✭ Doa Nabi Kala Ditimpa Duka



Gambar


Doa Nabi Zakaria untuk memohon zuriat

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dan Engkaulah sebaik- baik yang mewarisi."

Doa Nabi Ayub ketika menghadapi penderitan penyakit

"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, dan Engkaulah yang Maha Penyayang di antara para Penyayang."

Doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika binaan asas Baitullah

"Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang yang berserah diri kepada-Mu dan jadikanlah dan keturunan kami umat yang berserah diri kepada-Mu.

Tunjukkanlah kepada kami cara ibadat kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.

Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang rasul daripada kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan mereka ayat- ayat-Mu dan mengajarkan mereka kitab dan hikamat (sunnah) dan mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Doa Nabi Nuh

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada memohon sesuatu yang dengannya aku tidak ketahui dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, necaya menjadilah aku dari orang yang rugi."

Doa Nabi Yunus

"Sesungguhnya tiada Tuhan yang dapat menolong melainkan Engkau! Maha Suci Engkau Seaungguhnya aku adalah daripada orang yang menganiaya diri sendiri."

Doa Nabi Musa

"Wahai Tuhan, lapangkanlah bagi dadaku dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku."

Doa Nabi Isa

"Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu, iaitu orang yang pertama daripada kami dan bagi orang yang datang kemudian dan sebagai satu tanda daripada-Mu dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik- baik Pemberi rezeki."

Doa Nabi Syuaib

"Kepada Allahlah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran kerana Engkaulah sebaik- baik Hakim."

Doa Nabi Sulaiman

"Wahai Tuhanku!, ilhamkanlah daku supaya daku bersyukur akan nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan supaya aku tetap beramal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmat-Mu dalam kumpulan hamba- hamba-Mu yang soleh."

Doa Nabi Lut

"Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut- pengikutku daripada apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."

Doa Nabi Yusuf

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan dan mengajarku sebahagian dari ilmu ta'bir mimpi. Wahai Tuhan Pencipta langit dan bumi, Engkaulah Pelindungku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan temukanlah aku dengan orang yang soleh."