✭ Balasan Mereka Yang Mengingkari Perintah Allah

 




Saidina Ali R.a, berkata: " Saya dan Fatimah (isteri Saidina Ali, anak kepada Rasulullah S.a.w) memasuki rumah Nabi S.a.w. Ketika itu baginda sedang menangis tersedu- sedu, kemudian saya pun bertanya: 'Apakah yang menyebabkan tuan hamba menangis Ya Rasulullah?' Baginda bersabda yang ertinya: ' Hai Ali, pada malam Isra' ku ke langit, aku telah melihat para wanita daripada umatku sedang diseksa dengan berbagai macam seksaan, itulah sebabnya aku menangis kerana menyaksikan azab mereka yang sangat berat dan mengerikan:
 
1. Saya melihat wanita yang digantung dengan rambutnya hingga mendidih otaknya.
 
2. Saya melihat wanita yang digantung dengan lidahnya, lalu air panas mendidih dituangkan ke kerongkongnya.
 
3. Dan saya melihat wanita yang kedua kakinya diikat ke teteknya, sementara kedua tangannya ke ubun- ubun.
 
4. Dan saya menyaksikan wanita tergantung sedangkan teteknya digigit ular dan kala jengking.
 
5. Dan saya melihat wanita berkepala babi, badannya himar (keldai) diseksa dengan seribu macam seksaan.
 
6. Dan saya menyaksikan wanita menyerupai anjing sedangkan api masuk dari mulut dan keluar dari duburnya, sementara malaikat memukul kepalanya dengan pontong api.
 
Kemudian bangunlah Siti Fatimah Az- Zahra R.a, seraya bertanya: ' Ya Habibi, Ya Rasulullah, apakah perbuatan mereka itu sehingga terseksa sedemikian beratnya?' Jawab Nabi S.a.w: ' Wahai Puteriku:
 
1. Adapun mereka yang digantung dengan rambutnya hingga otaknya mendidih, adalah wanita yang tidak menutup rambutnya terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya (yang boleh nikah).
 
2. Adapun yang tergantung pada lidahnya, mereka adalah wanita yang suka menghina suaminya dengan lidahnya.
 
3. Adapun yang tergantung dengan teteknya adalah isteri yang mengotori tempat tidur suaminya (berbuat zina dengan lelaki lain).
 
4. Wanita yang kakinya terikat ke tetek, ke dua tangannya ke ubun- ubun serta digigit ular dan kala adalah para isteri yang tidak suka mandi wajib setelah haid dan mempermainkan kewajipan sembahyang.
 
5. Adapun wanita yang kepalanya seperti babi dan berbadan seperti himar (keldai) adalah isteri yang pengumpat, pemfitnah dan pendusta.
 
6. Dan wanita yang menyerupai anjing, api masuk ke dalam mulut dan keluar dari dubur adalah wanita yang selalu mengungkit- ungkit pemberiannya dan iri hati atau dengki.
Wahai puteriku, celakalah kalau isteri yang tidak taat kepada suaminya'.
 
Demikianlah seksaan yang akan dihadapi oleh orang- orang yang mengingkari kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah. Semoga kita terjauh daripadanya dan mudah- mudahan kita tergolong dalam golongan wanita yang mendapat hidayah.