telah membanyakkan amal..Hadis..

Di Malaikat juga, ada yang ditugaskan menyampaikan ucapan Selawat dan Salam yang diucapkan oleh seseorang kepada Rasulullah S.a.w..Hadis..

Di antara Malaikat, ada yang ditugaskan menulis segala amal Manusia..Sebagaimana Hadis 1.. dan Hadis 2..

Di antara Malaikat - Malaikat juga ada yang ditugaskan mencatit susunan kedatangan ahli- ahli Jumaat..Hadis..

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan menulis amal- amal soleh yang biasa dikerjakan oleh seseorang, yang kemudian ia terhenti melakukannya disebabkan bencana yang menimpanya..Hadis..

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan berdoa untuk kebaikan orang yang mengajar perkara- perkara yang baik..Hadis..

Di antara Malaikat juga, ada yang memberi kepada penuntut ilmu Agama..Hadis..

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan mengucap 'Amin' bagi doa sesorang yang memohon kebaikan untuk saudaranya dengan tidak setahunya..Hadis..

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan membuat ilham kepada Manusia..Hadis..

• Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan melaknat orang yang mengacukan senjata kepada yang bukan musuhnya pada Syarak..Hadis..

• Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan melaknat sesiapa yang menyiksa haiwan..Hadis..
 
• Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan melaknat orang yang menjual sesuatu barang yang cacat dengan dengan tidak menerangkan cacatnya..Hadis..

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan melaknat orang yang memberi fatwa dengan tidak berdasarkan ilmuHadis..

Di antara Malaikat juga, ada yang ditugaskan melaknat sesiapa yang mencaci sahabat Rasulullah S.a.w..Hadis..